794 : Rindu Syahdu di Hari Raya (Episod Pertama)

Assalamualaikum

Masih lagi di dalam bulan Syawal, tapi aku tak tahu plak Syawal yang ke berapa. Baru bersemangat nak menulis agar aku tidak lupa kenangan hari raya tahun ni. Hari raya aku tak semeriah mana, mungkin sama jer dengan raya-raya yang lepas. Bila umur meningkat tua ni, raya dah jadi macam biasa jer, tambahan lagi aku yang masih single mingle ni. Nak raya ngan sape jer lah.

Sehari Sebelum Hari Lebaran

Sehari sebelum lebaran yang mulia itu, aku masih lagi di kantor. Orang-orang yang takde kampung macam aku ni, baik kerja sahaja, dapat menjimatkan cuti tahunan. Di pejabat cume ade aku dengan sorang teman sepejabat dengan boss besar. Yang lain nampaknya dah berseronok-monok di kampung masing-masing. Mood nak wat keje memang dah lama ke laut, jadi pagi itu cume melayan perasaan masing-masing. Sekali sekala boss besar masuk kantor, cepat-cepat berpura-pura wat keje, tenung desktop komputer pon jadi. Hari itu dah declare 1/2 day. Memandangkan boss besar balik kol 12, kami pon senyap-senyap balik kol 12 (sepatutnya kol 1). Hehehe... 

Ini gambar masa hari Isnin, siapa kerja hari tu dapat duit raya 
dari boss besar.. TQ Boss...

Sampai rumah tengahari itu, keluarga kakak dan adik dah sampai. Riuh lah rumah itu dengan anak buah yang enam orang tu. Adik dan kakak dah sibuk di dapur. Memandangkan takde mende aku nak wat, aku pon masuk bilik dan tidor. Lebih kurang pukul 3.00 petang aku terjaga dan terus ke dapur, sekadar menjenguk sahaja, takde niat pon nak tolong. Hahaha. Kuah kacang dah siap, nasi impit segera masih direbus di dalam periuk. Adik sedang menggoreng ayam untuk dibuat kurma ayam dan si kakak sedang menyiang daging. Aku tengok, dapur tu dah ade tikar getah baru. Wow.. ntah bila la diaorang pasang ni, aku pon kurang periksa. Adik meminta aku memasang langsir di depan. Katanya dia ade buat langsir baru untuk gantikan langsir lama yang dah berzaman guna tu. Sejak-sejak mak dah takde, memang tak pernah berganti langsir tu. Aku pon buat jer lah, memandangkan takde la susah mane nak pasang langsir tu. 

Dah biasa dah aku pasang langsir macam ni...

Menjelang berbuka, kebanyakkannya dah siap. Petang itu kami berbuka dengan juadah hari raya, nasi impit, kuah kacang dan kurma ayam. Alhamdulillah, sempurna sudah puasa Ramadhan aku. Malam itu seperti biasa, ada takbir di rumah yang dilakukan oleh jemaah surau di sini. Raya tahun ni tak sempat nak pegi rumah jiran depan, pasal aku terlelap...

1 Syawal

Pagi itu pukul 6.45 pagi aku sudah terjaga. Yeay..yeay.. hari raya.... seronotnya. Hahaha.. Pagi itu aku dah janji dengan seorang sahabat untuk sama-sama bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. Lebih kurang pukul 8.00 kami tiba di masjid itu. Kereta dah banyak, terpaksa lah kami pakir agak jauh dan berjalan kaki menuju ke masjid itu. Masjid sudah dipenuhi dengan jemaah. 'Wah, ramai gak orang, ingatkan tak ramai'. Kami dapat sembahyang kat perkarangan luar jer, since kat dalam dah penuh dan tak bole masuk lagi. Anyway, seronok dapat tengok orang dengan baju raya masing-masing. Lebih kurang kol 8.30 solat pon mula. Lepas usai solat, ada khutbah Aidilfitri. Kami dok dengar kejap, sebelum khutbah habis kami dah cabut dulu, takut nanti jem plak, susah nak kuar. 

Solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. Dengarnya Jibby pon solat kat sini, 
patut la ramai orang siap ade polis lagi...

Sampai umah aku pon makan, laen bebenor rasa makan pagi setelah sebulan tak makan. Pastu macam biasa lah aktiviti hari raya, bersalam dan bermaaf-maafan sambil bagi-bagi duit raya. Then amik gambar satu keluarga. 

Gambar raya famili bagi tahun 2016

Dalam pukul 3.00 lebih, 3 orang kawan aku datang bertandang. Terima kasih Fred, Daus ngan Faiz kerana sudi datang beraya umah aku. 

Malam takde wat ape-ape pon. Itu je lah aktiviti hari raya aku. Jelas plak tengok orang laen seronok beraya. Takpelah... uhuks...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments