28 February 2016

778 : Wishing Myself A Happy Birthday

Dua puluh lima bulan dua yang lepas adalah birthday aku. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku berusia dua puluh satu tahun. Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang yang wish happy birthday pada aku pada tarikh tersebut... #nanges. Kepada yang memberi ucapan-ucapan selamat hari lahir, terima kasih aku ucapkan kerana korang ingat birthday aku walaupon aku pon tak berapa nak ingat birthday korang. Mulai sekarang aku kene ingat... lapan haribulan sepuluh, satu haribulan tujuh (wife dia nyer birthday aku tak tau plak), dua puluh tiga haribulan dua, dua puluh haribulan enam dan dua puluh lapan haribulan lima. 

On that day gak, ramai yang wish happy birthday pada aku kat opis. Itu pon pasal sehari sebelum tu keluar buletin jabatan yang menyenaraikan orang-orang yang sambut birthday dia dalam bulan dua. Termasuklah nama aku. Kalau takde buletin tu, rasanya takde sape pon tak tau. Tanpa rela, aku kene pow. Sib baek belanja lunch jer untuk empat orang, orang-orang yang baek ngan aku kat opis.

Kawan-kawan kat facebook pon tak wish. Sebab aku hide aku nyer birthday, so orang tak terima notifikasi birthday aku. So di sini kite bole tahu siapa teman kamceng kite yang sebenarnya. Hahaha. Selepas aku wish happy birthday pada sorang kawan aku yang kebetulan tarikh lahir dia sama ngan aku, baru lah aku dapat birthday wish. Itu pon dua orang jer. Hahaha... sedih kan. The next day, kawan-kawan kat satu group whatapps plak wish. Thanks guys.

Birthday aku tahun ni macam hari-hari biasa jer. Teringin nak ade surprise party, tapi tak pernah dapat pon. Teringin nak dapat birthday cake, tapi tak dapat pon. Teringin nak dapat hadiah, tapi tak dapat pon. Dah lama rasanya tak dapat hadiah birthday. Lim Tayar yang selalu bagi hadiah baucer balancing ngan alignment tayar pon tak bagi tahun ni. Masih lagi menunggu hadiah aku yang pertama untuk tahun ni kalau ada orang nak bagi lah. 


#SalamSayang

21 February 2016

777 : Dinner @ PWTC

Semalam aku menghadiri satu lagi siri dinner jabatan aku. Dinner kali ni adalah dinner Malam Emas Asasi 2016 untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan pelajaran mereka tidak lama lagi. Dinner ini diadakan di Dewan Tun  Razak, PWTC. Memula dulu dinner ni bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, tapi last minit kami terpaksa dipindahkan oleh tuan rumah ke Dewan Tun Razak pasal Jibby nak guna Dewan Merdeka tu plak. Terpaksalah mengalah, sape bole lawan Jibby kan. 

Ape-ape pon dinner semalam agak meriah walaupon makanan dia agak hambar. Upacara perasmian sangat menarik dengan persembahan pelajar yang agak kreatif jugak ler. Persembahan-persembahan lain seperti nyanyian dan tarian pon menarik gak. Tahniah kepada para pelajar. Makanan yang dihidangkan semalam macam biasa la kalau dinner-dinner macam ni, chinese style, yang mana agak muak jugaklah tekak aku ni. Makanan dia pon tidak lah berapa sedap bagi aku, sebab aku pernah rasa lebih sedap dari itu. Apa-apa pon, kenyang perut suka hati.

Hiasan meja yang cantek - owh.. patut la cantek, meja VIP

Semalam ada jugak cabutan bertuah, seperti biasa aku tak bertuah pon malam semalam. Huhu.. Dinner semalam habis lebih kurang pukul 10.30 malam. 


#SalamSayang

14 February 2016

776 : Ingatkan Tahun Ni Tak Nak Pegi Travel, Tapi ...

Sabtu dan Ahad macam ni memang membosankan. Dok rumah tanpa apa-apa aktiviti kecuali tengok tv sampai lebam. Kadang-kadang tv yang tengok aku. Sib baek tak asik makan jer, bukan sebab takde makanan kat umah, tapi sebab semua makanan yang ada kurang sihat adanya, bole menyebabkan obesiti dan meningkatkan kadar gula dalam darah. Oleh yang demikian, selalunya bila hujung minggu aku akan makan dua kali jer, sarapan pagi dan samada makan tengahari yang lewat atau makan malam jer. Tapi tak kurus-kurus pon. Berat badan terkini adalah X5.6kg sahaja (cari nilai X).  

Tahun ni kununnya telah merancang untuk tidak pergi travel ke mana-mana destinasi internasional. Sebabnya untuk mengumpul duit untuk travel ke destinasi idaman tahun depan, InsyaAllah, kalau tak ade aral melintang di mana-mana. Tiba-tiba ade plak sahabat yang mengajak untuk join road-trip ke Krabi bulan Mac nanti. Wow.. best nyer. Tak pernah sampai Krabi lagi. Kalau setakat Siam tu, dah dua kali aku sampai. First time dulu, ntah tahun bila aku tak ingat. Masa tu ikut rombongan sambil belajar ke UUM. Alang-alang dah sampai sana, kita belajar terus sampai ke Hatyai. Tapi tak lama pon dok Hatyai tu, 2 jam jer, pastu bas gerak balik Malaysia. 

 Peta untuk perjalanan darat dari KL ke Krabi sejauh lebih 800km, 
memakan masa hampir 10 jam (pengsan)

Second time pegi Siam pon aku tak ingat tahun bila. Masa tu aku join rombongan sambil belajar jugak ke Prince of Songkhla University. Kali ni kami telah pegi ke Hatyai, Pattani dan Songkhla. Dok lama sikit kat Siam tu, 3 hari 2 malam. Banyak jugak jalan-jalan kat sana, puas hati gak lah. Hehe...

Kenangan bersama teman-teman di Samila Beach, Songkhla

So kalau road-trip ke Krabi tu jadi, ini bermakna kali ketiga lah aku ke Siam sana. Harap-harap jadilah, aku dah teruja ni. Macam ni agaknya rasa hati seorang traveller, resah kalau tak dapat travel. Panas pungkok kalau dok kat satu tempat lama-lama. Huhu...

Sebelum road-trip ni banyak jugak yang kene buat, dan banyak jugak nak pakai duit. Urusan hotel dan penginapan dah diruruskan, dah booking pon, tapi tak tau la hotel camne. Tapi aku tak kesah itu semua, tido dalam khemah pon bole. Pasport aku dah ade, dah buat tahun lepas dan expired date dia tahun 2020 nanti. Road-trip tu nanti akan guna abang WoTonG memandangkan abang WoTonG lebih jimat minyak. Bermakna, abang WoTonG perlu diservis. Actually memang dah sampai masa pon abang WoTonG diservis, dah terlebih tempoh pon sebenarnya. Nak servis mau kene RM1,000 gak tu. Ermm... swipe je lah. Pastu rasanya cik abang tu dah kene tukar tayar gak. Tayar dah makan tepi katanya, lagi pon memang dah sampai masanya tayar tu ditukar. Ermm... mau tukar tayar mau kene RM1,000 gak tu. Swipe lagi lah nampaknya. Bateri abang WoTonG gak pon macam dah sampai time kene tukar, bila-bila masa jer bole kong tu. Swipe lagi RM200, sedey. Kene buat Tabung Khairat Bidin Al-Zaifa ke Krabi (sila rujuk filem Bikers Kental) lah macam ni. 

And last but not least, kene amik geran abang WoTonG kat bank. Kalau tak, kene tinggal plak abang WoTonG kat sempadan nanti. 


#SalamSayang

07 February 2016

775 : Mereput Sendirian

Mereput sendirian kat umah 4 hari sempena Tahun Baru Cina ni. Inilah nasib orang bujang yang dah tak ramai kawan. Jeles tengok kawan dengan aktiviti masing-masing. Tapi nak wat camne, beginilah nasib diriku yang malang. Bukan takde kawan yang ajak keluar, ade jer.. ajak pi Melaka. Tapi aku macam.. (cengkerik berbunyi)... Melaka tu dah masuk dalam senarai 'Tempat-tempat Yang Aku Tak Nak Pegi Dalam Masa Terdekat Ni'. Bukan sebab tu jer, dia akan bermalam kat rumah adik dia, so aku macam malas lah nak menyusahkan, maka dengan itu aku putuskan aku rela mereput kat umah. Sedih kan. Ade yang kata nak datang umah pon tak jadi datang. Tak tau la ape sebab, malas aku nak tanya.


Sebut pasal senarai 'Tempat-tempat Yang Aku Tak Nak Pegi Dalam Masa Terdekat Ni', memang ade beberapa tempat kat Malaysia ni yang aku tak mahu pergi dalam masa terdekat ni atas sebab-sebab aku sendiri. Melaka adalah salah satu darinya. Dah banyak kali rasanya pergi Melaka tu dan kebanyakkanya asik-asik buat bende yang sama je. Agak membosankan jugaklah Melaka bagi aku. Orang kata makan kat Melaka sedap, bagi aku yang tak kesah pasal makan, makan kat mana-mana pon sedap. Last time aku ke Melaka adalah pada bulan November 2013. OK, bye Melaka.

Tempat kedua dalam senarai aku tu adalah Cameron Highland. Last aku ke Cameron adalah pada bulan Ogos 2009. Kalau pegi Cameron asik-asik pegi ladang teh, pastu pi pasar beli sayur, macam kat KL takde sayur. Beli sayur fresh kat sana pastu bawak turuk KL layu jugak. Pastu mesti makan strawberi. Ahaks... Kalau pegi pon, aku teringin nak pi Mossy Forest. Macam best jer hutan tu. Sila lah ajak saya ye.

Tempat ketiga dalam senarai aku tu adalah Langkawi. Dah banyak kali pi Langkawi, setiap kali pegi mesti pegi Cable Car, pastu pi island hoping then pi shopping kat HIG atau pon Idaman Suri. Boring... Last aku pegi Langkawi adalah pada bulan Februari 2015. Kalau ditakdirkan aku ke Langkawi lagi dalam masa terdekat ni, aku nak pegi Kilim Geopark. Baru lah adventure...

Selain dari senarai tu, aku ada jugak senarai 'Tempat-tempat Yang Ingin Aku Lawati' samada di dalam negara mahupon luar negara. Yang dah ada dalam perancangan kepala hotak aku adalah Jepun. InsyaAllah, perancangan awalnya pada tahun 2017. Kali ni kami akan pergi lebih jauh dan lebih lama. Dari Tokyo ke Osaka, Kobe dan Kyoto dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kalau ade rezeki terpijak, akan terus ke Hiroshima. Jangka masa pengembaraan dalam 10 hingga 14 hari.

Perancangan kedua pula kalau ade rezeki, InsyaAllah akan ke Vietnam Selatan ke Vietnam Utara dan terus ke Laos. Perancangannya dalam tahun 2018. Jangkamasa pengembaraan dalam 7 hingga 10 hari.

Kalau dalam negara pulak aku lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti separa lasak (aktiviti lasak tak larat lagi wat masa ni). Aku lebih berminat aktiviti hiking masuk hutan dan panjat bukit (gunung tak mampu lagi). Dah usha-usha beberapa lokasi menarik, Bukit Tabur, Bukit Kutu dan Mossy Forest, wat permulaan ni. Masalahnya, takde kaki plak. Sedih.


#SalamSayang