31 December 2016

808 : Catatan Terakhir

Tahun 2016 sudah sampai ke penghujungnya. Terasa sekejap saja masa berlalu. Tahun 2017 bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Macam biasa lah, aku ni tak pernah sambut tahun baru. Bukannya aku anti dengan sambutan ni, tapi aku tak suka tempat yang crowded dengan orang, rimas rasanya. Ada baiknya aku tidor sahaja di rumah. Sedar-sedar dah tahun 2017, rupanya dah setahun aku tidor. Hahaha. Ini juga merupakan catatan terakhir aku dalam blog aku yang tak seberapa ni, atleast catatan aku yang terakhir bagi tahun 2016, 2016 yang bakal meninggalkan aku dengan suka dan duka kehidupan. 


#azam2016
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun 2016, aku berazam untuk tidak berazam. Maka, tiada tekanan untuk mencapai apa-apa. 

#blogging
Dunia blogging aku semakin suram. Jumlah catatan yang aku buat juga merudum jumlahnya dari tahun ke tahun. Jumlah pembaca dan pengunjung, jangan tanyalah, aku tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya aku mampu bertahan, tak seperti blog kawan-kawan yang dah lama sunyi. 

#hidup
Hidup perlu diteruskan walaupon banyak dugaan yang melanda. Di pengakhiran tahun ni, tahap kesihatan aku sedikit terganggu. Tak pernah sepanjang aku bekerja ni aku diberi MC selama seminggu. Pada mulanya aku telah didiagnos sebagai tekanan darah rendah, sehingga tekanan darah aku menjadi 80/55 pulse 90. Patut la aku selalu rasa letih semacam, tak bermaya dan pernah juga terasa macam nak pengsan. Alhamdulillah, tak pernah pengsan atau pitam. Kemudian aku diduga lagi, aku didiagnos mengidap psiorasis di bahagian kaki. Actually dan lama bende tu bertepek kat kaki aku, tapi akhir-akhir ni menjadi semakin teruk. Aku dirujuk segera ke klinik pakar di PPUM. Seminggu MC diberi. Sebakul ubat dibekalkan tapi macam takde perubahan, malah makin dahsyat, makin teruk bengkak dan berair-air. Tidur malam aku sering terganggu dan bila bangun tidor semacam aku kencing malam sebab habis basah kain yang aku buat alas kaki aku. Tak tahan dengan keadaan tu, aku cuba sebuah private skin specialist clinic di Subang Jaya. Diagnosis yang diberi, eczema. Dicucuknya ubat di tangan aku sekali dan dibekalkan beberapa jenis krim dan ubat. Dapat MC 2 hari dan melayang RM245.00. Menjelang malam, bengkak mulai surut dan kering. Aku dapat tidor lena malam itu. Alhamdulillah. Sejak kebah dari dua sakit ini, aku rasa aku semakin sihat.  

#harta
Aku ni takde lah berharta sangat. Sebagai penjawat awam ni, harta apa saje lah yang aku mampu. Kalau berlebih-lebih nanti, datang pula SPRM dan LHDN bertamu. Abg WoTonG dan masuk tahun ke-7. InsyaAllah lagi dua tahun habis lah membayar. Takde masalah what-so-ever. Gunalah sampai tak boleh digunakan lagi. Rumah aku InsyaAllah, kalau mengikut jadualnya, third quarter of 2017 akan siap dan boleh diduduki. Wat masa ni tak bayar apa-apa lagi sehingga dapat kunci rumah, katanya. Nampaknya, tahun 2017 dan 2018 aku terpaksa struggle dari segi kewangan kerana akan membayar kereta dan rumah sekali. InsyaAllah dipermudahkan. Tak sabar nak masuk rumah baru. Dah berangan-angan deko-bersama-eric yang akan dibuat nanti. Huhu...

My future home

#kerja
Kerja banyak naik turunnya. Akhir-akhir ni aku rasa macam banyak sangat keje aku, setelah aku diamanahkan untuk melakukan tugas-tugas yang gagal dilaksanakan dengan sempurna oleh staf lain. Alasan yang diberikan adalah sebab gred aku yang lebih tinggi dan kerja-kerja aku lakukan katanya bukan rutin. Aku tak tahulah celah bedah mana yang dikatakan bukan rutin tu, adakah lapan peperiksaan setahun yang aku single-handedly handled tu bukan rutin? Kini staf yang sorang tu, actually dua orang tu boleh dikatakan makan gaji buta dan datang keje goyang telor jer. Tapi aku terima saja amanah itu dengan keterpaksaan, atleast aku boleh gunakan sebab itu untuk melepaskan diri dari sesuatu, macam semalam, aku gunakan alasan kerja yang aku sedang lakukan itu sangat urgent dan terpaksa dihantar hari itu juga, maka aku terlepas dari kena hantar surat ke Putrajaya. Hahaha... Sebenarnya kerja yang aku buat tu takde la banyak mane pon dan boleh dihantar minggu depan. Dan aku akan terus menggunakan alasan ini untuk perkara-perkara lain juga. 

#liburan
Perkara yang paling aku suka, tapi tak banyak peluang yang aku dapat. Tahun ni cuma satu aktiviti liburan yang dapat, itu pon aku mengikut orang. Kalau diikutkan, tahun ni memang takde merancang untuk liburan ke mana-mana. Tetapi ada orang ajak buat road trip ke Krabi. Aku pon macam, pucuk dicita ulam mendatang. Jadilah, itu pon dah cukup best bagi aku. #missingkrabi

Hong Island, Krabi #missingkrabi

#azam2017
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun 2017 yang akan bermula esok, aku berazam untuk tidak berazam. OK bye.


#SalamSayang


No comments:

Post a Comment