05 March 2016

779 : Pegawai Baru, Tanggungjawab Baru

Dua minggu lepas jabatan aku menerima seorang pegawai baru setelah hampir setahun jawatan tu kosong tidak diisi atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Perasaan bercampur baru, macam mana la style dia nanti. Harapan kami pegawai baru ni taklah kerek dan diharap bole dibawa berbincang. Sepanjang dia kat sini, nampaknya ok. Pegawai lelaki, biasa lah dengan perangai sempoi dia. So far so good, belum buat apa-apa perangai or mengeluarkan taringnya, tapi penah gak dia kantoi tidor masa opis hour. Punya la syok tidor dari kol 3.00 petang sampai kol 4.00 dalam bilik dia, siap tutup lampu lagi tu. Kami satu opis mula bergossip. Hahaha...

Hari khamis lepas dia ade panggil aku mengadap. Pot..pet..pot..pet setelah melihat kamu nyer senarai tugas, saya rasa kamu boleh buat lebih daripada apa yang kamu buat sekarang sesuai dengan gred jawatan kamu sekarang. Aku mengeluh panjang. Suka tidak dan sememangnya aku tak suka. Baru jer aku nak bersenang-senang dengan tugas yang aku buat sekarang. Dah penat rasanya selama 13 tahun aku melakukan kerja yang kadang-kadang aku rasa melebihi dari tanggungjawab aku yang sepatutnya. 

Katanya lagi, antara beban tugas yang akan aku tanggung selepas ini adalah tugas yang berkaitan ISO dan Kualiti. Ados... sesuatu yang paling aku tak nak buat lagi. Selama 13 tahun aku di jabatan lama, aku lah yang bertanggungjawab atas tugas-tugas ISO dan Kualiti ni. Cukup-cukup lah tu. Lepas transfer ke sini aku rasa lega giler bila aku tak buat kerja-kerja ISO dan kualiti ni. 2 tahun aku terlepas dari audit whatsoever. Senang hati aku. Tengok-tengok.. aku kene wat kerja ni lagi. #shit

Tambahnya lagi, mungkin dia akan letak seorang staf bawah aku. Arghh... capital iF You See Kay. Cukup cukup lah. Masa kat jabatan lama selama 13 tahun aku masak dengan perangai tujuh orang staf bawah aku. Aku sebenarnya dah malas nak memantau keje orang lain. Bagi lah aku buat keje aku jer. Argh... #tensi mak.

Aku sekarang ni berada di zon selesa. Duit bukan lagi motivasi bagi aku untuk kerja. Ramai orang mengejar pangkat, tapi bagi aku, dapat gaji banyak pon kalau 24 jam stress dan tensi pon tak berguna. Lebih baik duduk tepi diam-diam wat keje sendiri. Cukup time, kite balik. Hujung minggu kite cuti. 



#SalamSayang

No comments:

Post a Comment