01 April 2017

818 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 3) : Hari Pertama Di Tokyo

... sambungannya

4 Mac 2017 (Sabtu)

Tidor di lapangan terbang adalah satu pengalaman baru buat aku dan sahabat, tapi pengalaman itu bukanlah satu pengalaman yang manis. Kesemua kami hampir tidak dapat tidor sepanjang malam, sekadar tidor-tidor ayam je bak kata orang. Telinga terdengar berbagai-bagai jenis bunyi yang mengganggu untuk lena. Sehingga ke pukul 2-3 pagi, masih ada lagi kapalterbang yang baru tiba. Makanya, penuhlah balai ketibaan itu dengan orang yang tidor dan ramai juga yang tidak tidor. Aku tengok ada yang sudah terbongkang lena, dah tak pedulikan orang lain. 

Disebabkan aku tidak dapat lena, maka aku pon explore lah lapangan terbang tu sorang-sorang pagi-pagi buta itu. Rasanya, terminal antarabangsa Haneda tidak lah begitu besar. Pagi-pagi buta macam tu memang takde kedai yang buka. Aku naik ke tingkat 4 di mana kedai-kedai di tingkat itu direka seperti rumah-rumah tradisional Jepun. Aku seterusnya ke tingkat 5 untuk ke Observation Deck. Aku keluar untuk melihat permandangan dari Observation Deck itu, agak tenang dan mendamaikan. Sunyi jer, tiada sebarang aktiviti yang berlaku. Aku tak lama kat situ memandangkan suhu yang sangat sejuk. Aku kembali ke tempat sahabat aku. Aku cuba untuk lena lagi.

Permandangan di dalam Haneda Airport di pagi-pagi buta

Haneda Airport Observation Deck 

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kami decided untuk meninggalkan lapangan terbang itu. Bosan plak dok lama-lama kat situ. Sebelum meninggalkan lapangan terbang itu, kami singgah di sebuah kedai (aku rasa kedai travel agent) untuk membeli kad Pasmo. Sebenarnya tak tau pon ade jual Pasmo kat situ (masa aku explore pagi-pagi buta tadi tercari-cari juga tempat yang menjual kad ni, tapi tak jumpe), tetapi kami lihat ramai orang yang beratur, kami pon wat-wat sibuk nak tau kenapa orang beratur di situ. Rupanya diaorang nak beli kat Pasmo atau kad Suica. Senang cerita, kad Pasmo dan kad Suica ni macam kad Touch 'N' Go kat Malaysia, yang boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam dan membeli barang di kedai-kedai terpilih. So, kami pon amik kad Pasmo seorang satu pada harga JPY3,500, termasuk JPY500 untuk deposit kad, yang akan dipulangkan semula jika kita memulangkan kembali kad Pasmo tu.

Selesai urusan mendapatkan kad Pasmo, kami terus ke stesen keretapi, Stesen Haneda International Airport International Terminal untuk ke Stesen Shinjuku. Kami menaiki Keikyu Line, satu di antara dua line yang ada kat sini selain Tokyo Monorail. Sebelum sampai Tokyo ni aku agak takut dengan sistem keretapi Jepun ni. Kalau tengok map, mak datuk punya la berserabut, macam mana aku nak survive naik keretapi kat sana nanti. Tapi hati traveller aku berkata, 'kite redah je'. Alhamdulillah, dengan menggunakan perkhidmatan percuma En. Google Map, kami survive hari pertama tu tanpa kesesatan, dari airport ke tempat tinggal dan jalan-jalan di Tokyo. Jangan tanya aku naik line ape, semuanya aku lupa, pasal terlalu banyak line. Yang aku ingat, dari Shinjuku Station ke Komae Station naik Odakyu Line, line ni yang paling banyak aku guna sebab kami tinggal di Komae.

Dari dalam keretapi, kami dapat melihat permandangan pagi di Tokyo. Sana sini penuh dengan bangunan dan rumah. Tapi bangunannya rata-rata tidak tinggi. Memandangkan hari itu Sabtu, maka train tak berapa nak penuh, mungkin hari cuti hujung minggu di Tokyo. Terasa sejuk cuaca pagi itu. Kami sampai di Shinjuku Station tanpa sebarang masalah walaupon terpaksa bertukar train di stesen mane ntah (dalam google map dia kata tak perlu tukar), tapi bila tengok semua orang keluar, kami pon keluar dan masuk train yang berada di landasan sebelah. Shinjuku Station sangat besar, lebih besar dari Stesen KL Sentral kita. Selama seminggu aku kat sana, aku masih lagi tak mahir selok belok stesen ni. Nasib baiklah papan tanda arah di ok.

Dari Shinjuku Station kami menaiki Odakyu Line untuk ke Komae Station, tempat tinggal kami. Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit dari Shinjuku. Sampai di Komae Station aku terus menghubungi tuan rumah melalui Skype, memang di suruh contact beliau melalui Skype. Semasa dalam perjalanan aku telah pon menghantar satu pesanan ringkas mengatakan bahawa kami dalam perjalanan. Tetapi pesanan dan penggilan aku itu tidak berjawab. Mungkin baru pukul 7.30 pagi kot, janji pukul 8.00 pagi. Maka kami lepak dahulu di hadapan McDonald's sambil berlindung dari kesejukan melampau 1 darjah celcius pagi itu. Pukul 8.00 pagi aku cuba contact kembali tuan rumah itu tetapi sampai ke sudah tidak berjawab.  Cuba call lagi satu nombor yang diberikan menggunakan telefon awam juga tidak berjaya, talian sibuk sentiasa. Hati mulai sakit, janji pukul 8.00 tapi sampai pukul 9.00 masih tak nampak batang hidung tuan rumah. Langkah terakhir aku cuba message tuan rumah tu melalui message box AirBnB. Sepantas kilat tuan rumah tu jawab dan konon-konon terkejut kami dah sampai. Hish... sakit hati pakcik.

1 darjah celcius - sejuk gile...

10 minit kemudian tuan rumah tu datang dengan kereta Lexus putihnya. Kami terus di bawa ke rumah penginapan kami yang terletak lebih kurang 5 minit berkereta dari Komae Station. Rumah kami terletak di tingkat satu bangunan dua tingkat itu. Tipikal rumah di Tokyo, kecil sahaja, 2 bilik tidor dengan 4 katil, dapur merangkap dining room dan bilik mandi. Selepas menerangkan beberapa perkara, tuan rumah meninggalkan kami.

Di sini kami akan tinggal sepanjang 6 hari 5 malam

Kami berehat, terlelap lah juga sekejap memandangkan malam semalam tak dapat tidor dengan lena. Kami memasak bekalan yang di bawa memandangkan kami belum lagi sarapan untuk pagi itu. Selepas makan, mandi dan bersiap, lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami telah sedia untuk explore Tokyo untuk hari pertama itu. Kami berjalan kaki ke Komae Station yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki. Perjalanan 15 minit itu seperti tidak terasa kerana kami jakun dengan suasana kawasan pinggir bandar itu. Kami menaiki train dari Komae terus ke Shinjuku Station, stesen terakhir Odakyu Line.

Permandangan pekan Komae

 Kita akan tau bila dah masuk musim bunga bila ada orang tanam bunga-bunga macam ni

Stesen Keretapi Komae

Destinasi pertama kami di hari pertama ini adalah ke Shinjuku Gyoen National Garden. Kami berjalan kaki dari Shinjuku Station. Taman ini terletak kira-kira 10 minit dari Shinjuku Station. Bayaran sebanyak JPY200 dikenakan untuk seorang untuk memasuki taman ini. Memandangkan masa kami datang tu adalah awal musim bunga, makanya kebanyakan pokoknya masih lagi gondol dan tak berapa banyak bunga yang sedang berkembang. Memandangkan taman ini agak luas dan tiada yang menarik selain pokok-pokok yang gondol dan rumput yang kering, kami mengambil keputusan untuk keluar sahaja dan terus ke destinasi kedua kami.



Permandangan di Shinjuku Gyoen National Garden

Kami berjalan kaki dari Shinjuku Gyoen National Garden menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building yang terletak kira-kira 30 minit berjalan kaki. Berpandukan Google Map, kami berjaya sampai ke Tokyo Metropolitan Government Building melalui lorong-lorong dan jalan-jalan di Tokyo. Observation Deck di bangunan ini terletak pada tingkat 45 dan masuk adalah percuma. Dari atas tu, kita bole menikmati permandangan udara Bandaraya Tokyo yang saujana mata memandang. Cuaca petang itu juga agak baik. Di atas itu juga ada kedai-kedai menjual cenderahati dan juga cafe. Aku tak beli apa-apa di atas sana memandangkan banyak lagi tempat yang aku akan lawati dan harga di atas sana rasanya mesti lebih mahal.


 Jalan-jalan menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building


 Permandangan bandaraya Tokyo dari tingkat 45
Tokyo Metropolitan Government Building

Tak lama kami di atas sana, kami turun semula dan mengambil train untuk ke destinasi seterusnya, Harajuku. Kami tiba di Harajuku lebih kurang pukul 5.30 petang, dah hari telah beransur malam. Di Tokyo, pukul 5.30 petang, hari sudah mula gelap. Kami terus sahaja ke Takeshita Street yang terletak di hadapan Harajuku Station. Keluar stesen, melintas jalan dah sampai. Ramai gila orang di sini, dan di sini kebanyakkannya adalah untuk aktiviti shopping. Banyak kedai yang menjual pakaian, cenderahati, barangan perhiasan diri, kasut, tempat makan dan macam-macam lagi. Kami masuk juga beberapa buah kedai untuk window shopping sahaja kononnya. At the end, aku terbeli 3 helai t-shirt Jepon pada harga JPY1000 sehelai. Kedai ni aku dapat t-shirt paling murah dan rata-rata t-shirt di sana dijual pada harga minima JPY1200. Sahabat aku plak membeli dua helai t-shirt Naruto yang entah berapa harganya. Disamping itu kami juga ada membeli coklat kapal yang agak fofular dikalangan pelancong Malaysia di Jepun. Satu kedai tu menjual agak murah, lebih kurang JPY60 sekotak, maksimum bole beli 10 kotak sahaja. Kami juga ada membeli coklat KitKat perasa yang tak terdapat di Malaysia.

Niat di hati nak rasa Harajuku Crepe yang orang kata sedap tuh dan mesti cuba. Tengok pon dah nampak mengiurkan, dan orang yang beratur nak membelinya pon bole tahan ramainya. Mesti sedap. Sedang aku asyik melihat crepe mana yang sedap, ternampak plak oleh aku satu crepe tu yang ada ham, tak tahu plak ham babi ke atau ham ayam. Memandangkan aku dah was-was, aku pon batalkan hasrat murni aku tuh. Makanya, sesiapa yang nak rasa Harajuku Crepe tu, minta berhati-hatilah ye.

Takeshita Street, Harajuku

Kami berjalan sehingga ke hujung Takeshita Street itu dan berpatah balik. Memandangkan masing-masing dah penat, kami memutuskan untuk menamatkan penjelajahan kami di situ. Kami mengambil train dari Harajuku Station ke Shinjuku Station dan terus pulang ke Komae.


... bersambung

No comments:

Post a Comment