20 June 2017

825 : Dua Puluh Lima Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/2017M

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 25 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ni aku mengambil Cuti Kecemasan, tahap kesihatan tidak mengizinkan aku pergi ke opis. Masuk hari ni dah 4 hari aku tidak sihat, hanya duduk di rumah sahaja, makan minum untuk bersahur dan berbuka pon sekadar mengharap belas ehsan orang. Macam la nasib hidup sebatang kara. Ahaks...

Sebelum tahap kesihatan aku merosot, sempat juga aku shopping-shopping raya. Beli ala kadar jer. Baju Melayu tahun ni tak beli. Recycle je lah yang tahun-tahun lepas punya. Dalam almari tu dah penuh dengan baju melayu, rasanya adalah dalam 6-7 pasang, aku pon dah lupe. Makanya, hari tu aku cume membeli t-shirt sebanyak 3 helai. Tak mahal pon, masa tu ade sales, 3 pasang RM50. Dan t-shirt dia pon cantik-cantik. Then aku ada juga membeli sepasang selipar Fippers dan sepasang sandal, tak mahal mane pon, tak sampai RM100 kedua-duanya. Pastu aku ada membeli sepasang seluar jeans yang agak mahal gak lah. Hehehe... itulah item paling mahal aku beli untuk raya tahun ni. Disebabkan aku dan sahabat aku tu berbelanja hampir RM400 kat kedai tu, aku dapat sehelai lagi t-shirt percuma, dan kami juga sempat mengepow kakak tu 4 pek sampul raya. Cukup lah tu untuk hari raya. Lagi pon, raya aku tak ke mana pon, kan aku sebatang kara, ahaks. 

Done shopping raya

Disamping itu, aku ada juga mengorder beberapa jenis kuih raya. Beli tak banyak pon, 4 jenis 50 bijik masing-masing. Cukuplah untuk buat syarat hari raya. 

11 June 2017

824 : Enam Belas Hari Di Bulan Ramadhan 1438H/2017M

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk hari ke enam belas kita di bulan Ramadhan tahun ini. Pejam-celik-pejam-celik dah separuh bulan kita berpuasa. Masa bagai tak terasa plak berpuasa tahun ni. Sampai tak sempat nak wat ucapan Selamat Berpuasa kepada semua. Harap-harap tiada siapa yang terkantoi puasanya tanpa sebab. As for me, puasa aku masih terpelihara, cuma pahala puasa itu tidak dijamin dapat 100%. 


Untuk bulan puasa tahun ni, aku rasa sama jer macam bulan-bulan puasa tahun-tahun sebelum ni. Mostly, aku akan bersahur seorang diri dan berbuka puasa pon seorang diri. Begitulah nasib hidup sebatang kara kat kota ni. Di awal bulan puasa ari tu, kesihatan aku tak berapa nak baik. Sakit tu datang menyerang berulang kali. Kalau tak kiri, kene kanan, kalau tak kanan diserangnya sebelah kiri. Sejak akhir-akhir ni kerap pulak kene. Pantang makan sampai semua benda aku tak makan, tapi kene jugak. Akhirnya aku terfikir nak makan rumput je. Tapi Alhamdulillah, di hari ke enam belas ni, dah terasa ok sikit. Mungkin berkat berpuasa. Harap tak kene sekerap dulu. Tersiksa rasanya.

Beberapa hari selepas mula berpuasa juga ayah aku ditimpa kemalangan. Jatuh tangga katanya sebab nak betulkan siling yang dah rosak. Petang itu aku balik rumah agak lewat sebab berbuka puasa di rumah kawan. Dalam pukul 10 lebih aku sampai rumah, rumah gelap gelita. Bermacam benda bermain di fikiran aku masa tu. Kalau black-out, takkan rumah aku jer, rumah laen terang benderang. Kalau ayah aku dah tidor pon, selalunya ada lampu yang akan dibuka. Aku berfikiran positif jer ketika itu. Masuk je rumah, ayah sedang terlantar di kerusi. Diceritakan segalanya pada aku. Aku nak bawak ayah ke hospital tetapi ayah taknak, lama sangat nanti katanya. Makanya aku bawa ayah ke klinik sahaja, nasib baik ada klinik 24 jam. Doktor mengarahkan untuk dibuat x-ray. Alhamdulillah, tiada tulang yang retak. Doktor cuma prescribe pain killer sahaja. Sekarang, nampaknya ayah dah ok.

Di bulan puasa ni, tugas-tugas di pejabat terpaksa dilaksanakan juga. Sepanjang bulan puasa ni, aku akan masuk kerja pukul 7.30 pagi, lunch hour dipendekkan ke 1/2 jam sahaja dan balik pada pukul 4.00 petang. Sejak dua menjak ni terasa banyak sangat kerja aku. Setelah seorang staf yang bekerja dengan aku ditukarkan ke jabatan lain dan jawatannya tidak akan diganti, maka kebanyakkan tugas-tugasnya ditanggung oleh aku. Kadang-kadang rasa terbeban sangat, malah ada diantara tugasnya yang aku belum buat lagi sehingga sekarang. Entahlah, sampai bila aku bole bertahan. Kalau macam ni lah sampai ke tua, rasanya memang aku akan amik optional pencen awal. 

Oklah, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa Kepada Semua. 

17 May 2017

823 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 8) : Kegembiraan Itu Sudah Sampai Ke Penghujungnya

... sambungannya

9 Mac 2017 (Khamis)

Hari terakhir kami melihat matahari terbit di Negara Matahari Terbit ini. Kami akan terbang pulang ke tanahair pada malam ini. Pagi itu tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan. Badan terasa letih dan penat setelah beberapa hari menjelajah seluruh Tokyo tanpa henti. Kegembiraan membuat rasa penat itu hilang. Keterujaan membuatkan kita handak menjelajah lebih jauh lagi. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.

Pagi itu, setelah bersarapan pagi dengan menghabiskan semua bekalan yang dibawa, kami mengemas beg pakai masing-masing. Aku duduk termanggu di tepi katil, tidak tahu mana hendak dimulakan. Barang terasa makin banyak pulak, tak muat sudah beg aku yang sebesar alam itu. Ku sumbatkan juga selagi boleh. Akhirnya, 6 buah beg kami kesemuanya, 2 beg setiap seorang. Tiada tambahan beg, syukur. Sebelum meninggalkan rumah yang kami inapi selama 6 hari 5 malam itu, kami berkemas-kemas sedikit agak tidak kotor dan bersepah, sekurang-kurangnya, tuan rumah boleh bagi komen positif untuk aku nanti (and he did). Jika kita menggunakan khidmat AirBnB untuk mencari penginapan, selain kita bole meninggalkan komen baik atau tidak untuk tuan rumah, tuan rumah juga boleh memberi komen kepada penyewanya. Jadi berhati-hati lah kalau menggunakan AirBnB.

Sebelum checking-out kami termanggu lagi. Beg terlalu berat untuk dibawa ke Stesen Komae yang sejauh 15 minit berjalan kaki itu. Memandangkan beg aku bukan dari jenis beroda, nak bawak 2 orang pon rasanya agak tersiksa. Aku bersama sahabat keluar ke jalan utama untuk mencari teksi. Setelah kira-kira 10 minit menunggu dan teksi yang ditahan tidak berhenti, kami mengalah. Kami pulang semula ke rumah dan cuba mendapatkan bantuan tuan rumah. Nasib baik pekerjanya ada di bilik bawah itu. Kami meminta beliau memanggilkan teksi untuk kami, dan beliau sedia membantu. Tak sampai 10 minit kemudian, teksi pon sampai di depan rumah dan kami meninggalkan rumah itu dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Aku akan merindui tempat itu.

Hasil tangkapan di Tokyo yang mahu dibawa pulang ke tanah air

10 May 2017

822 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 7) : Penjelajahan Kota Tokyo Diteruskan. Misi Memburu Pokemon

... sambungannya

8 Mac 2017 (Rabu)

Setelah bergaduh sekejap dengan tuan rumah pagi itu, kami mendapat khabar gembira. Tuan rumah telah datang ke rumah dan memberitahu bahawa pihak polis telah menelefon beliau semalam tentang telefon sahabat yang keciciran itu. Tuan rumah membantu mendapatkan maklumat lanjut dari pihak polis dan memaklumkan bahawa pihak polis ada menerima telefon dari model yang sama tetapi tidak dapat dipastikan sama ada sahabat adalah pemiliknya atau bukan. Oleh itu, pihak polis meminta kami ke Balai Polis Shibuya untuk membuat pengesahan dan mengambil telefon itu jika benar telefon itu adalah milik sahabat.

Selepas bersarapan serba sedikit, kami segera mengambil train dari Komae ke Shinjuku dan terus ke Shibuya. Dari Shibuya Station, kami berpandukan arah dari Google Map untuk mencari Shibuya Police Station yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya. Tak susah mencari balai polis ni menggunakan khidmat Google Map (sangat berguna Google Map ni). Kami diberi pas dan segera diarahkan untuk ke tingkat 2 bangunan balai polis itu. Setelah beberapa maklumat diambil, polis yang bertugas segera mengambil telefon berkenaan dan menunjukkan kepada sahabat, dan ternyata telefon itu milik sahabat, terpampang gambar muka dia di skrin hadapan telefon itu. Suka hati sahabat tidak terkira, kami pon macam tak percaya boleh dapat kembali telefon itu. Kalau kat Malaysia, minta maaf la ye, sila beli baru. Syukur la nak.

Pas yang perlu dipakai semasa berurusan di Balai Polis Shibuya

Sahabat gumbira setelah mendapat kembali handphone beliau yang hilang

26 April 2017

822 : My Homexpo 2017 (Episod 2)

Hari Sabtu lepas aku dan sahabat berkesempatan untuk menghadiri My Homexpo 2017 bertempat di Viva Home Shopping Mall. Ini merupakan kali pertama aku ke Viva Home Shopping Mall walaupon dan berpuluh malah beratus kali aku lalu dihadapannya sejak mall itu bernama UE3. Ini merupakan kali ke 3 aku menghadiri expo seumpamanya sejak-sejak aku akan memiliku rumah idaman aku tak lama lagi.


Expo pertama yang aku hadir dulu adalah Big Home Expo 2017 di Stadium Bukit Jalil dan yang kedua pula entah expo ape namenye di Mid Valley Megamall. Di Mid Valley, walaupon aku ade berkenan beberapa barangan, tetapi aku tidak pula membeli apa-apa. Kita cuba survey expo-expo lain dulu.

Berbalik pada My Homexpo di Viva Home itu, expo dia tak lah berapa besar dan bagi aku kurang menarik barangan yang dipamerkan. Mostly aku tengok banyak tilam dan katil sahaja, yang mana aku tidak berminat untuk mendapatkan tilam dan katil buat masa ini. Lagi pon tilam yang dipamerkan dijual dengan harga yang agak mahal dan katil pula tidak menepati cita rasa aku yang lebih kepada design old-skool. 

Aku dan sahabat berminat kepada koleksi grandfather clock yang dipamerkan. Susah nak jumpa grandfather clock dan sudah semestinya harga bole mencapai ribuan ringgit. Menurut sumber pekerja pameran tu, semua jam itu dijual murah sebab bos dia mahu tutup kedai. Semua jam di situ dijual adalah pada harga 50% diskaun. 

At the end of the day, aku pon terbelilah sebuah grandfather clock tersebut yang aku rasa lebih tepat granddaughter clock, memandangkan saiznya yang lebih kecil. Ahaks... aku mendapat lebih diskaun selepas aku bersetuju untuk membawa balik sendiri. Makanya, mengusunglah aku dengan sahabat aku jam itu ke pakir kereta. Nasib baik muat masuk kereta... huhu...

Ok... bye...

14 April 2017

821 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 6) : Let It Go... Let It Go... Tokyo Disneyland

... sambungannya

7 Mac 2017 (Selasa)

Kerana telah wujud satu kes yang tidak dapat dielakkan semalam, plan untuk datang awal ke Disneyland Tokyo untuk mengambil express pass terpaksa diubah. Kami ke Shibuya Mark City terlebih dahulu, ke tandas yang disyaki telefon bimbit sahabat itu ketinggalan, manalah tahu, kalau-kalau ia masih di situ. Malangnya, ia tiada. Kami berbincang langkah seterusnya yang perlu kami ambil. Kami ingin ke unit 'Lost and Found' Shibuya Mark City terlebih dahulu sebelum ke Koban berhampiran, tetapi pejabat itu hanya akan dibuka pada pukul 10.00 pagi. Kami cuba menelefon pejabat tersebut melalui nombor telefon yang terdapat pada brosur yang kami perolehi, tetapi mesin yang jawab dan mesin itu hanya tahu cakap bahasa Jepun sahaja. Inilah masalah yang kami hadapi.

Setelah buntu menghadapi situasi itu, kami decided untuk naik ke hotel berhampiran, Shibuya Excel Hotel Tokyu untuk mendapatkan bantuan, cuma untuk meminta tolong untuk menelefon pejabat 'Lost and Found' itu sahaja, tetapi malangnya petugas di situ tidak mahu membantu kami. Katanya dia akan bantu pelanggan yang menginap di hotel mereka sahaja.. Aku dengan nada tidak puas hati terus berkata, 'Ok fine, f*ck you', (hahaha... f*ck you tu dalam hati jer). Inilah masalahnya kalau dengan hotel-hotel besar dan mewah, sakit hati mak. Honestly, baek lagi hotel kecil macam kat Kanda tempoh hari.

Sahabat yang kehilangan telefon itu terus berusaha mencari alternatif lain sehingga beliau hilang dari pandangan aku. Tak tahulah dia ke mane, jangan dia plak hilang dah ler. Akhirnya kami terus sahaja buat laporan di Koban yang agak jauh jugak dari situ. Laporan kami diambil, walaupon dengan masalah komunikasi, maksud yang cuba disampaikan difahami oleh polis-polis yang membantu. Kami tinggalkan nombor telefon tuan rumah kepada polis berkenaan kerana itu saja nombor tempatan yang kami ada. Polis itu memaklumkan lagi, jika ada perkembangan terkini, ia akan dimaklumkan kepada kami melalui talian telefon tersebut. Selesai urusan di Koban, kami terus ke Shibuya Station untuk ke Disneyland Tokyo dan berjimba-jimba, lupakan segala masalah yang ada. Hehehe...

07 April 2017

820 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 5) : Ku Sangkakan Hujan Sampai Ke Petang, Rupanya Cerah Di Tengahari, Nampak Juga Gunung Fuji

... sambungannya

6 Mac 2017 (Isnin)

Seawal jam 4.00 pagi, alarm handset masing-masing telah berbunyi. Dengan malasnya, semua bingkas bangun. Sarapan pagi dan bekalan yang akan dibawa bersama disiapkan, nasi goreng dengan sandwich sardin, biskut dan jajan. Selepas sarapan serba sedikit, kami keluar meninggalkan Komae untuk ke Shibuya. Hari ini kami akan ke Kawaguchiko di mana berdirinya Gunung Fuji dengan megahnya yang menjadi simbol gah Negara Jepun. Kami akan menaiki bas dari Shibuya Mark City ke Kawaguchiko Station. Tiket bas kami sudah reserved secara online di highway-buses.jp. Pada mulanya kami hendak naik bas tersebut dari Shinjuku Station memandangkan ia lebih dekat, tetapi ada masalah dengan sistem bookingnya, tak tahulah samada sudah penuh atau memang ada masalah sistem. Akhirnya kami terpaksa booking tiket dari Shibuya pada harga JPY3,600 return ticket. Kalau dari Shinjuku, harganya pergi balik cuma JPY3,500.

Inilah bas yang akan membawa kami pergi ke dan pulang dari Kawaguchiko

Memandangkan kami sudah tahu di mana stesen bas Shibuya Mark City itu, maka tak perlu lah tergesa-gesa dan kami telah sampai di situ lebih kurang pukul 7.00 pagi. Slip booking ditukar kepada tiket di kaunter tiket station itu. Oleh kerana sahabat pergi menandas sebentar, terlepas kami bas yang lebih awal, pukul 7.15. Pukul 7.30 bas kami pon bergerak meninggalkan Shibuya. Bas membuat beberapa stop mengambil penumpang sebelum memasuki lebuhraya bertol menuju destinasi.

03 April 2017

819 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 4) : Hari Ini Kita Pergi Lebih Jauh

... sambungannya

5 Mac 2017 (Ahad)

Celik je mata, terus terkejut dan bingkas bangun dari peraduan. Matahari dah meninggi, dah cerah kat luar sana. Adus... kesiangan sudah rupanya aku. Sahabat yang laen pon bukan maen sedap lagi tidor berselubung. Tangan segera mencari jam. Cis.... baru pukul 6.30 pagi rupanya. Tapi dah macam pukul 10.00 pagi kat Malaysia. Terus aku baring semula. Beberapa minit kemudian, kedengaran sahabat juga terkejut lalu bangun. 

Pukul 6.43 pagi di Komae. Suhu 1 darjah celcius. Matahari dah tinggi

Pagi itu sahabat menyediakan nasi dengan lauk pauk segera dan aku menyediakan sandwich sardin dan tuna sebagai bekalan jalan-jalan hari ini. Memang kami ada membawa bekalan dari Malaysia, sebab kami sedar, harga makanan di Tokyo ini agak mahal (itu main reason) disamping sukar mencari yang halalan toyyiban (second reason). Selepas bersiap dan bersarapan sedikit, kami bersedia untuk menjelajah Tokyo untuk hari kedua. Tak sabar rasanya. Seperti biasa kami menaiki train dari Komae Station ke Shinjuku Station, dan dari Shinjuku Station adventure kami bermula dengan mencari line untuk ke destinasi kami hari itu, Asakusa. Perjalanan dari Komae ke Asakusa lebih kurang 1 jam.

01 April 2017

818 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 3) : Hari Pertama Di Tokyo

... sambungannya

4 Mac 2017 (Sabtu)

Tidor di lapangan terbang adalah satu pengalaman baru buat aku dan sahabat, tapi pengalaman itu bukanlah satu pengalaman yang manis. Kesemua kami hampir tidak dapat tidor sepanjang malam, sekadar tidor-tidor ayam je bak kata orang. Telinga terdengar berbagai-bagai jenis bunyi yang mengganggu untuk lena. Sehingga ke pukul 2-3 pagi, masih ada lagi kapalterbang yang baru tiba. Makanya, penuhlah balai ketibaan itu dengan orang yang tidor dan ramai juga yang tidak tidor. Aku tengok ada yang sudah terbongkang lena, dah tak pedulikan orang lain. 

Disebabkan aku tidak dapat lena, maka aku pon explore lah lapangan terbang tu sorang-sorang pagi-pagi buta itu. Rasanya, terminal antarabangsa Haneda tidak lah begitu besar. Pagi-pagi buta macam tu memang takde kedai yang buka. Aku naik ke tingkat 4 di mana kedai-kedai di tingkat itu direka seperti rumah-rumah tradisional Jepun. Aku seterusnya ke tingkat 5 untuk ke Observation Deck. Aku keluar untuk melihat permandangan dari Observation Deck itu, agak tenang dan mendamaikan. Sunyi jer, tiada sebarang aktiviti yang berlaku. Aku tak lama kat situ memandangkan suhu yang sangat sejuk. Aku kembali ke tempat sahabat aku. Aku cuba untuk lena lagi.

Permandangan di dalam Haneda Airport di pagi-pagi buta

Haneda Airport Observation Deck 

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kami decided untuk meninggalkan lapangan terbang itu. Bosan plak dok lama-lama kat situ. Sebelum meninggalkan lapangan terbang itu, kami singgah di sebuah kedai (aku rasa kedai travel agent) untuk membeli kad Pasmo. Sebenarnya tak tau pon ade jual Pasmo kat situ (masa aku explore pagi-pagi buta tadi tercari-cari juga tempat yang menjual kad ni, tapi tak jumpe), tetapi kami lihat ramai orang yang beratur, kami pon wat-wat sibuk nak tau kenapa orang beratur di situ. Rupanya diaorang nak beli kat Pasmo atau kad Suica. Senang cerita, kad Pasmo dan kad Suica ni macam kad Touch 'N' Go kat Malaysia, yang boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam dan membeli barang di kedai-kedai terpilih. So, kami pon amik kad Pasmo seorang satu pada harga JPY3,500, termasuk JPY500 untuk deposit kad, yang akan dipulangkan semula jika kita memulangkan kembali kad Pasmo tu.

26 March 2017

817 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 3) - Jangan Jadi Pengkhianat Negara

Alhamdulillah, tertunai sudah salah satu tanggungjawab aku kepada negara terchinta ini iaitu membayar cukai pendapatan. Tahun ni aku buat awal, sebab banyak masa terluang, taknak buat last minit macam tahun-tahun sebelumnya. Syukur la nak, tahun ni nampak nye banyak lebihan bayaran tahun taksiran 2016, berjumlah lebih RM500.00. Potongan PCB pon banyak tak hengat, dekat-dekat nak RM1,000.00, walaupon gaji takde la banyak mane pon. 

Tahun 2016 nyer taksiran nampaknya ade pulak rebat untuk bayaran perubatan untuk penyakit yang sukar diubati, sehingga RM6,000.00. Kalau aku tau, aku amik resit-resit klinik dermatologis yang aku pergi sepanjang tahun lepas. Kalau dok kira-kira ade la dekat RM500.00 dah aku bayar kat klinik tuh. Apa-apa pon walaupon takde resit, aku letak je RM300.00, to be safe. Tahun ni nampaknye kalau aku pi klinik tu lagi, kene la amik resit. 

Ok, selamat membuat taksiran cukai kepada semua. Sila lah bayar cukai pendapatan anda, jangan sampai anda ditahan pihak imigresen. OK bye.

21 March 2017

816 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 2) : Dari KLIA2 Ke Haneda

... sambungannya

2 Mac 2017 (Khamis)

Hari ini aku masih lagi bertugas, cuma jasad di pejabat tetapi hati sudah lama terbang ke Tokyo. Pukul 1.00 petang aku clock-out dan terus pulang ke rumah. Aku mengambil Cuti Separuh Hari Petang memandangkan aku masih lagi belum packing barang untuk di bawa nanti. Aku sebenarnya tak tahu ape yang nak aku bawa pergi, berapa helai baju dan sebagainya. Sehingga ke pukul 4.00 petang aku masih lagi termanggu dan berfikir-fikir ape yang patut aku bawa. Selepas asar aku mula berkemas perlahan-lahan dan berhati-hati agar tiada benda yang keciciran. Menjelang maghrib, selesai aku berkemas. Satu beg besar dan satu beg sandang. 

Malam pula sahabat aku sampai. Aku akan bermalam di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn malam ini, dan esok kami aku bertolak dari rumahnya ke KLIA2 menaiki grab atau uber, yang mane dapat.


3 Mac 2017 (Jumaat)

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami bertolak ke KLIA2 menaiki grabtaxi. Sengaja keluar awal supaya tidak tergesa-gesa nanti. Flight kami dijadualkan pada pukul 2.40 petang. Sampai saja di KLIA2 kami terus melakukan check-in luggage. Dua buah beg telah dicheck-in dengan berat terlebih sedikit dari 25kg, lebihan berat yang dibolehkan oleh petugas kaunter. Tidak ramai yang beratur ketika itu, mungkin kami terawal. Untuk check-in diri sendiri, kami telah melakukan secara online dua hari sebelum penerbangan.

Untuk mengisi masa yang terluang sambil menunggu waktu penerbangan, kami telah lepak dan makan tengahari di Texas Chicken. Sebab utama Texas Chicken dipilih sebagai lokasi makan tengahari kami adalah kerana minuman yang boleh direfill. Makanya, bolehlah lepak dan minum sampai kembung.

Masing-masing nak tayang kasut baru...

Dalam sedap makan-makan itu, baru aku teringat yang aku masih lagi belum collect pocket wifi yang telah dibooking terdahulu. Janjinya dan collect pukul 12.00, tapi sudah kelewatan pula. Aku segera menghubungi pihak Travel Recommends melalui Whatapps untuk bertanyakan lokasi baru mereka memandangkan mereka sudah berpindah. Beberapa minit selepas itu aku mendapat jawapan balas dan aku segera ke tempat yang dinyatakan. Dua tiga kali pusing juga kat area Balai Ketibaan tu, akhirnya jumpa juga. Pocket wifi tersebut bertukar tangan dan hanya boleh digunakan setibanya kami di Jepun hari itu. Selepas itu kami sambung lepak dan makan di Texas Chicken. Diluar pengetahuan aku, aku sedang diperhatikan di sini...

17 March 2017

815 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 1) : Persiapan Awal

Alhamdulillah, dapat juga aku dan dua orang sahabat baik aku menjejakkan kaki ke bumi Negara Matahari Terbit itu. Berangan-angan itu tidak lama, bila syarikat penerbangan kegemaran rakyat marhein Malaysia membuat promosi, kami tidak melepaskan peluang keemasan itu. Pada bulan Oktober 2016, sebelah kaki telah berjaya kami jejakkan di Tokyo, sebelah lagi hanya menunggu hari penerbangan, 3 Mac 2017. Kos untuk tambang sahaja, pergi dan balik, kami dapat RM814.00 seorang tanpa makan, kos bagasi dan lain-lain. 

Penerbangan D7 522 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda

Perancangan awal dibuat oleh semua pihak memandangkan ini merupakan kali pertama kami akan ke sebuah negara yang lebih maju dari Malaysia yang tercinta ini. Sebelum ni kami hanya ke Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura, yang boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Malaysia dari pelbagai segi. Jadi perasaan gemuruh itu agak kurang. Itinerari perjalanan untuk sepanjang tempoh kami di sana dibuat bagi mengelakkan masa yang berharga tidak terbuang tanpa tujuan bila di sana nanti. Dua tiga pertemuan telah dibuat sesama sahabat untuk membincangkan mengenai itinerari, tempat-tempat menarik yang akan dilawati, aktiviti-aktiviti menarik dan kos perjalanan kami di sana. Dan akhirnya, itinerari kami siap dengan kos perbelanjaan kami di sana mencecah hampir JPY21,000.

02 March 2017

814 : Jangankan Gunung Fujiyama, Puncak Himalaya Ku Ikut Kamu


Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk meninggalkan tugas-tugas di pejabat yang rutin dan amat membosankan dan terbang jauh mencari damai di hati. 

Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. Buku merah aku hanya akan tamat tempohnya pada tahun 2020. Masa banyak lagi untuk aku meluaskan permandanganku diluar kebiasaan. Masih luas lagi bumi ini untuk aku melihat kebesaran Allah.

Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh. Maka, kami telah putuskan, 3 hingga 10 Mac 2017, dan kami akan terbang kira-kira 6 hingga 7 jam dari Malaya. 

Sehingga itu, doakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah

27 February 2017

813 : Wishing Myself A Happy Birthday (Episod 2)


Tanggal 25 Februari yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni aku masih berusia 21 tahun, ahaks. Seperti kebiasaannya, 25 Februari tahun ni sama je seperti hari-hari yang lain. Tiada apa-apa sambutan yang dibuat sempena tarikh ulang tahun kelahiran aku ni, tiada hadiah istimewa, tiada kek Secret Recipe , tiada bunga mawar merah dan tiada coklat Ferrero Roche. Hatta, belanja makan pon takde. Aku hanya duduk di rumah, memdobi baju sampai dua round dan yang selebihnya aku yang termenung memandang dinding sahaja #sedih.


Walau bagaimana pon, tahun ni aku menerima agak banyak jugak lah ucapan selamat dari sahabat, teman dan kawan-kawan. Terima kasih aku ucapkan atas ucapan dan doa untuk kesejahteraan aku. Aku juga doakan perkara yang sama untuk kalian. 

Alhamdulillah, masih ada yang sayang... 

22 February 2017

812 : Big Home Expo 2017

Poster Big Home Expo 2017

Big Home Expo 2017 telah diadakan dari 16 hingga 19 Februari 2017 bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini adalah kali pertama aku menghadiri expo seumpamanya. Sejak-sejak akan dapat rumah sendiri yang baru tidak lama lagi, aku dah berangan-angan nak buat macam-macam dekat rumah aku nanti. 

Mengikut jadualnya, rumah aku tu nanti akan siap pada suku ketiga tahun 2017, dan aku jangka kalau tak ada aral melintang di mana-mana, rumah tu akan dapat diduduki menjelang tahun hadapan. Kalau dah dapat kunci nanti, aku berangan-anganlah nak buat sedikit renovasi. Memandangkan rumah aku tu comel dan partly furnished, makanya hanya sedikit sahaja renovasi yang aku dah rancang. InsyaAllah, aku nak buat plaster syiling, nak buat kitchen cabinet sikit dan tv cabinet. Dan kalau ade duit terlebih di mana-mana, aku nak convert 3rd bedroom tu jadi 'man cave', tempat aku bertapa sorang-sorang, ahaks. 

Bakal siap tak lama lagi... #taksabar

Berbalik pada Home Expo tadi, pameran dia takde lah besar sangat, tapi masa aku datang tu memang ramai pengunjung. Ada beberapa bende yang aku berkenan kat expo tu. Yang pertama adalah tv cabinet. Harga promosi yang diletakkan di situ adalah RM3k. Simple jer dan aku memang suka style macam tuh. Then aku berkenan jugak kat satu set ruang tamu dengan harga promosi hampir RM7k yang terdiri daripada sofa 3 seater, 2 seater and 1 seater, 1 coffee table, 1 side table, 1 tv cabinet dan 1 console table. Agak menarik gak. Pastu aku berkenan dekat satu pintu tu. Tak tanya plak berapa harga promosi dia, tapi aku rasa antara RM1k hingga RM2k. 

At the end of the day, aku terbooking tv cabinet tuh. Hahaha.... Ok.. bye..

21 February 2017

811 : Birthday Present (Episod 2)

Masih lagi menerima hadiah-hadiah sempena bulan kelahiran aku tahun ni. Terasa macam banyak plak. Tahun lepas terasa sunyi jer birthday aku.

Kali ni aku nak mengucapkan terima kasih kepada Encik Golden Scene Cinemas atas dua tiket percuma untuk filem-filem terpilih sahaja. Tiket tersebut hanya sah laku sepanjang bulan Februari sahaja. Hadiah ini masih belum sempat aku nikmati lagi. InsyaAllah, sebelum expired akan aku gunakan.

Keduanya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Hotlink atas hadiah berupa 1GB internet secara percuma. Tempoh sah laku adalah sehingga hari ahad, 26 Februari 2017. Yang mana, hadiah ini masih belum aku tuntut memandangkan kuota data aku masih ada lagi.

Last but not least, aku nak mengucapkan terima kasih kepada kakak aku sendiri yang sudi membelikan aku kek hari lahir sempena hari lahir aku dan juga hari lahir suaminya yang hanya selang 2 hari dari tarikh lahir aku. Love u sis, muah ciked....

Birthday Cake.. Happy Birthday to me...

Anyway, aku masih lagi menunggu kot-kot ada lagi sesiapa yang nak bagi aku birthday present...

Ok.. bye..

05 February 2017

810 : Birthday Present

My birthday just around the corner. Makanya, bulan ini adalah my birthday month. Disebabkan aku ni jarang menyambut birthday sendiri dan kebanyakkan kawan-kawan aku pon tak ingat birthday aku bila, makanya takde specialnya tarikh birthday aku tuh. Walaupon begitu, ada jugak yang sudi memberikan aku hadiah sempena birthday aku yang akan datang. Terima kasih daun keladi aku ucapkan.

Firstly nak ucap terima kasih kepada Encik Lim Tayar atas baucer yang diberikan sempena birthday aku. Baucer untuk A. Free labour charges for engine oil change or B. Free 4 off-wheel balancing & rotation service or C. 50% discount 0n 1 set of AMI/AcDelco wiper. Yang C. tu macam best jer.. lagipon wiper kete aku pon macam dah keras. Apa-apa pon, offer valid untuk 30 April 2017.

Secondly terima kasih kepada Encik Tanjung Golden Village atas free movie tickets for two yang diberikan. Bukan itu sahaja, the movie tickets comes with free one regular popcon and soft drink. Offer valid sepanjang bulan Februari 2017. 

Thirdly, terima kasih kepada Encik Chatime atas points worth 1 drink (R) have been loaded into your Thirstea Card. Redeem with your PIN at any Chatime outlet. Valid 1 year. 

Masih lagi menanti siapa lagi yang nak beri hadiah pada aku. Starbucks taknak bagi ape-ape ke? Penat je jadi loyal customer selama ni. 

08 January 2017

809 : Percubaan Seterusnya... (Episod 4)

Assalamualaikum pembuka bicara bagi catatan pertama bagi tahun 2016. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih Allah swt.

Beberapa hari yang lepas, aku ada membeli sebuah buku di sebuah kedai buku yang popular di Malaya ini. Setelah sekian lamanya tidak membeli dan membaca memandangkan aku ni tidak gemar buku dan membaca, akhirnya pada tanggal tersebut aku dengan relanya telah membeli sebuah buku yang bertajuk 99 Stress Free Daddy karya Encik Azzam Supardi. Walaupun aku ni bukan dari jenis 'daddy', apa yang menarik aku membeli buku ini adalah coretan tuan punya cerita di mukasurat 67. Izinkan aku memetik coretan tersebut di sini;

49 : Teka Teki

Tengah buat kerja penyuntingan, Nisa datang dan berdiri di sebelah. 

Katanya, 'Ayah... Nisa ada teka-teki.' Saya bertanya semula, 'hah?'

Nisa berkata. 'Fish apa tak pandai berenang?' Saya jawab, 'Fish mainan.'

Nisa berkata. 'Salah.' Saya bertanya, 'Abis tu fish apa?'

Nisa jawab yakin, 'Fishang.' Huh!


Aku tergelak kuat dalam kedai buku tu setelah membaca coretan itu. Sib baek takde orang pandang. Hari ini, aku berjaya khatam membaca buku itu. Alhamdulillah.

99 Stress Free Daddy 

Sebelum ini memang aku ada percubaan aku untuk membaca, tapi semuanya gagal untuk dikhatamkan. 

Percubaan pertama : Cinta Tiada Akhirnya... Gagal
Percubaan Kedua : Armageddon 2012. Bencana Akhir Zaman... Gagal
Percubaan Ketiga : Cinta Kau dan Aku... Gagal
Percubaan keempat : 99 Stress Free Daddy... Berjaya, huhu...

OKbye...