28 February 2016

778 : Wishing Myself A Happy Birthday

Dua puluh lima bulan dua yang lepas adalah birthday aku. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku berusia dua puluh satu tahun. Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang yang wish happy birthday pada aku pada tarikh tersebut... #nanges. Kepada yang memberi ucapan-ucapan selamat hari lahir, terima kasih aku ucapkan kerana korang ingat birthday aku walaupon aku pon tak berapa nak ingat birthday korang. Mulai sekarang aku kene ingat... lapan haribulan sepuluh, satu haribulan tujuh (wife dia nyer birthday aku tak tau plak), dua puluh tiga haribulan dua, dua puluh haribulan enam dan dua puluh lapan haribulan lima. 

On that day gak, ramai yang wish happy birthday pada aku kat opis. Itu pon pasal sehari sebelum tu keluar buletin jabatan yang menyenaraikan orang-orang yang sambut birthday dia dalam bulan dua. Termasuklah nama aku. Kalau takde buletin tu, rasanya takde sape pon tak tau. Tanpa rela, aku kene pow. Sib baek belanja lunch jer untuk empat orang, orang-orang yang baek ngan aku kat opis.

Kawan-kawan kat facebook pon tak wish. Sebab aku hide aku nyer birthday, so orang tak terima notifikasi birthday aku. So di sini kite bole tahu siapa teman kamceng kite yang sebenarnya. Hahaha. Selepas aku wish happy birthday pada sorang kawan aku yang kebetulan tarikh lahir dia sama ngan aku, baru lah aku dapat birthday wish. Itu pon dua orang jer. Hahaha... sedih kan. The next day, kawan-kawan kat satu group whatapps plak wish. Thanks guys.

Birthday aku tahun ni macam hari-hari biasa jer. Teringin nak ade surprise party, tapi tak pernah dapat pon. Teringin nak dapat birthday cake, tapi tak dapat pon. Teringin nak dapat hadiah, tapi tak dapat pon. Dah lama rasanya tak dapat hadiah birthday. Lim Tayar yang selalu bagi hadiah baucer balancing ngan alignment tayar pon tak bagi tahun ni. Masih lagi menunggu hadiah aku yang pertama untuk tahun ni kalau ada orang nak bagi lah. 


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment