07 February 2016

775 : Mereput Sendirian

Mereput sendirian kat umah 4 hari sempena Tahun Baru Cina ni. Inilah nasib orang bujang yang dah tak ramai kawan. Jeles tengok kawan dengan aktiviti masing-masing. Tapi nak wat camne, beginilah nasib diriku yang malang. Bukan takde kawan yang ajak keluar, ade jer.. ajak pi Melaka. Tapi aku macam.. (cengkerik berbunyi)... Melaka tu dah masuk dalam senarai 'Tempat-tempat Yang Aku Tak Nak Pegi Dalam Masa Terdekat Ni'. Bukan sebab tu jer, dia akan bermalam kat rumah adik dia, so aku macam malas lah nak menyusahkan, maka dengan itu aku putuskan aku rela mereput kat umah. Sedih kan. Ade yang kata nak datang umah pon tak jadi datang. Tak tau la ape sebab, malas aku nak tanya.


Sebut pasal senarai 'Tempat-tempat Yang Aku Tak Nak Pegi Dalam Masa Terdekat Ni', memang ade beberapa tempat kat Malaysia ni yang aku tak mahu pergi dalam masa terdekat ni atas sebab-sebab aku sendiri. Melaka adalah salah satu darinya. Dah banyak kali rasanya pergi Melaka tu dan kebanyakkanya asik-asik buat bende yang sama je. Agak membosankan jugaklah Melaka bagi aku. Orang kata makan kat Melaka sedap, bagi aku yang tak kesah pasal makan, makan kat mana-mana pon sedap. Last time aku ke Melaka adalah pada bulan November 2013. OK, bye Melaka.

Tempat kedua dalam senarai aku tu adalah Cameron Highland. Last aku ke Cameron adalah pada bulan Ogos 2009. Kalau pegi Cameron asik-asik pegi ladang teh, pastu pi pasar beli sayur, macam kat KL takde sayur. Beli sayur fresh kat sana pastu bawak turuk KL layu jugak. Pastu mesti makan strawberi. Ahaks... Kalau pegi pon, aku teringin nak pi Mossy Forest. Macam best jer hutan tu. Sila lah ajak saya ye.

Tempat ketiga dalam senarai aku tu adalah Langkawi. Dah banyak kali pi Langkawi, setiap kali pegi mesti pegi Cable Car, pastu pi island hoping then pi shopping kat HIG atau pon Idaman Suri. Boring... Last aku pegi Langkawi adalah pada bulan Februari 2015. Kalau ditakdirkan aku ke Langkawi lagi dalam masa terdekat ni, aku nak pegi Kilim Geopark. Baru lah adventure...

Selain dari senarai tu, aku ada jugak senarai 'Tempat-tempat Yang Ingin Aku Lawati' samada di dalam negara mahupon luar negara. Yang dah ada dalam perancangan kepala hotak aku adalah Jepun. InsyaAllah, perancangan awalnya pada tahun 2017. Kali ni kami akan pergi lebih jauh dan lebih lama. Dari Tokyo ke Osaka, Kobe dan Kyoto dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kalau ade rezeki terpijak, akan terus ke Hiroshima. Jangka masa pengembaraan dalam 10 hingga 14 hari.

Perancangan kedua pula kalau ade rezeki, InsyaAllah akan ke Vietnam Selatan ke Vietnam Utara dan terus ke Laos. Perancangannya dalam tahun 2018. Jangkamasa pengembaraan dalam 7 hingga 10 hari.

Kalau dalam negara pulak aku lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti separa lasak (aktiviti lasak tak larat lagi wat masa ni). Aku lebih berminat aktiviti hiking masuk hutan dan panjat bukit (gunung tak mampu lagi). Dah usha-usha beberapa lokasi menarik, Bukit Tabur, Bukit Kutu dan Mossy Forest, wat permulaan ni. Masalahnya, takde kaki plak. Sedih.


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment