830 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 6) - Larian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Setelah lama tidak menyertai apa-apa larian pada tahun ni, akhirnya aku dan sahabat menyertai juga satu acara larian. Sempena semangat Sukan SEA yang diadakan di Malaysia tahun ni, aku pon menyertai Larian Sukan SEA 2017 di Putrajaya pada 19 Ogos 2017. Sekadar menyertai Fun Run 5km sahaja. Masih belum mampu untuk menyertai jarak yang lebih jauh.

Kami tiba di perkarangan Perbadanan Putrajaya lebih kurang pukul 7.00 pagi. Peserta punya lah ramai pagi itu. Tak sangka pulak larian ni diadakan sekali dengan pertandingan marathon Sukan SEA yang telah dimulakan awal pagi lagi. Aku dan sahabat tak tahu larian kami start pukul berapa, sebab tak dengar apa-apa pengumuman pon. Bila nampak semua orang bergerak ke garisan permulaan, kami pon join sekali. Tengok-tengok larian telah dimulakan. Takpelah, sekadar Fun Run, bukan dapat hadiah pon. Hehehe...

Trek Putrajaya ni first time kami lari. Takde bukit-bukau sangat, jalan landai sahaja dan banyak laluan untuk menipu larian. Tapi aku dengan jujurnya, dengan awek berpunggung montok di hadapan memberi semangat, aku teruskan juga laluan yang sah hingga ke garisan penamat. Penat dan letih jangan cakap la, sepanjang tahun ni, aku memang makan tidor sahaja. Aku sampai di garisan penamat dengan catatan masa melebihi 1 jam. Ahaks...

Satu yang tak best tentang larian ni yang rasanya pihak penganjur terlepas pandang ataupon tak menjangka adalah suasana kelam kabut semasa peserta nak mengambil goodie bag dan medal selepas tamat larian. Semua peserta Fun Run dan peserta larian yang lebih jauh tu, berebut-rebut di satu tempat untuk mengambil hadiah masing-masing. Kebanyakkan larian yang aku join, hadiah akan diberikan di garisan penamat, makanya takde la sesak macam apa yang terjadi di acara larian ni.

Hadiah yang diterima selepas tamat larian - 
medal, pisang, roti dan muffin.... Alhamdulillah

Apa-apa pon, it was a fun run...

You Might Also Like

0 comments