06 August 2017

824 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod Akhir) : Kegembiraan Itu Tidak Semuanya Indah, Tetapi Kami Menjadikannya Satu Kenangan Yang Amat Indah

Assalamualaikum pembuka bicara.

Seminggu di Tokyo merupakan pengalaman terindah buat aku. Sebelum ini, tak terlintas untuk aku mengembara ke Tokyo. Tokyo tak termasuk di dalam wish list aku, tetapi memandangkan sahabat beriya-iya hendak ke Tokyo, aku mengikut sahaja. Dan Tokyo telah menjadi pengalaman terindah sepanjang aku mula belajar untuk travel ni. Dan aku menyimpan hasrat untuk kembali ke Jepun, walaupon bukan dalam masa yang terdekat ini. Untuk tahun 2018, sudah ada perancangan, tapi semuanya dengan  izin Allah, memandangkan tahun 2018, aku menjangkakan mungkin aku mengalami sedikit masalah kewangan. Tahun 2019, masih lagi kosong dan tiada perancangan awal, kalau perancangan tahun 2018 tidak dapat dilaksanakan, maka akan dibawa ke tahun 2019. Bagi tahun 2020 pula, sudah ada perancangannya.

Sepanjang seminggu kami di sana semuanya indah belaka, tetapi tidak dinafikan, berlaku beberapa insiden yang bisa aku jadikan kenangan mahupun ianya pahit. Yang pahit itu kita jadikan pengajaran agar tidak berlaku lagi. Jika ianya tetap berlaku, kita mampu menempuhnya. Walau bagaimanapun, kami berjaya menempuh segala rintangan itu dengan tenang. Dan bila dikenang semula, ia mampu menjadi sesuatu yang indah dan kami akan ketawa bersama bila mengenangkannya.

1. Masalah Dengan Tuan Rumah

Seawal hari kedua, kami telah menghadapi masalah. Pesanan ringkas dan panggilan melalui aplikasi skype kepada tuan rumah seperti yang disyorkan olehnya tidak berbalas dan tidak berjawab. Rasanya lebih 10 kali aku cube menelefon, masih lagi tidak berjawab, 'dah mati agaknya', pikir hati aku yang sedang sakit. Menunggulah kami di dalam kesejukan pagi di Komae Station itu. Kami cuba pula menggunakan telefon awam untuk aku memanggil satu lagi nombor yang diberikan, tak pastilah samada nombor handphone atau telefon biasa. Namun talian sibuk. Berkali-kali juga kami mencuba dan berkali-kali jugalah talian sibuk. Hati dah mula berfikir yang bukan-bukan, takut pula sekiranya kami ditipu. Aku memberitahu sahabat, 'jika tuan rumah tidak sampai-sampai jugak, kite pergi jer jalan kaki ke rumah dia', memandangkan sebelum aku ke Jepun, aku sudah pon check alamatnya dan lokasi rumahnya melalui Google Map dan Google Street. Maka, tahu jugak lah jalan ke sana. Walau bagaimanapun, aku tetap putus atas, terus cuba menelefon melalui skype. Akhir ikhtiar, aku cuba message melalui message box AirBnB. Sepantas kilat si tuan rumah menjawab dan wat-wat tergezut kami dah sampai. 10 minit kemudian, beliau sampai dan kami di bawa ke rumah sewa kami untuk sepanjang tempoh kami di sini. Bila aku komplen pasal phone tidak berjawab tu, dia bole wat derk jer. Chiss...

2. Sesat - Not A Big Deal

Di hari ketiga, kami menempuh satu lagi masalah walaupon takda lah besar mana pon. Biasalah bagi seorang traveller akan sesat. Tetapi sesat itulah yang membuatkan kita pergi ke tempat yang tak terlintas untuk kita pergi. Dalam perjalanan ke Asakusa dengan menaiki train, kami terpaksa untuk bertukar train di Kanda Station dan mengambil line lain untuk ke Asakusa. Disebabkan line yang kami akan amik itu adalah subway maka ia terletak di stesen yang lain. Mencarilah kami stesen itu sehingga tersesat agak jauh juga kami. Bila kami merasakan yang kami telah jauh tersesat, kami perlukan bantuan. Kami masuk ke sebuah hotel berhampiran untuk bertanya. Nasib kami baik, pekerja hotel itu sudi membantu. Siap bagi map lagi pada kami. Nampaknya kami telah tersasar dua blok dari tujuan kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki gitu. Berpandukan map yang diberikan, kami berjaya sampai di Kanda Station untuk ke Asakusa.

3. Tertinggal Snow Cap Pemberian Arwah Ibu Di Saiko Iyashino Sato Nemba

Hari keempat kami berada di kawasan Kawaguchiko, Gunung Fuji. Dalam keghairahan dapat melihat Gunung Fuji di Saiko Iyashino Sato Nemba, aku telah meletakkan snow cap pemberian arwah ibu aku yang dibelinya di Mekah bersama-sama brosur museum itu di tepi jambatan untuk mengambil gambar. Dan seterusnya aku lupa akan snow cap itu, sehinggalah aku menyedari semula semasa dalam perjalanan ke Ice Cave. Hendak berpatah balik sudah agak jauh dan hari sudah pon beransur gelap. Nak tak nak terpaksalah aku meninggalkan snow cap yang baru pertama kali aku gunakan itu di Jepun.

4. Tertinggal Handphone Di Tandas Shibuya Mark City

Dalam perjalanan pulang dari Kawaguchiko, semasa di dalam train dari Shinjuku ke Komae, sahabat terperasan bahawa handphone beliau tidak bersamanya. Puas diraba-raba semua poket, masih juga tidak jumpa. Disyakki, handphone tersebut telah tertinggal di tandas Shibuya Mark City semasa sahabat menggunakan tandas itu. Hendak berpatah balik adalah amat jauh. Tambahan pula badan sudah penat. Kalau tertinggal di Shinjuku Station mungkin kami akan berpatah semula. Tetapi tertinggal di Shibuya, di mana jika berpatah balik, kami terpaksa ke Shinjuku dan mengambil train lain ke Shibuya Station dan berjalan kaki ke tingkat 5 Shibuya Mark City itu. Dikhuatiri juga jika berpatah balik, perkhidmatan train akan tamat memandangkan masa itu sudah hampir pukul 11.00 malam dan Shibuya Mark City juga mungkin telah ditutup.

Sesampai di Komae Station, kami segera ke pondok polis untuk membuat laporan. Dengan bersusah payah macam bercakap antara ayam dan itik, akhirnya kami diminta untuk membuat laporan di pondok polis berhampiran Shibuya Mark City.

5. Pekerja Shibuya Excel Tokyu Hotel Yang Tidak Mahu Memberikan Bantuan

Keesokan pagi nyer kami ke Shibuya Mark City, ke tandas dimana sahabat tertinggal handphone nye. Malangnya, handphone itu tiada di situ. Berpeleseranlah kami di situ mencari jalan untuk mendapatkan handphone itu jika ada. Kami cuba menelefon Shibuya Mark City Lost and Found Office, tetapi sistem yang berbahasa Jepun yang menjawab, tak tahu kami nak buat apa. Nak tunggu sehingga pejabat dibuka entah sampai pukul berapa.

Kami mencuba nasib dengan masuk ke hotel berhampiran untuk mendapatkan bantuan, setidak-tidaknya meminta agar mereka dapat menelefon nombor Lost and Found Office tersebut. Tetapi pekerja hotel itu dengan sopannya memaklumkan mereka hanya akan membantu tetamu mereka sahaja. Aku dengan muka tak puas hati, terus berlalu dari situ. Tak akan aku jejak hotel itu lagi.

6. Bergaduh Dengan Tuan Rumah

Sedang kami seronok berjimba-jimba di Disneyland Tokyo, kami mendapat message dari pekerja tuan rumah melalui AirBnB inbox. Beliau mengatakan bahawa ada pihak polis menelefon beliau mengenai handphone yang hilang. Aku segera membalas message itu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sebab kalau telefon itu sudah dijumpai, bole kami terus ke balai polis sahaja untuk membuat tuntutan. Tetapi message aku itu tidak berbalas. Menjelang petang aku menghantar message sekali lagi mengenai perkara itu, tetapi sehingga ke sudah message aku itu tidak berbalas.

Keesokan pagi nye aku menghantar message sekali lagi, kali ini dengan kata-kata yang lebih keras memandangkan dua message aku semalam tidak berbalas. Dengan segera tuan rumah membalas dengan kata-kata yang keras juga. Paling aku tak bole blah, bila dia kata semua orang masih tido (takkan dari semalam tido tak bangun-bangun) dan menyalahkan aku tetang kehilangan handphone itu. Aku pon malas dah nak layan tuan rumah tu, nampak benar tak professional melayan pelanggan. Kemudian tuan rumah datang, dia tolong settlekan masalah kami. Selesai masalah itu, kalau dia terus bagitau masa aku message semalam kan senang. Terus jer kami ke balai polis.

7. Masalah Beg Yang Sangat Berat

Sebelum berangkat ke Jepun, sahabat ada mencadangkan untuk membeli beg beroda, tetapi aku kata tak perlu sebab aku ada beg yang besar yang boleh dikongsi bersama. Beg aku tu jenis yang tidak beroda dan memerlukan kuderat tulang empat kerat untuk membawanya. Padahnya, masa hari terakhir kami di Jepun sebelum berangkan pulang ke Malaya, mengangkutlah kami beg yang maha berat itu menuju ke lapangan terbang. Mengangkutlah kami beg yang maha berat itu turun naik train menuju ke lapangan terbang. Hingga ke satu ketika, aku rasa macam nak tinggalkan jer beg itu kerana dah tak terdaya lagi nak membawanya.

So, moral of the story, silalah bawa beg yang beroda. Senang sikit nak membawanya ke hulu dan ke hilir. Kes ini menjadi pengajaran yang berguna untuk aku. Tidak akan ku ulangi lagi.

8. Tercari-Cari Coin Locker

Hari terakhir kami di Tokyo. Kami check-out dari rumah yang kami tumpangi lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan kami menuju ke Shinjuku Station. Di Shinjuku Station kami mencari coin locker untuk menyimpan beg-beg kami. Walaupon banyak, tapi coin locker yang besar sukar untuk di cari memandangkan semuanya sudah digunakan. Akhirnya kami menggunakan apa yang ada sahaja, terpaksa menggunakan 3 locker berasingan. Selepas itu kami pon menggunakan baki masa yang ada untuk menjelajah ceruk-ceruk Tokyo yang masih belum diterokai.

Kami kembali semula ke Shinjuku Station lebih kurang pukul 6.00 petang. Tercari-cari kami di manakah coin locker kami tadi. Hampir keseluruhan station kami cari, tetapi masih tidak berjumpa. Sehingga kami terpaksa membayar kerana nak lalu dalam Odakyu Station sahaja. Setelah hampir setengah jam mencari dengan penat lelah, jumpa juga kami akhirnya. Walaupon penat, sempat juga kami membantu sepasang pelancong dengan masalah coin locker mereka.

Moral of the story, kalau anda simpan beg di dalam coin locker, ingatkanlah betul-betul lokasinya. Pasal kat Shinjuku Station ni, mana-mana anda pergi nampak macam sama jer.

9. Masalah Semasa Dalam Perjalanan Ke Lapangan Terbang

Selesai dengan masalah coin locker itu, kami segera mengambil train untuk ke lapangan terbang. Kami sudah agak kelewatan disebabkan masalah coin locker itu. Kami menggunakan perkhidmatan Keikyu Line. Semasa di dalam train aku dah rasa sesuatu. Aku perhatikan, pengumuman semua di dalam Bahasa Jepun dan papan notis juga dalam Bahasa Jepun. Maka aku agak lost di dalam train itu, dah sampai manakah kami? Train ni terus ke Haneda kah? Semua soalan bermain di benak ku ketika itu.

Runsing dengan masalah itu, sahabat bertanya kepada seorang penumpang wanita tempatan dan penumpang itu mengesahkan bahawa train itu akan terus ke Haneda. Memandangkan mereka bercakap macam ayam dengan itik, kami agak tidak yakin dengan jawapan yang diberi, takut dia salah faham.

Sampai di satu station, semua penumpang turun. Kami yang konfius dengan pengumuman dalam Bahasa Jepun itu terus turun juga dan naik ke train yang berada di landasan sebelah. Dan train itu terus berlalu. Kami terus resah bila tak sampai-sampi juga ke Haneda setelah hampir setengah jam berada di dalam train itu. Maka kami decided untuk turun sahaja dan berpatah semula. Sahabat bertanya kepada seorang pekerja station dan beliau terus menunjukkan tempat untuk menunggu train ke Haneda. Akhirnya, sampai juga kami di Haneda lebih kurang pukul 8.30 malam.

10. Pilot Yang Kurang Hajar

Setelah siap check-in, kami pon lepak-lepak dahulu sebelum masuk ke balai berlepas sambil makan ais krim yang dibeli dari 7-Eleven. Sedap pulan ais krim tu, kat Malaysia takde pon. Setelah sampai waktu kami pon masuk ke balai berlepas. Sebelum sampai ke pemeriksaan imigresen, entah macam mana sahabat aku terlanggar beg seorang pilot penerbangan mane ntah dan terus jatuh tergolek dog. Pilot tu bole buat bodoh jer, pandang jer pastu terus blah. Aku yang mula-mulanya ketawa, bole jadi sakit hati plak bile tengok pilot tu bole buat bodo jer sambil blah macam tu jer. Atleast say sorry la walaupon bukan salah ko, perempuan jatuh kan, gentleman la sket.

Dari kejauhan sambil menunjukkan isyarat lucah aku berkata, 'you don't even say sorry!'.... (isyarat lucah tu hanya nak kasi gempak jer, takde isyarat lucah pon)

11. Sakit Lutut Setibanya di KLIA2

Setelah lebih enam jam di dalam penerbangan. kami tiba di tanah air lebih kurang pukul 6.00 pagi. Lutut aku mula rasa tidak selesa semasa di dalam penerbangan lagi. Sampai di KLIA2, nak turun kapalterbang bagaikan bercinta. Rasa amat tersiksa untuk berjalan, namun aku gagahkan jua. Sahabat menyuruh aku duduk sahaja di atas troli dan dia akan tolak, tapi terasa malu plak aku. Malu punya pasal aku sanggup berjalan dari tempat turun kapalterbang hingga ke tempat mengambil bagasi, melepasi kaunter imigresen dan sebagainya.

Syukur lah lutut aku tidak sakit semasa di Jepun, kalau tidak rosak semua program.


Disebalik apa pun yang berlaku di sana, ia tetap menjadi kenangan. Kami aku ketawa bersama bila mengenangkannya.