816 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 2) : Dari KLIA2 Ke Haneda

... sambungannya

2 Mac 2017 (Khamis)

Hari ini aku masih lagi bertugas, cuma jasad di pejabat tetapi hati sudah lama terbang ke Tokyo. Pukul 1.00 petang aku clock-out dan terus pulang ke rumah. Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang memandangkan aku masih lagi belum packing barang untuk di bawa nanti. Aku sebenarnya tak tahu ape yang nak aku bawa pergi, berapa helai baju dan sebagainya. Sehingga ke pukul 4.00 petang aku masih lagi termanggu dan berfikir-fikir ape yang patut aku bawa. Selepas asar aku mula berkemas perlahan-lahan dan berhati-hati agar tiada benda yang keciciran. Menjelang maghrib, selesai aku berkemas. Satu beg besar dan satu beg sandang. 

Malam pula sahabat aku sampai. Aku akan bermalam di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn malam ini, dan esok kami aku bertolak dari rumahnya ke KLIA2 menaiki grab atau uber, yang mane dapat.


3 Mac 2017 (Jumaat)

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami bertolak ke KLIA2 menaiki grabtaxi. Sengaja keluar awal supaya tidak tergesa-gesa nanti. Flight kami dijadualkan pada pukul 2.40 petang. Sampai saja di KLIA2 kami terus melakukan check-in luggage. Dua buah beg telah dicheck-in dengan berat terlebih sedikit dari 25kg, lebihan berat yang dibolehkan oleh petugas kaunter. Tidak ramai yang beratur ketika itu, mungkin kami terawal. Untuk check-in diri sendiri, kami telah melakukan secara online dua hari sebelum penerbangan.

Untuk mengisi masa yang terluang sambil menunggu waktu penerbangan, kami telah lepak dan makan tengahari di Texas Chicken. Sebab utama Texas Chicken dipilih sebagai lokasi makan tengahari kami adalah kerana minuman yang boleh direfill. Makanya, bolehlah lepak dan minum sampai kembung.

Masing-masing nak tayang kasut baru...

Dalam sedap makan-makan itu, baru aku teringat yang aku masih lagi belum collect pocket wifi yang telah dibooking terdahulu. Janjinya dan collect pukul 12.00, tapi sudah kelewatan pula. Aku segera menghubungi pihak Travel Recommends melalui Whatapps untuk bertanyakan lokasi baru mereka memandangkan mereka sudah berpindah. Beberapa minit selepas itu aku mendapat jawapan balas dan aku segera ke tempat yang dinyatakan. Dua tiga kali pusing juga kat area Balai Ketibaan tu, akhirnya jumpa juga. Pocket wifi tersebut bertukar tangan dan hanya boleh digunakan setibanya kami di Jepun hari itu. Selepas itu kami sambung lepak dan makan di Texas Chicken. Diluar pengetahuan aku, aku sedang diperhatikan di sini...


Permandangan KLIA2 dari SkyBridge 

Pukul 1.00 lebih kami decided untuk masuk ke Balai Berlepas. Segala urusan kastam dan imigresen bagai tiada masalah. Setibanya kami di pintu pelepasan, telah ramai penumpang yang telah menunggu dan proses boarding juga telah dilakukan. Kami terus board dan mengambil tempat duduk kami di barisan no. 40, tengah. Bagi dua orang sahabat aku tu, ini bakal merupakan penerbangan terlama yang akan mereka tempuhi. As for me, aku pernah tersiksa dalam penerbangan selama 13 jam seorang diri. So, 6 jam ni kacang je bagi aku lebih-lebih lagi ada kawan, takde la buhsan. Pesawat nampaknye penuh dengan rakyat Malaysia yang nak ke Jepun dan orang Jepun yang nak pulang semula ke sana. Air Asia Penerbangan D7 522 berlepas on time, smoothly.

1) Borang Ketibaan dan Borang Pengistiharan Kastam yang perlu diisi 
2) Makan tengahari aku di dalam flight

Bosan-bosan dalam flight kite jalan-jalan dan lepak depan tandas

Sebelum mendarat kite pekena Vietnamese Iced Coffee yang sangat sedap ni

Lebih kurang pukul 10.30 malam waktu Jepun, Penerbangan D7 522 selamat mendarat di Haneda International Airport, Tokyo. Perjalanan baik sepanjang penerbangan. Hati sangat teruja, kami dah sampai di Tokyo. Tiada masalah juga semasa checking imigresen dan kastam Jepun, sekadar bertanya dua soalan sahaja, datang berapa orang dan akan tinggal di mana. Sticker imigresen ditampal dalam paspot aku dan Welcome to Japan.

Kami dah sampai Haneda... seronotnye....

Untuk hari pertama di Tokyo ni, kami akan bermalam di airport sahaja seperti yang kebanyakkan orang lakukan, kerana kalau nak booking hotel adalah tidak berbaloi untuk mereka yang budget traveller macam kami ni. Makanya, langkah pertama adalah mencari port yang terbaik untuk bermalam. Kami telah memilih port di sebelah kanan hujung sekali di Balai Ketibaan itu, berhampiran dengan Shower Room. Kalau nak mandi bagai boleh lah nanti pagi, tapi kene bayar lah. Siap ade receptionist lagi kat dalam Shower Room itu. Tempat tu juga berhampiran tandas, maka senanglah untuk menunaikan hajat besar atau kecil.

Pocket wifi kami onkan, terus dapat koneksi setelah wifi password dimasukkan. Berderu-deru segala message dan notifikasi masuk ke dalam henfon. Salah satu message Whatapps yang diterima berbunyi, 'Hafiz kat Jepun ke? Hashim kata dia nampak Hafiz kat dalam flight ke Jepun', lebih kurang camtu lah bunyi nye. Laa.... Hashim ke yang aku nampak dalam flight tadi? Patut la macam kenal, tapi nak tegur segan. Last-last aku pandang dia, dia pandang aku. Yang message aku tu, kawan aku, mak si Hashim tu. Akhirnya, aku mintak mak si Hashim tu bagitau si Hashim untuk lepak ngan kiteorang jer, since dia pon datang sorang kat Jepon ni. Bila dah berjumpa, si Hashim bagitau aku, yang dia dah nampak aku since kat KLIA2 lagi, masa tu kiteorang tengah seronok makan Texas Chicken.

Ni la si Hashim, kat Malaysia tak penah jumpe, kat Tokyo pulak bole berjumpa
what a small-small world... 

Malam itu kami berempat bermalam di Haneda International Airport. Selamat malam Tokyo...


... bersambung

You Might Also Like

0 comments