26 March 2016

783 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 2)

Minggu lepas teringin nak makan sambal telur. Makanya macam biasalah, kalau dah teringin kene lah masak sendiri. Bukannya tak bole beli kat luar, tapi saje nak cube-cube skil memasak aku, mane le tau ade rezeki masuk Masterchef Malaysia yang akan datang. Dengan itu, ini lah hasilnya.

Inilah hasilnya, nampak mengiurkan kan... huhu..

Tak payah le aku sharekan resepinya, pasal kat luar sana lebih banyak yang pandai dan berpengalaman luas tentang masak memasak ni. Saya hanya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan tunjukkan. Rahsia kejayaan aku menghasilkan sambal telur yang lazat ini adalah dengan menggunakan Brahim's Kuah Sambal Tumis. Hahaha.. Masukkan sepeket dalam kuali dan campurkan apa yang kita suka, telur ke, udang ke. Senangkan. 

Walaupon menggunakan Kuah Sambal Tumis Brahim's itu, aku masih rasakan ada yang kurang. Masakan aku tak sesedap apa yang aku pernah rasa. Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan masakan air tangan arwah mak aku. Dan aku pon tak tahu aper yang kurang, garamnya kah, gulanya kah atau produk Brahim's tu yang memang tak sedap. Ape-ape pon habis jugaklah 7 bijik telur yang aku wat sambal tuh. Alhamdulillah.

Next nak cube ikan masak kicap plak.


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment