19 March 2016

781 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod 2) : Dari Wang Kelian ke Khuan Don dan Terus ke Ao Nang

... sambungannya

12 Mac 2016 (Sabtu)

Hari kedua road trip kami ke Krabi. Perjalanan dimulakan dari Sungai Petani lebih kurang pukul 8.00 pagi menuju ke sempadan. Mengikut perancangan awal, kami akan memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, tetapi pada saat akhir telah ditukar ke Wang Kelian. Ini merupakan kali kedua aku akan merentas sempadan melalui jalan darat. Pertama kali dulu masa memasuki Singapura mengikut Linkedua.

Perkara-perkara yang diperlukan untuk melepasi sempadan secara sah

Kami memenuhkan tangki minyak kereta di Padang Besar. Di KL sebelum bertolak dah isi RM60 Ron97 (sib baek minyak dah murah), dan semalam di RnR Gurun dah isi lagi RM60 Ron97. Di Padang Besar, aku cume tambah RM30 Ron97 sahaja. Perjalanan dari Padang Besar ke Wang Kelian amat mencabar dengan jalan yang berliku-liku mendaki Bukit. Tapi tak banyak kenderaan lain. Permandangan kat sini macam bukan kat Malaysia je. Terasa macam kat luar negara plak.

Kami tiba di pintu sempadan Wang Kelian lebih kurang pukul 10.00 pagi. Telah banyak kereta yang beratur menunggu giliran untuk masuk. Sesak jugak lah keadaan kat situ masa tu. Semua urusan selesai tanpa masalah, cop passport, kad putih dan borang kebenaran membawa kenderaan. Lebih kurang satu jam kami di pintu sempadan sebelum dibenarkan masuk secara sah. Waktu terkebelakang selama satu jam. Kami sudah berada di wilayah Satun, Thailand.

Beratur menunggu giliran di pintu sempadan Wang Kelian - Khuan Don

Kami berhenti di sebuah pekan yang aku lupa akan namanya (susah sket nak menyebut nama tempat kat sini) untuk berehat dan makan tengahari di sebuah gerai halal muslim di sini. Menu kami tengahari itu nasi putih dengan lauk seperti sup daging, kari ikan, ayam masak ape ntah dan ulam beserta air sirap. Boleh diterima tekak aku makanan kat sini. Di sini aku menukar lagi sedikit duit Baht kerana risau duit Siam sebanyak THB4,000 yang telah ditukar tidak mencukupi. Aku tukar sebanyak RM300 lagi, separuh untuk aku dan bakinya untuk kawan aku. Dapatlah dalam THB2,000++. Kami juga membeli sim kad Siam, Happy Tourist Sim by dtac untuk penggunaan internet dengan harga THB299 dengan kuota 1.5GB at maximum speed untuk seminggu. Agak mahal tapi kira ok lah sebab mobile data dia tersangatlah laju even share 3 orang. Sampai kat pulau pon masih ade line. Setelah selesai semua urusan, kami meneruskan perjalanan.

Kami tiba di Krabi kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan. Kami telah memilih 3 Bees Guesthouse di Ao Nang sebagai tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam dengan bayaran THB1,600. Ketibaan kami disambut dengan welcoming drink berupa buah tembikai dan nenas serta ais kosong. Bilik di sini standard sahaja, bersih dan selesa cume wifi dia yang agak suck. Bilik aku tak dapat koneksi langsung. Dan kepada yang membawa kenderaan sendiri, pakir sini agak susah, kene pakir di tepi jalan jer kalau ade kosong. Guesthouse ni jugak tak bole pakai kasut di dalam. Kene tanggal kasut, dan tinggalkan di pintu depan sebelum masuk ke hotel. Kalau takut kasut hilang, bawak lah masuk ke dalam bilik. Aku pakai selipar flipper jer, so aku tinggalkan jer kat pintu depan. Apa-apa pon, puas hati lah dengan guesthouse ni. 

Tempat penginapan kami, 3 Bees Guesthouse 
(memula sampai aku nampak macam BGees Guesthouse plak)

Permandangan pekan Ao Nang dari balkoni bilik aku

Permandangan dari bilik aku, tingkat 2

Kami berehat sebentar, mandi-mandi, touch-up dan keluar semula lebih kurang pukul 6.00 petang. Kami ke Halal Street untuk makan malam. Halal Street adalah deretan gerai-gerai kecil di tepi jalan yang kesemuanya menyajikan makanan yang halal. Tak jauh dari tempat penginapan kami. Ramai jugak yang makan kat area ni even mat salleh pon. Kami memilih gerai yang menjual pelbagai jenis nasi goreng. Harga sepinggan nasi goreng di gerai ni adalah di antara THB50 - THB80. Untuk malam itu, aku telah pilih nasi goreng tom yam. Ok-ok je lah nasi goreng dia, pasal dah lapor, aku bedal je lah. Lagi pon makan dalam gelap, aku tak nampak ape yang aku makan.

Makcik-makcik dan kakak-kakak sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan

Permandangan di Halal Street

 Menu aku malam itu, Nasi Goreng Tom Yam

Selesai makan kami menuju pulak ke pasar malam di bandar Krabi yang agak jauh gak dari Ao Nang. Kat sini tak kurang meriahnya. Banyak jual makanan dan kraftangan masyarakat tempatan yang agak kreatif jugak lah. Banyak jugak yang menarik perhatian aku, tapi takde ape pon yang aku beli di sini. Sekadar cuci-cuci mata jer. Aku cume beli sebungkus buah mangga campur jambu madu potong dan satu bekas besar ice ovaltine (sedap gile ice ovaltine dia, sampai sekarang terbayang-bayang kesedapannya, THB35 sahaja).

Permandangan di Pasar Malam di pekan Krabi

... bersambung

2 comments:

  1. banyak tempat kita dah pi awak..tapi krabi kita tak pernah lagi sampai..phuket dah..huntung awak,,seronok baca citer awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cube lah pi Krabi plak. Krabi ngan Phuket tu tak jauh mana pon. InsyaAllah, next saya nak ke Phuket plak.. jomss...

      Delete