14 April 2017

821 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 6) : Let It Go... Let It Go... Tokyo Disneyland

... sambungannya

7 Mac 2017 (Selasa)

Kerana telah wujud satu kes yang tidak dapat dielakkan semalam, plan untuk datang awal ke Disneyland Tokyo untuk mengambil express pass terpaksa diubah. Kami ke Shibuya Mark City terlebih dahulu, ke tandas yang disyaki telefon bimbit sahabat itu ketinggalan, manalah tahu, kalau-kalau ia masih di situ. Malangnya, ia tiada. Kami berbincang langkah seterusnya yang perlu kami ambil. Kami ingin ke unit 'Lost and Found' Shibuya Mark City terlebih dahulu sebelum ke Koban berhampiran, tetapi pejabat itu hanya akan dibuka pada pukul 10.00 pagi. Kami cuba menelefon pejabat tersebut melalui nombor telefon yang terdapat pada brosur yang kami perolehi, tetapi mesin yang jawab dan mesin itu hanya tahu cakap bahasa Jepun sahaja. Inilah masalah yang kami hadapi.

Setelah buntu menghadapi situasi itu, kami decided untuk naik ke hotel berhampiran, Shibuya Excel Hotel Tokyu untuk mendapatkan bantuan, cuma untuk meminta tolong untuk menelefon pejabat 'Lost and Found' itu sahaja, tetapi malangnya petugas di situ tidak mahu membantu kami. Katanya dia akan bantu pelanggan yang menginap di hotel mereka sahaja.. Aku dengan nada tidak puas hati terus berkata, 'Ok fine, f*ck you', (hahaha... f*ck you tu dalam hati jer). Inilah masalahnya kalau dengan hotel-hotel besar dan mewah, sakit hati mak. Honestly, baek lagi hotel kecil macam kat Kanda tempoh hari.

Sahabat yang kehilangan telefon itu terus berusaha mencari alternatif lain sehingga beliau hilang dari pandangan aku. Tak tahulah dia ke mane, jangan dia plak hilang dah ler. Akhirnya kami terus sahaja buat laporan di Koban yang agak jauh jugak dari situ. Laporan kami diambil, walaupon dengan masalah komunikasi, maksud yang cuba disampaikan difahami oleh polis-polis yang membantu. Kami tinggalkan nombor telefon tuan rumah kepada polis berkenaan kerana itu saja nombor tempatan yang kami ada. Polis itu memaklumkan lagi, jika ada perkembangan terkini, ia akan dimaklumkan kepada kami melalui talian telefon tersebut. Selesai urusan di Koban, kami terus ke Shibuya Station untuk ke Disneyland Tokyo dan berjimba-jimba, lupakan segala masalah yang ada. Hehehe...


Ini adalah resit repot yang telah kami buat di Dogenzaka Police Box 
berhampiran Shibuya Mark City. Lucu nama police box ni... Dogenzaka

Tak ingat pulak kami naik line ape untuk ke Disneyland Tokyo, yang aku ingat kami akan turun di Maihama Station, stesen yang terhampir dengan Disneyland Tokyo. Perjalanan dari Shibuya Station ke Maihama Station lebih kurang 40 minit. Tanggapan kami, kalau datang weekdays taklah ramai pengunjung lain, tapi MasyaAllah, weekdays pon ramai orang, tak tau lah camne kalau kami datang pada weekend, rasanya langsung tak dapat maen apa-apa rides. Termanggu kami sekejap. Pemeriksaan beg kat sini tak berapa ketat. Dengar cerita kalau sekadar bawa makanan untuk diri sendiri adalah dibenarkan, tapi kalau kau bawa makanan ala-ala nak piknik, harus kene rampas makanan itu. Aku sekadar membawa sebotol air dan biskut-biskut serta jajan sahaja, tiada yang kene rampas.


Sebelum melepasi pintu pemeriksaan tiket dan beg 

Melepasi pintu masuk, pemeriksaan tiket dan beg kami memasuki kawasan World Bazaar. Wah... rupanya Disneyland Tokyo tengah bertemakan Anna and Elsa's Frozen Fantasy. Sana sini ada Elsa ngan Anna. Sana sini ade Olaf dan macam-macam lagi karekter dalam filem animasi Frozen itu. Aku penah la jugak layan Frozen tu, sebab tu aku tau karekter-karekter dalam filem tuh. Ramai jugak budak-budak Jepun yang mengenakan pakaian bertemakan Frozen, ade yg pakai baju Elsa, ada yang pakai baju Anna. Cute jer nampak, kalau kat Malaysia sure aku dah cubit pipi diaorang. Kawasan World Bazaar dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai produk Disney. Kami tak masuk pon, tiada niat pon nak shopping apa-apa di sini memandangkan bajet yang terhad. Dari World Bazaar ni kita dah boleh nampak mercu tanda Disneyland, The Sleeping Beauty Castle or Cinderella Castle (tak tau yang mana satu betul).


Anna and Elsa's Frozen Fantasy



World Bazaar

Cinderella Castle



Di hadapan Cinderella Castle

Disebabkan terlalu ramai pengunjung, kami bagaikan hilang arah, tak tahu nak ke mana walaupon map Disneyland ada ditangan. Akhirnya kami menuju ke Fantasyland dahulu. Harapan aku nak main Alice's Tea Party tak kesampaikan kerana permainan ini sedang dibaikpulih. Dapat bergambar dengan teko Alice pon jadilah. Kemudian kami beratur untuk maen Castle Carrousel, since line yang beratur tak panjang. Pedulikkan jika kita satu-satunya orang dewasa yang main permainan ni. Dia takde tulis pon limit umur berapa, makanya kami belasah lah. Takde la best mane permainan ni, budak-budak suka lah. Hehehe...





Fantasyland - sedey tak dapat naik Alice's Tea Party... #sentap

Memandangkan masa ketika itu sudah hampir pukul 1.00 petang, kami berehat sebentar sambil mencari port yang sesuai dan strategik untuk menyaksikan perarakan Happiness Is Here yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sambil menunggu perarakan bermula, kami pon makan la bekalan yang kami bawa - biskut tiger. Perarakan bermula dengan Goofy menunggang basikal dan diikuti dengan karekter-kerekter Disney yang lain seperti Nemo, Andy dari Toy Story, Genie dari Aladdin, Snow White dengan tujuh orang kerdilnya, Cinderella, Alice, Donald Trump Duck sekadar menyebutkan beberapa yang aku kenal dan diakhiri dengan perarakan Mickey dan Minnie Mouse. Perarakan berlangsung lebih kurang 15 minit.

Mencari port yang terbaik untuk menyaksikan perarakan The Happiness is Here.
Port pertama kurang menarik, pencahayaan terlalu terik. Kene cari tempat lain


 Port lepak kedua yang lebih baik

Perarakan akan bermula...







Sebahagian dari perarakan The Happiness is Here

Tamat sahaja perarakan, kami terus ke Westernland dan beratur untuk menaiki Mark Twain Riverboat - enjoy the leisurely trip down the River of America. Kita akan naik sebuah bot stim besar dan bergerak perlahan menyusuri sungai buatan sambil menyaksikan sejarah-sejarah Amerika di tebing sungai itu. Satu ride yang tenang sesuai untuk merehatkan diri. Kemudian kami ke Big Thunder Mountain - a wild ride with sudden drops and turn on a runaway mine train pula. Sound interesting and thrill kan. Walaupon barisan yang beratur sudah menunjukkan ke jangkamasa  menunggu 100 minit, kami tetap tidak mengendahkannya. Tetapi akhirnya menyesal kerana rasanya lebih dari 100 minit beratur sehingga penat dan hilang sudah keterujaan nak naek keretapi itu. Tambahan pula cuaca sudah mulai hujan. Bagi aku, ride ini belum cukup menggerunkan aku, aku pernah naik yang lebih menakutkan dari ini. Ape-ape pon it was a nice ride except for the queue.


Di atas Mark Twain Riverboat 



Permandangan sepanjang Mark Twain Riverboat Cruise 




Beratur untuk menaiki Big Thunder Mountain 

Kemudian kami beratur plak di Country Bear Theatre. Kita tengok teater beruang plak sambil menunggu hujan yang semakin lebat reda. Disamping itu, nak berlindung sekejap dari cuaca yang rasanya semakin sejuk hingga ke tulang. Teater ni hanyalah persembahan beruang robotik dari pelbagai spesis menyanyi dan menari sambil bercerita, tapi dalam Bahasa Jepon. Layan kan je. Bila habis, kite tepuk tangan sama-sama, wat-wat paham je.


Country Bears Theatre Show. Aku kene tegur dengan petugas kat situ 
sebab amik gambar. No camera please....

Kemudian kami sampai pula di Adventureland dan persinggahan kami yang pertama adalah The Enchanted Tiki Room: Stitch Presents "Aloha E Komo Mai". Kat sini pon cuma persembahan burung-burung dan binatang-binatang eksotik robotik yang bercerita sambil menyanyi dan menari, juga dalam Bahasa Jepun. Seminggu aku kat sini, sure bole fasih berbahasa Jepun. Yang ni rasanya tak masuk pon tak apa, kecuali kalau bawak budak-budak, diaorang mesti terhibur. Kemudian kami ke Western River Railroad - Climb aboard a real steam train for a trip around the wilderness. Yang ni kita akan dibawa naik keretapi stim pusing-pusing hutan. Kira macam bosan jugaklah, tapi kiteorang naik jugak.



 Pertunjukan The Enchanted Tiki Room: Stitch Presents "Aloha E Komo Mai"




 Pusing-pusing tengok binatang dengan Western River Railroad

Selepas itu kami bergerak pula ke Jungle Cruise: Wildlife Expeditions - With a fun-loving skipper as your guide, venture into the mysterious jungle inhabited with wildlife. Sesuai dengan diskripsi yang terdapat dalam brosurnya, skipper bot kami memamg fun orangnya, sangat bersemangat dan super excited. Ntah apa la yang dia membebel dalam bahasa Jepun sorang-sorang kat depan tu dari awal journey sampai ke penamat. Apa-apa pon tengok dia pon dah terhibur, kelakar pon ade. He really enjoy his work. Di Jungle Cruise ni kita akan naik sebuah bot dan meredah sungai yang penuh dengan hidupan liar, ada buaya, gajah, badak air, ular, rusa dan sebagainya. Tapi semuanya animatronics la.. bukan nyer hidupan liar yang sebenar. Memandangkan time ni dah gelap, maka gambar yang dapat diambil tak berapa cantik. Cuma pakai kamera murahan jer, tak mampu lagi beli kamera DSLR, lagi pon tak minat nak guna kamera besar-besar ni. Wat leceh bawak jer. Sekian.




 Naek bot pusing-pusing hutan dengan Jungle River Cruise. Skipper dia kelakar....

Journey kami diteruskan lagi ke Pirates of the Caribbean - Set sail with adventure and thrill. Captain Jack Sparrow awaits you. Macam best je bunyinya kan. Dalam adventure ni kita akan naek sebuah bot (asik naik bot je kat sini) dan kita di bawa menjelajah dan menyaksikan adventure-adventure yang pernah dilalui oleh Captain Jack Sparrow. Biasa je lah, takde lah best mane. Hehehe...

(Pirates of teh Caribbean takde gambar sebab dalam tempat tu gelap, kamera kami tak canggih)

Hari sudah beransur gelap walaupon baru pukul 5.30 petang. Di dalam kesejukan malam itu, kami mencari port yang sesuai lagi untuk menyaksikan perarakan Tokyo Disneyland Electrical Parade Dreamlights. Kami memilih tempat dihadapan Cinderella Castle walaupon tempat itu sudah dipenuh dengan penonton, terpaksalah kami berdiri. Perarakan diketuai oleh Fairy God Mother yang berpakai serba biru bercahaya yang menyambut semua pengunjung pada malam itu. Ia disusuli pula oleh karekter-karekter Disney yang lain seperti Nemo, Mickey dan Minnie, Alice, Snow White, Toy Story, Aladdin and Princess Jasmine, Rapunzel dan lain-lain, sekadar menyebutkan beberapa sahaja. Perarakan berlangsung lebih kurang 15 minit.

Bahagian awal perarakan Tokyo Disneyland Electrical 
Parade Dreamlight yang berwarna warni

Akibat kesejukan yang telah sampai ke tulang dan tangan serta muka telah terasa beku, kami segera mencari tempat untuk memanaskan diri. Kami masuk ke Tomorrowland dan masuk ke Tomorrowland Terrace, sebuah tempat makan, sekurang-kurangnya kat sini panas sedikit. Di restoran ini kami memberi air kopi segelas seorang dan dua large fries, itu sahaja yang boleh di makan di sini, untuk mengalas perut. Bekalan yang dibawa pon sudah kehabisan. Makanan di sini juga agak mahal harganya. Kami lepak di situ sehingga suhu badan menjadi kembali normal. Hehehe...

Selepas itu kami bercadang untuk mencuba lagi beberapa attraction sebelum pulang, tetapi kebanyakkannya barisan yang beratur masih panjang. Kami ke Star Tours: The Adventures Continue - Take a Starspeeder 1000 and Go On a Thrilling, Unpredictable Space Journey. Ride ini sangat best. Kepada peminat filem Star Wars, anda kene try ride ni. Kita akan berada di dalam sebuah kapal angkasa yang dipandu oleh C3PO dan terlibat dalam peperangan angkasa. Sangat best, kalau ada masa lagi mau kami naek untuk kali kedua. Hehehe...



Bersedia untuk menaiki Starspeeder 1000 
bersama C3PO dan R2D2

Lebih kurang pukul 9.00 malam kami berkumpul sekali lagi di hadapan Cinderella Castle untuk menyaksikan pertunjukan Happiness On High. Kami sangkakan pertunjukan bunga api. Memandangkan masa itu, Disneyland bertemakan Anna and Elsa's Frozen Fantasy, maka pertunjukan malam itu juga bertemakan Frozen. Seluruh Disneyland digelapkan ketika itu. Dipancarkan filem animasi Frozen ke arah Cinderella Castle diikuti dengan nyanyian dengan pertunjukan cahaya dan bunga api. Dalam filem itu, Anna dan Elsa pandai cakap Jepun lah.. Hebat!!! Hahaha...

Sebahagian pertunjukan Happiness on High - 
Anna and Elsa's Frozen Fantasy

Berakhirnya pertunjukkan itu, maka Disneyland akan ditutup untuk hari itu. Tamatlah happy time kami di Disneyland. Kami dengan beratus-ratus lagi pengunjung berbondong-bondong menuju pintu keluar dan ke Stesen Keretapi Maihama. Kami singgah sekejap di sebuah kedai cenderahati Disney yang agak besar di situ. Cume melihat-lihat dan membeli jika ada yang berkenan. Harga kebanyakkannya standard theme park lah. Dah aku terbeli juga dua peket pensel, empat batang setiap satu untuk diberikan kepada anak-anak buah aku. Harga lebih kurang JPY1,000.

Kami sampai di Komae Station dalam keadaan sejuk yang teramat. Perut pula terasa lapar. Kami singgah di McD yang hari-hari kami lalu di depannya, sekadar membeli 2 large fries. Harga satu large fries pon dah JPY600 ko. Sempat la alas perut sebelum sampai di rumah.

Suhu di Komae malam itu yang sangat sejuk


... bersambung

2 comments:

  1. terima kasih Dewi Aja, rajin singgah sini wat promosi ek... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sekali lagi Dewi Aja delete komen beliau... bongok...

      Delete