790 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 2) - Kenny Rogers Roaster Chicken Run '16 Charity Run

Ahad lepas aku menyertai satu lagi siri larian iaitu Roaster Chicken Run '16 Charity Run di Desa Water Park Kuala Lumpur. Dua hari sebelum larian, aku telah mengalami sakit lutut yang menyebabkan aku tak pergi kerja pada hari Jumaat itu. Sakit berpanjangan sehingga ke hari Sabtu dan aku mula resah kalau-kalau aku tak dapat menyertai larian tu. Bila tiba hari Ahad tu, lutut aku terasa sedikit lega tetapi aku rasa macam tak sedap badan pula. Aku termuntah juga beberapa kali sebelum larian dimulakan. Rasa macam nak pengsan pun ade. Tak tahu lah kenapa, kadar gula yang tinggi dalam darah kot. 

Tapi aku gagahkan juga untuk menyertai larian tu. Dah bayar RM65 kot, takkan taknak join. Hehehe. Aku cume berjalan dengan longlai sepanjang route larian. Takut-takut juga kalau aku pengsan di tengah jalan. Bagi aku route kali ni takde lah mencabar sangat dan kalau aku sihat mesti aku berjaya tamatkan larian dengan catatan masa yang lebih baik.

Aku berhenti-henti seketika untuk mengambil nafas. Belakang terasa sakit. Aku terduduk sekejap di bahu jalan menghilangkan sakit. Peserta yang tadinya ramai hanya tinggal beberapa orang sahaja yang kelihatan. Aku bangun dan meneruskan perjalanan aku. Seorang marshal larian menegur aku. Aku hanya memaklumkan bahawa aku OK. Aku terduduk sekali lagi untuk menghilangkan sakit belakang aku dan mengambil nafas. Kali ini aku ditegur pula oleh kereta marshal. Mengajak aku naik jika aku tidak mampu untuk meneruskan perlumbaan. Aku menolak. Masih ada perasaan ego dalam diri ni. Huhu. Aku ingin menamatkan larian ini. 

Aku meneruskan perjalanan aku. Aku mengikut short-cut, laluan untuk peserta kanak-kanak memandangkan aku sudah berada di kelompok terakhir. Aku gagahkan diri aku untuk menamatkan larian dan akhirnya aku berjaya, berjaya menamatkan larian ini sebagai peserta yang terakhir tiba. Huhu... Tahniah!!!

Finisher medal dan bib number

Selepas bertemu semula dengan kawan-kawan aku, kami hanya lepak-lepak di dataran depan Desa Water Park itu sambil menonton acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan acara cabutan bertuah. Macam biasa lah, tak seorang pon dari kami yang bertuah. #nanges

Yang bestnya acara larian kali ini adalah, ia datang bersama tiket masuk ke Desa Water Park. So, lepas semua acara selesai, kami beramai-ramai masuk ke Desa Water Park untuk acara mandi manda. Pada mulanya aku hanya baring-baring sahaja sebab masih rasa macam tak sedap badan, kawan-kawan aku yang lain semua dok mandi. Bila aku rasa dah ok sikit, barulah aku join mereka. Kami lepak dalam tu sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments