824 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 8) : Kegembiraan Itu Sudah Sampai Ke Penghujungnya

... sambungannya

9 Mac 2017 (Khamis)

Hari terakhir kami melihat matahari terbit di Negara Matahari Terbit ini. Kami akan terbang pulang ke tanahair pada malam ini. Pagi itu tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan. Badan terasa letih dan penat setelah beberapa hari menjelajah seluruh Tokyo tanpa henti. Kegembiraan membuat rasa penat itu hilang. Keterujaan membuatkan kita handak menjelajah lebih jauh lagi. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.

Pagi itu, setelah bersarapan pagi dengan menghabiskan semua bekalan yang dibawa, kami mengemas beg pakai masing-masing. Aku duduk termanggu di tepi katil, tidak tahu mana hendak dimulakan. Barang terasa makin banyak pulak, tak muat sudah beg aku yang sebesar alam itu. Ku sumbatkan juga selagi boleh. Akhirnya, 6 buah beg kami kesemuanya, 2 beg setiap seorang. Tiada tambahan beg, syukur. Sebelum meninggalkan rumah yang kami inapi selama 6 hari 5 malam itu, kami berkemas-kemas sedikit agak tidak kotor dan bersepah, sekurang-kurangnya, tuan rumah boleh bagi komen positif untuk aku nanti (and he did). Jika kita menggunakan khidmat AirBnB untuk mencari penginapan, selain kita bole meninggalkan komen baik atau tidak untuk tuan rumah, tuan rumah juga boleh memberi komen kepada penyewanya. Jadi berhati-hati lah kalau menggunakan AirBnB.

Sebelum checking-out kami termanggu lagi. Beg terlalu berat untuk dibawa ke Stesen Komae yang sejauh 15 minit berjalan kaki itu. Memandangkan beg aku bukan dari jenis beroda, nak bawak 2 orang pon rasanya agak tersiksa. Aku bersama sahabat keluar ke jalan utama untuk mencari teksi. Setelah kira-kira 10 minit menunggu dan teksi yang ditahan tidak berhenti, kami mengalah. Kami pulang semula ke rumah dan cuba mendapatkan bantuan tuan rumah. Nasib baik pekerjanya ada di bilik bawah itu. Kami meminta beliau memanggilkan teksi untuk kami, dan beliau sedia membantu. Tak sampai 10 minit kemudian, teksi pon sampai di depan rumah dan kami meninggalkan rumah itu dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Aku akan merindui tempat itu.

Hasil tangkapan di Tokyo yang mahu dibawa pulang ke tanah air


Bayaran untuk teksi dari rumah kediaman ke Stesen Komae berjumlah lebih kurang JPY800. Dari Stesen Komae kami terus ke Stesen Shinjuku. Sampai di Stesen Shinjuku kami mencari coin locker untuk menyimpan beg kami. Tak perlu risau kerana kat ini banyak coin locker disediakan, masalahnya ada yang kosong atau tidak. Agak sukar untuk mendapatkan coin locker yang besar kerana semua yang kami jumpa telah digunakan. Terpaksa ambil yang sederhana besar, nasib baek muat beg aku yang besar tu. Terpaksa masing-masing mengambil satu locker seorang, kerana tidak dapat yang besar. Harga sebuah coin locker bergantung kepada saiznya dari JPY400 hingga ke JPY900 (kalau tak silap). Boleh bayar guna cash atau kad Pasmo atau Suica. Kalau guna cash macam aku, satu resit akan dikeluarkan bersama nombor pin yang akan digunakan untuk membuka kembali locker itu. Jangan hilangkan resit tersebut ye. Locker ini pon mudah digunakan, ada instruction dalam Bahasa Inggeris, follow je lah. 

Untuk kali terakhir kami akan ke Harajuku sekali lagi. Dari Stesen Shinjuku kami menaiki train terus ke Harajuku, selang satu stesen sahaja. Masih ada barang yang hendak di cari. Sahabat hendak membelikan kasut untuk adiknya. Mula-mula dah tengok kasut tu tapi tak beli sebab adiknya tidak memberi keputusan muktamat. Semasa kami tiba, kedai kasut tu baru dibuka dan barang jualannya dan kasut yang sahabat berkenan itu belum disusun lagi. Sementara menunggu sahabat membelek-belek kasut itu, aku bersama sahabat seorang lagi mampir di sebuah kedai yang ada menjual pocket watch. Sejak hari pertama di Tokyo lagi, sahabat yang sorang ni dah berkenan dengan jam tu, tapi sekarang baru dia rasa nak membelinya. Mungkin dia masih ada banyak duit berlebih kot. Diakhirnya, sahabat seorang tu berjaya mendapatkan kasut ala-ala k-pop untuk adiknya, sahabat seorang lagi tu nampaknya telah membeli 6 buah pocket watch dengan harga JPY1,300 sebuah dan aku turut terbeli satu pocket watch itu dengan harga yang sama.

Gambar terakhir di Harajuku

Setelah selesai urusan jual beli itu, kami berjalan-jalan tanpa tujuan di kawasan itu sekadar melihat-lihat sahaja. Kami singgah di sebuah food court di sana untuk makan tengahari. Di food court ini ada sebuah kedai arab yang menjual kebab yang halal katanya. Memandangkan yang menjual tu orang arab, maka kami pon yakin sahaja. Kami lepak di food court ini agak lama kerana sudah tiada tempat lagi yang kami rancang untuk pergi untuk petang itu. Hanya menungu masa untuk ke airport sahaja.

Santapan terakhir kami di Tokyo

Untuk mengisi masa yang masih terluang itu, kami decided untuk ke Tokyo Tower sekali lagi. Nak pergi ke kedai pakcik yang menjual t-shirt murah itu memandangkan masih ada lagi baki wang terlebih. Dalam perjalanan ke Stesen Harajuku yang takde lah berapa jauh itu, kami singgah di sebuah kedai kerana kami terpesona dengan kecomelan soft toy pelbagai jenis haiwan di situ. Yang akhirnya kami terbeli 3 ekor haiwan itu pada harga JPY500 seekor. Kawaii sangat.

Tiga ekor haiwan yang kawaii yang dapat ditangkap di Harajuku

Kami mengambil train dari Harajuku Station dan turun di Kamiyacho Station. Dari Kamiyacho Station, kami berjalan kaki ke Tokyo Tower. Kali ini kami melalui pintu utama Tokyo Tower pula. Setelah mendapat apa yang dicari di kedai pakcik yang murah itu, kami hanya berehat dan lepak-lepak sahaja di situ.

Gambar terakhir Tokyo Tower sebelum kami terbang pulang #sedey

Lebih kurang pukul 6.00 petang kami bergerak semua menaiki train ke Stesen Shinjuku. Kami mengambil semula beg-beg kami dan terus menaiki train untuk ke Haneda International Airport. Kami sampai di Haneda agak lewat disebabkan beberapa masalah semasa dalam perjalanan ke sini. Tapi syukurlah, kami selamat tiba. Selepas selesai urusan checking-in bagasi kami lepak sambil makan ais krim dan menunggu masa untuk masuk ke Balai Berlepas.

Menikmati Waffle Cone dari 7Eleven 

Tiada masalah dengan pihak imigresen dan kastam Jepun dan penerbangan Air Asia pesawat D7 523 berlepas meninggalkan Tokyo pada pukul 10.45 malam dengan 1001 kenangan pahit dan manis kami di sana.


... tamat

You Might Also Like

0 comments