776 : Ingatkan Tahun Ni Tak Nak Pegi Travel, Tapi ...

Sabtu dan Ahad macam ni memang membosankan. Dok rumah tanpa apa-apa aktiviti kecuali tengok tv sampai lebam. Kadang-kadang tv yang tengok aku. Sib baek tak asik makan jer, bukan sebab takde makanan kat umah, tapi sebab semua makanan yang ada kurang sihat adanya, bole menyebabkan obesiti dan meningkatkan kadar gula dalam darah. Oleh yang demikian, selalunya bila hujung minggu aku akan makan dua kali jer, sarapan pagi dan samada makan tengahari yang lewat atau makan malam jer. Tapi tak kurus-kurus pon. Berat badan terkini adalah X5.6kg sahaja (cari nilai X).  

Tahun ni kununnya telah merancang untuk tidak pergi travel ke mana-mana destinasi internasional. Sebabnya untuk mengumpul duit untuk travel ke destinasi idaman tahun depan, InsyaAllah, kalau tak ade aral melintang di mana-mana. Tiba-tiba ade plak sahabat yang mengajak untuk join road-trip ke Krabi bulan Mac nanti. Wow.. best nyer. Tak pernah sampai Krabi lagi. Kalau setakat Siam tu, dah dua kali aku sampai. First time dulu, ntah tahun bila aku tak ingat. Masa tu ikut rombongan sambil belajar ke UUM. Alang-alang dah sampai sana, kita belajar terus sampai ke Hatyai. Tapi tak lama pon dok Hatyai tu, 2 jam jer, pastu bas gerak balik Malaysia. 

 Peta untuk perjalanan darat dari KL ke Krabi sejauh lebih 800km, 
memakan masa hampir 10 jam (pengsan)

Second time pegi Siam pon aku tak ingat tahun bila. Masa tu aku join rombongan sambil belajar jugak ke Prince of Songkhla University. Kali ni kami telah pegi ke Hatyai, Pattani dan Songkhla. Dok lama sikit kat Siam tu, 3 hari 2 malam. Banyak jugak jalan-jalan kat sana, puas hati gak lah. Hehe...

Kenangan bersama teman-teman di Samila Beach, Songkhla

So kalau road-trip ke Krabi tu jadi, ini bermakna kali ketiga lah aku ke Siam sana. Harap-harap jadilah, aku dah teruja ni. Macam ni agaknya rasa hati seorang traveller, resah kalau tak dapat travel. Panas pungkok kalau dok kat satu tempat lama-lama. Huhu...

Sebelum road-trip ni banyak jugak yang kene buat, dan banyak jugak nak pakai duit. Urusan hotel dan penginapan dah diruruskan, dah booking pon, tapi tak tau la hotel camne. Tapi aku tak kesah itu semua, tido dalam khemah pon bole. Pasport aku dah ade, dah buat tahun lepas dan expired date dia tahun 2020 nanti. Road-trip tu nanti akan guna abang WoTonG memandangkan abang WoTonG lebih jimat minyak. Bermakna, abang WoTonG perlu diservis. Actually memang dah sampai masa pon abang WoTonG diservis, dah terlebih tempoh pon sebenarnya. Nak servis mau kene RM1,000 gak tu. Ermm... swipe je lah. Pastu rasanya cik abang tu dah kene tukar tayar gak. Tayar dah makan tepi katanya, lagi pon memang dah sampai masanya tayar tu ditukar. Ermm... mau tukar tayar mau kene RM1,000 gak tu. Swipe lagi lah nampaknya. Bateri abang WoTonG gak pon macam dah sampai time kene tukar, bila-bila masa jer bole kong tu. Swipe lagi RM200, sedey. Kene buat Tabung Khairat Bidin Al-Zaifa ke Krabi (sila rujuk filem Bikers Kental) lah macam ni. 

And last but not least, kene amik geran abang WoTonG kat bank. Kalau tak, kene tinggal plak abang WoTonG kat sempadan nanti. 


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments