Posts

Showing posts from March, 2017

817 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 3) - Jangan Jadi Macam Che Ta

Image
Alhamdulillah, tertunai sudah salah satu tanggungjawab aku kepada negara terchinta ini iaitu membayar cukai pendapatan. Tahun ni aku buat awal, sebab banyak masa terluang, taknak buat last minit macam tahun-tahun sebelumnya. Syukur la nak, tahun ni nampak nye banyak lebihan bayaran tahun taksiran 2016, berjumlah lebih RM500.00. Potongan PCB pon banyak tak hengat, dekat-dekat nak RM1,000.00, walaupon gaji takde la banyak mane pon. 
Tahun 2016 nyer taksiran nampaknya ade pulak rebat untuk bayaran perubatan untuk penyakit yang sukar diubati, sehingga RM6,000.00. Kalau aku tau, aku amik resit-resit klinik dermatologis yang aku pergi sepanjang tahun lepas. Kalau dok kira-kira ade la dekat RM500.00 dah aku bayar kat klinik tuh. Apa-apa pon walaupon takde resit, aku letak je RM300.00, to be safe. Tahun ni nampaknye kalau aku pi klinik tu lagi, kene la amik resit. 
Ok, selamat membuat taksiran cukai kepada semua. Sila lah bayar cukai pendapatan anda, jangan sampai anda ditahan pihak imigrese…

816 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 2) : Dari KLIA2 Ke Haneda

Image
... sambungannya

2 Mac 2017 (Khamis)

Hari ini aku masih lagi bertugas, cuma jasad di pejabat tetapi hati sudah lama terbang ke Tokyo. Pukul 1.00 petang aku clock-out dan terus pulang ke rumah. Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang memandangkan aku masih lagi belum packing barang untuk di bawa nanti. Aku sebenarnya tak tahu ape yang nak aku bawa pergi, berapa helai baju dan sebagainya. Sehingga ke pukul 4.00 petang aku masih lagi termanggu dan berfikir-fikir ape yang patut aku bawa. Selepas asar aku mula berkemas perlahan-lahan dan berhati-hati agar tiada benda yang keciciran. Menjelang maghrib, selesai aku berkemas. Satu beg besar dan satu beg sandang. 
Malam pula sahabat aku sampai. Aku akan bermalam di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn malam ini, dan esok kami aku bertolak dari rumahnya ke KLIA2 menaiki grab atau uber, yang mane dapat.

3 Mac 2017 (Jumaat)
Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami bertolak ke KLIA2 menaiki grabtaxi. Sengaja keluar awal supaya tidak tergesa-gesa nanti. Fligh…

815 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 1) : Persiapan Awal

Image
Alhamdulillah, dapat juga aku dan dua orang sahabat baik aku menjejakkan kaki ke bumi Negara Matahari Terbit itu. Berangan-angan itu tidak lama, bila syarikat penerbangan kegemaran rakyat marhein Malaysia membuat promosi, kami tidak melepaskan peluang keemasan itu. Pada bulan Oktober 2016, sebelah kaki telah berjaya kami jejakkan di Tokyo, sebelah lagi hanya menunggu hari penerbangan, 3 Mac 2017. Kos untuk tambang sahaja, pergi dan balik, kami dapat RM814.00 seorang tanpa makan, kos bagasi dan lain-lain. 
Penerbangan D7 522 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda
Perancangan awal dibuat oleh semua pihak memandangkan ini merupakan kali pertama kami akan ke sebuah negara yang lebih maju dari Malaysia yang tercinta ini. Sebelum ni kami hanya ke Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura, yang boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Malaysia dari pelbagai segi. Jadi perasaan gemuruh itu agak kurang. Itinerari perjalanan untuk sepanjang tempoh kami di sana dibuat bagi mengelakkan masa yan…

814 : Jangankan Gunung Fujiyama, Puncak Himalaya Ku Ikut Kamu

Image
Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk meninggalkan tugas-tugas di pejabat yang rutin dan amat membosankan dan terbang jauh mencari damai di hati. 
Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. Buku merah aku hanya akan tamat tempohnya pada tahun 2020. Masa banyak lagi untuk aku meluaskan permandanganku diluar kebiasaan. Masih luas lagi bumi ini untuk aku melihat kebesaran Allah.
Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh. Maka, kami telah putuskan, 3 hingga 10 Mac 2017, dan kami akan terbang kira-kira 6 hingga 7 jam dari Malaya. 
Sehingga itu, doakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah