31 December 2016

808 : Catatan Terakhir

Tahun 2016 sudah sampai ke penghujungnya. Terasa sekejap saja masa berlalu. Tahun 2017 bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Macam biasa lah, aku ni tak pernah sambut tahun baru. Bukannya aku anti dengan sambutan ni, tapi aku tak suka tempat yang crowded dengan orang, rimas rasanya. Ada baiknya aku tidor sahaja di rumah. Sedar-sedar dah tahun 2017, rupanya dah setahun aku tidor. Hahaha. Ini juga merupakan catatan terakhir aku dalam blog aku yang tak seberapa ni, atleast catatan aku yang terakhir bagi tahun 2016, 2016 yang bakal meninggalkan aku dengan suka dan duka kehidupan. 


#azam2016
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun 2016, aku berazam untuk tidak berazam. Maka, tiada tekanan untuk mencapai apa-apa. 

#blogging
Dunia blogging aku semakin suram. Jumlah catatan yang aku buat juga merudum jumlahnya dari tahun ke tahun. Jumlah pembaca dan pengunjung, jangan tanyalah, aku tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya aku mampu bertahan, tak seperti blog kawan-kawan yang dah lama sunyi. 

#hidup
Hidup perlu diteruskan walaupon banyak dugaan yang melanda. Di pengakhiran tahun ni, tahap kesihatan aku sedikit terganggu. Tak pernah sepanjang aku bekerja ni aku diberi MC selama seminggu. Pada mulanya aku telah didiagnos sebagai tekanan darah rendah, sehingga tekanan darah aku menjadi 80/55 pulse 90. Patut la aku selalu rasa letih semacam, tak bermaya dan pernah juga terasa macam nak pengsan. Alhamdulillah, tak pernah pengsan atau pitam. Kemudian aku diduga lagi, aku didiagnos mengidap psiorasis di bahagian kaki. Actually dan lama bende tu bertepek kat kaki aku, tapi akhir-akhir ni menjadi semakin teruk. Aku dirujuk segera ke klinik pakar di PPUM. Seminggu MC diberi. Sebakul ubat dibekalkan tapi macam takde perubahan, malah makin dahsyat, makin teruk bengkak dan berair-air. Tidur malam aku sering terganggu dan bila bangun tidor semacam aku kencing malam sebab habis basah kain yang aku buat alas kaki aku. Tak tahan dengan keadaan tu, aku cuba sebuah private skin specialist clinic di Subang Jaya. Diagnosis yang diberi, eczema. Dicucuknya ubat di tangan aku sekali dan dibekalkan beberapa jenis krim dan ubat. Dapat MC 2 hari dan melayang RM245.00. Menjelang malam, bengkak mulai surut dan kering. Aku dapat tidor lena malam itu. Alhamdulillah. Sejak kebah dari dua sakit ini, aku rasa aku semakin sihat.  

#harta
Aku ni takde lah berharta sangat. Sebagai penjawat awam ni, harta apa saje lah yang aku mampu. Kalau berlebih-lebih nanti, datang pula SPRM dan LHDN bertamu. Abg WoTonG dan masuk tahun ke-7. InsyaAllah lagi dua tahun habis lah membayar. Takde masalah what-so-ever. Gunalah sampai tak boleh digunakan lagi. Rumah aku InsyaAllah, kalau mengikut jadualnya, third quarter of 2017 akan siap dan boleh diduduki. Wat masa ni tak bayar apa-apa lagi sehingga dapat kunci rumah, katanya. Nampaknya, tahun 2017 dan 2018 aku terpaksa struggle dari segi kewangan kerana akan membayar kereta dan rumah sekali. InsyaAllah dipermudahkan. Tak sabar nak masuk rumah baru. Dah berangan-angan deko-bersama-eric yang akan dibuat nanti. Huhu...

My future home

#kerja
Kerja banyak naik turunnya. Akhir-akhir ni aku rasa macam banyak sangat keje aku, setelah aku diamanahkan untuk melakukan tugas-tugas yang gagal dilaksanakan dengan sempurna oleh staf lain. Alasan yang diberikan adalah sebab gred aku yang lebih tinggi dan kerja-kerja aku lakukan katanya bukan rutin. Aku tak tahulah celah bedah mana yang dikatakan bukan rutin tu, adakah lapan peperiksaan setahun yang aku single-handedly handled tu bukan rutin? Kini staf yang sorang tu, actually dua orang tu boleh dikatakan makan gaji buta dan datang keje goyang telor jer. Tapi aku terima saja amanah itu dengan keterpaksaan, atleast aku boleh gunakan sebab itu untuk melepaskan diri dari sesuatu, macam semalam, aku gunakan alasan kerja yang aku sedang lakukan itu sangat urgent dan terpaksa dihantar hari itu juga, maka aku terlepas dari kena hantar surat ke Putrajaya. Hahaha... Sebenarnya kerja yang aku buat tu takde la banyak mane pon dan boleh dihantar minggu depan. Dan aku akan terus menggunakan alasan ini untuk perkara-perkara lain juga. 

#liburan
Perkara yang paling aku suka, tapi tak banyak peluang yang aku dapat. Tahun ni cuma satu aktiviti liburan yang dapat, itu pon aku mengikut orang. Kalau diikutkan, tahun ni memang takde merancang untuk liburan ke mana-mana. Tetapi ada orang ajak buat road trip ke Krabi. Aku pon macam, pucuk dicita ulam mendatang. Jadilah, itu pon dah cukup best bagi aku. #missingkrabi

Hong Island, Krabi #missingkrabi

#azam2017
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun 2017 yang akan bermula esok, aku berazam untuk tidak berazam. OK bye.


#SalamSayang


12 December 2016

807 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA2016) - Episod 3

MAHA2016 sudah sampai ke penghujungnya. Sempena MAHA2016 ni sempat jugak aku pergi mengunjunginya sekadar hendak menyokong industri pertanian dan teknologi agro negara. Last aku ke MAHA adalah pada MAHA2012. MAHA2014 aku tak pergi, tak ingat pulak ape sebabnya. Untuk edisi MAHA kali ini, aku telah membeli sepasu pokok orkid. Sekadar suka-suka, sebab cantik sangat bunga orkid tu. Sepasu aku beli dengan harga RM55. Ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal, tapi aku sudah suka pada yang itu. Hehehe...

 Pokok orkid ni lah yang aku beli di MAHA

Pada MAHA2012 aku telah membeli sepasu pokok mawar merah. Sempat juga ia berbunga 3-4 kali sebelum ia terbiar dan akhirnya mati.



#SalamSayang

27 November 2016

806 : VForum2016 - Datang Hanya Untuk Collect Free Gifts (Episod 2)

24 November 2016 lepas aku telah menghadiri VForum2016 yang bertempat di One World Hotel, Bandar Utama. Ini merupakan kali kedua aku menghadiri forum seumpamanya. Walaupon aku ni bukan IT background mahupon end user ape-ape product VMWare, kehadiran aku ke forum tersebut hanyalah untuk mengutip free gifts yang diberikan oleh pihak sponser. That the best part besides the free foods.

Sebahagian dari free gifts yang berjaya didapatkan,
 Terima kasih kepada semua pihak sponser.

Walau bagaimanapon, tahun ni rasanya kurang free gifts yang dapat berbanding tahun lepas. Rasanya yang paling best adalah dapat Member Card Starbucks bernilai RM20. Habis je forum tu, terus kami lepak Starbucks One Utama. Apa-apa pon aku sangat gumbira. Tahun depan InsyaAllah akan hadir sekali lagi. Joms...



#Salam Sayang

09 November 2016

805 : 16 November 2012 - 16 November 2016

16 November 2016 maka genaplah empat tahun ibu meninggalkan kami. Selama empat tahun itu, tiada sehari pun yang berlalu tanpa kami merindui ibu. Tiada sehari pon yang berlalu tanpa kami mendoakan ibu. Damailah ibu di sana bersama Yang Maha Esa. Al-Fatihah buat ibu tersayang.



#SayangSayang

804 : 15 November 2001 - 15 November 2016


15 November 2016 akan datang maka genaplah 15 tahun aku berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Sememangnya 15 tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang dan banyak kenangan suka, duka, pahit, jerih aku bekerja menjadi rezeki hidup. Jujur aku katakan, pernah satu ketika aku terfikir untuk berhenti kerja dan mencari kerja yang lain. Alhamdulillah, aku tidak mengikut kata hati masa tu. Dan rezeki aku masih murah di sini.


Bekerja itu memang ada pahit manisnya, ada naik turunnya. Dan di usia 15 tahun ini, aku mula merasa pahitnya. Walau bagaimanapun aku perlu tabah dan pasrah menghabiskan sisa-sisa baki perkhidmatan aku. InsyaAllah, kalau diizinkan, mungkin aku akan bekerja hanya untuk 10 tahun lagi. Cukup perkhidmatan aku 25 tahun dengan perkhidmatan awam, mungkin aku akan memohon untuk bersara pilihan. Tapi itu semuanya bergantung pada keadaan, kalau kerja makin hari makin tensen dan menyakitkan hati, atau boleh menyebabkan aku kene heart attack, aku akan memilih untuk bersara awal. Ditakdirkan di akhir usia aku nanti, kerja tidak membeban dan dapat bekerja dengan senang hati, aku akan teruskan sehingga aku bersara paksa pada usia 60 tahun. 


#SalamSayang

28 October 2016

803 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 7)

Terima kasih kepada syarikat penerbangan kegemaran rakyat Malaysia kerana membuat promosi sempena ulangtahun Air Asia X yang ke 9. Harga tiket ke beberapa destinasi terpilih diberi potongan harga 50%. Oleh yang demikian, aku dan beberapa orang sahabat tidak melepaskan peluang itu. InsyaAllah pada bulan Mac tahun hadapan, kami akan dapat bercuti selama seminggu di destinasi idaman kami. Tak sabar rasanya...

InsyaAllah, semoga semua urusan kami dipermudahkan.


#SalamSayang

01 October 2016

802 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 5)

Ahad lepas selepas seharian berjimba-jimba 'pokemon hunting' di Melaka aku join satu lagi larian. Mungkin yang terakhir untuk tahun ini. Kali ini aku join, AXA Hearts In Action Run 2016 di Cyberjaya. Yang menariknya run ini adalah kita boleh pilih kita berlari untuk apa, dan aku berlari for Save The Environment, dan aku dapat baju kaler pink gituh. Sahabat aku yang sorang tu memilih untuk Save Energy dan baju dia kaler kuning dan sorang lagi Save The Animal dan dapat baju kaler oren. Sorang lagi ahli kumpulan aku tak dapat datang, pasal dia ade deting dengan kawan-kawan dia plak hari itu. Makanya untuk Family Fun Run kami pagi itu, kami lari bertiga sahaja.

Pagi itu kami sampai di tempat larian lebih kurang pukul 6.45 pagi. Dah ramai peserta yang tiba. Meriah sebab baju berwarna-warni pagi itu. Tapi nampak macam tak ramai je peserta untuk larian ni. Apa-apa pun suasana sangat meriah. 

Peserta dilepaskan dimulakan dengan peserta larian 12km, diikuti dengan 6km dan 3km Family Fun Run. By 8.30 pagi aku sudah pun sampai di garisan penamat. Dapat lah finisher medal dah goodie bag. Memandangkan tiada acara menarik dijadualkan selepas itu, aku ngan sahabat aku pon berangkat pulang. 

Bib Number, Goodies Bag dan Finisher Medal

#SalamSayang

26 September 2016

801 : Pokemon Go - Terjebak Juga Akhirnya (Episod 2)

Hujung minggu lepas, gigih aku follow seorang sahabat ke Melaka untuk 'pokemon hunting'. Katanya kat sana banyak yang rare dan susah nak dapat di Lembah Kelang ni. Takde perancangan apa yang dibuat, dia ajak aku melalui whatsapp dan memandangkan aku takde buat ape-ape minggu tu aku pon bersetuju jer. Berbekalkan sepasang persalinan yang memang dah ade dalam kereta aku, aku bergerak dari opis terus ke rumah sahabat aku tuh. 

Kami bergerak lebih kurang pukul 6.30 petang. Singgah sekejap untuk makan malam di RnR Seremban dan tiba di Melaka lebih kurang pukul 8.30 malam. Malam itu kami akan bermalam di rumah adik sahabat aku tu kat mane ntah... Bachang ke Batu Berendam. Kami berehat sebentar dan keluar semula lebih kurang pukul 9.00 malam. Kami makan malam dahulu sekali lagi di sebuah warung asam pedas Melaka, Asam Pedas 'Ori' Melaka Abg Piee. Kami order asam pedas ikan merah, sotong goreng tepung dan kerang rebus. Katanya kepah masak cili sini sedap, tapi masa kami sampai tu, kepah dah habis plak. So.. makan je lah aper yg ade. Aku tak makan pon, hanya jamah-jamah sikit jer, pasal dah kenyang makan kat RnR tadi.

Kami memulakan misi 'pokemon hunting' kami selepas itu, lebih kurang pukul 10.30 malam. Kami pakir di tempat pakir berhampiran kolam renang dan menapak mencari pokestop yang ade orang belanja 'lure'. Kami berjalan dari tempat berhampiran Menara Taming Sari ke keretapi... kemudian ke A Farmosa pastu ke Dataran Pahlawan. Lepak di Dataran Pahlawan sekejap tengok orang main skate dan kemudian berpatah balik ke tempat kami memakir kereta.

Misi kami tidak tamat lagi, kami pusing-pusing pulak dengan kereta ke kawasan Jonker Street. Sini pon happening (lepas kol 11 orang dah tak berniaga lagi, maka bole hunting dengan kereta jer). Kami melalui lorong-lorong kecil di sana. Sib baek driver kami orang Melaka, maka dia expert gak lah jalan-jalan kat situ. We call the day lebih kurang kol 1.00 pagi since semua dah penat dan mengantuk. 

Walaupon sekejap tapi aku berpuas hati. Dapat tangkap banyak Magnamite, tak cukup 1 candy jer untuk evolve. Banyak gak dapat Voltorb sampai dapat evolve jadi Electrode. Dapat gak beberapa ekor Seel dan dapat tambah koleksi Magikarp. Paling best dapat tangkap sekor Rhydorn walaupon CP tak berapa power. 

The next day kami terpaksa balik dah, pasal ade program larian pada hari Ahad.


#SalamSayang

28 August 2016

800 : Pokemon Go - Terjebak Juga Akhirnya

Sebelum game ni release lagi kat Malaysia aku dah download dan install dalam henfon aku. Tapi masa tu memang takde ape lah yang berlaku. Buka-buka juga sekali sekala dengan harapan ade la pokemon yang muncul, tapi hampa sahaja. Aku start main game ni rasanya seminggu selepas ianya release kat Malaysia. Masa tu memang orang ramai dah main, aku jer baru nak berjinak-jinak. Ketinggalan sudah aku.


Pokemon pertama aku masa tu yang dia bagi free aku pilih Bulbasaur. Then aku dapat tangkap Krabby kat NSK masa aku nak pi keje. Dan selepas itu makin banyak la yang aku dapat tangkap. Sehingga kini sudah terdapat 88 ekor pokemon yang tersenarai dalam pokedex aku. Dan jumlah tersebut akan bertambah sebab aku sekarang agak aktif jugak lah bermain. 

Port utama aku melepak untuk menangkap pokemon dan mengumpul pokeball adalah dekat Cyberjaya, dekat area Restoran Padi. Kat sana ada empat pokestop yang berdekatan dan bole dikatakan semuanya akan ade orang yang belanja Lure. Masa awal-awal dulu bole kata setiap hari lepak sana. Mana taknya, duduk makan dan minum sahaja dan tunggu sahaja pokemon datang. Tak perlu jalan-jalan. Tapi cume pokemon biase je banyak kat sini macam Evee, Weedle, Pidgey, Caterpie, Pokemon rare yang aku dapat kat sini dan hanya sekali je pernah muncul adalah Onix dan Snorlax. Aku dapat tangkap Snorlax Jumaat lepas... Huhu

Pernah jugak aku pergi memburu kat KLCC. Penat siot, dah la pergi tengahari buta. Kene jalan-jalan plak tu. Tobat takmo pegi sana lagi, dah la takde pokemon yang best. Pernah juga aku memburu kat The Mines. Kat sini banyak water pokemon. Banyak dapat Magikarp, Goldeen, Horsea ngan Dratini. Kene lebih kerap datang sini pasal nak dapatkan lebih banyak Magikarp dan Dratini untuk evolve mereka menjadi Gyarados dan Dragonite. Orang kata, kat area Taman Tasik Titiwangsa pon banyak water pokemon ni. Next time nak cube sana plak. Semalam sempat gak pergi Taman Tasik Jaya kat PJ. Orang kata banyak Pikachu kat sini. Alhamdulillah, dapat gak sekor semalam. Huhu...


#SalamSayang

23 August 2016

799 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 4)

Ahad lepas aku join lagi satu larian. Tahun lepas dah masuk, tahun ni ade lagi, so aku pon join lagi bersama 4 orang sahabat yang lain. MyBuddies Run 2016 diadakan di Cyberjaya. Aku join larian 5km jer, itu pon macam tak larat nak habiskan. Stamina badan belum cukup untuk larian sejauh 5km tu. Perlu lebih banyak bersenam lah nampaknye dan kurangkan makan.

Seawal pukul 6.30 pagi kami telah berada di arena, Persiaran Flora, Cyberjaya. Dah ramai dah peserta yang hadir. Khabarnya dekat 7,000 orang peserta hari itu. Pukul 7.15 pagi, larian dilepaskan untuk peserta larian 10km dan pukul 7.30 pagi pula untuk peserta Fun Run. Tahun ni nampaknya tak ramai yang pakai costume macam tahun lepas. Boleh dikira plak. Yang aku nampak ade la Stormtrooper, Darth Vader, Baymax, pastu ade la sekor Pikachu dan rakan-rakannya. Kurang meriah sikit lah tahun ni. 

Larian kali ni aku berjaya menamatkan larian dengan masa lebih dari 1 jam. Alhamdulillah, berjaya juga menamatkan larian. Persembahan dan cabutan bertuah selepas larian pon macam kurang meriah tahun ni aku rasa. Rasa macam ada yang kurang, tak macam tahun lepas. 

Finisher Medal


#SalamSayang

06 August 2016

798 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 3)

Melihatkan 3 orang teman sepejabat telah berjaya menurunkan berat badan masing-masing setelah menyertai satu program gaya hidup sihat ni, aku pon berazam untuk menyertai program tersebut yang akan datang. Sekitar bulan April, permohonan untuk menyertai program tersebut untuk musim ke tiga bermula. Tanpa membuang masa, aku pon mengisi borang permohonan, mendapatkan pengesahan ketua jabatan dan terus menghantar borang tersebut. 

Kemudian, aku dipanggil pula ke satu sesi temuduga pada bulan Mei. Takde ape pon yang ditanya semasa sesi temuduga itu. Lebih kepada sesi perkenalan, borak-borak sikit dan makluman mengenai program yang akan dijalankan itu. Dan pada 15 Jun, aku menerima emel yang mengatakan bahawa aku telah berjaya dalam sesi temuduga itu dan akan ke saringan seterusnya. Untuk saringan seterusnya, aku akan menjalani sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Perubatan Sukan, PPUM.

Target aku, atleast aku boleh berlari sejauh 5km tanpa henti

Akhir bulan Jun itu aku menerima emel lagi yang meminta aku menjalani sesi pemeriksaan kesihatan di PPUM pada 19 Julai. Pada hari yang ditetapkan, aku sampai di PPUM lebih kurang pukul 8.00 pagi. Setelah mendaftar di Kaunter Pendaftaran di Menara Selatan itu, aku diminta naik ke tingkat 11 ke Klinik Perubatan Sukan. Setelah mendaftar di klinik itu, aku dipanggil oleh seorang doktor yang agak hensem untuk diambil darah, kemudian aku diminta untuk berdiri di atas timbang untuk diambil berat badan, berat muscle, berat lemak dan segala macam berat lagi. Selepas itu diambil pula tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah terlebih sedikit sahaja dari tekanan normal.

Setelah berehat sebentar menunggu doktor itu menguruskan peserta-peserta lain, aku dikehendaki untuk mengayuh basikal pula. Aku dikehendaki mengayuh selama 6 minit pada kadar 60-65 rpm dan kadar rintangan akan ditambah selepas minit ke tiga. Aku berjaya menamatkan kayuhan aku tanpa sebarang masalah. Selepas kayuhan doktor itu mengambil lagi tekanan darah aku. Memula kat tangan kanan, kemudian tangan kiri, pastu kaki kanan, then kaki kiri. Tak tau la bacaan aku berapa time tu, doktor tu pon takde cakap ape-ape. 

Aku diminta berehat sebentar untuk ujian seterusnya. Untuk ujian itu aku dikehendaki untuk berjalan pantas selama 6 minit juga dan untuk setiap minit heart rate aku akan diambil. Aku berjaya menamatkan ujian itu tanpa masalah. Tekanan darah aku diambil sekali lagi selepas itu dan aku diminta berehat selama 15 minit. Selepas 15 minit aku ulang semula ujian berjalan itu untuk 6 minit lagi dan selepas itu tekanan darah diambil sekali lagi. Aku dibenarkan pulang selepas itu dan menunggu keputusannya.

Pada 28 Julai aku menerima emel jemputan untuk menghadiri ceramah motivasi program itu pada 2 Ogos akan datang. Ini bermakna aku telah berjaya untuk menyertai program tersebut. Pada hari itu, aku menghadiri sesi ceramah itu. Sesi itu dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah pusat yang mengajurkan program itu dan disusuli pula dengan ceramah motivasi oleh fitness consultant yang akan memantau perkembangan kami. Seramai 45 orang peserta yang berjaya untuk kali ini. Sesi senaman dan latihan pertama akan diadakan pada 10 Ogos depan....

Harap-harap macam ni lah transformasi aku nanti, InsyaAllah...

InsyaAllah, target aku selepas menyertai program ini agar dapat menurunkan berat badan paling kurang 10kg. Doakan aku berjaya...


#SalamSayang

03 August 2016

797 : Rindu Syahdu di Hari Raya (Episod Akhir)

Assalamualaikum

Selagi tak habis bulan Syawal, selagi itulah tak habis-habis lagi orang beraya. Kan raya sebulan. Aku rasa, kat Malaysia jer orang raya sebulan, tempat-tempat lain orang raya sehari jer. Lagu-lagu raya pon masih lagi berkumandang. Masih lagi didengari. Jemputan ke open haus merata-rata. Setiap minggu ade je jemputan. Rugi kalau tak pergi, pasal makanan semuanya sedap-sedap belaka. Tapi tahun ni aku takde terima pon any jemputan ke rumah terbuka. Sedih kan. Uhuks...


Walau bagaimanapun, untuk memeriahkan lagi hari raya aku tahun ni, aku dijemput juga ke tiga buah jamuan makan sempena hari raya. Alhamdulillah, syukur la nak, ade la jugak. Jemputan yang pertama pada 15 Julai 2016. Tak jauh pon, Jamuan Hari Raya Pejabat jer. Disebabkan pengurusan baru, maka jamuan raya tahun ni pon agak laen jugak. Kene keluarkan sedikit duit pasal jamuan kali ni dibuat secara pot-luck. Kami bahagian pentadbiran share duit jer beli juadah hari raya tu yang aku tak tahu pon di beli ape. Main makan jer. Apa-apa pon, meriah jugak lah jamuan tahun ni. Macam-macam ada dari ketupat lemang, ke laksa dan soto, kuih dan kek ntah berapa jenis ntah dan cendol. Kenyang giler perut sampai terpaksa membuang sebelum pegi solat jumaat petang tuh. Hahaha...

Jemputan kedua dari seorang kawan di Cyberjaya. Jemputan ke Rumah Terbuka cum house warming party pada 22 Julai 2016. Aku dah seorang sahabat merupakan jemputan pertama yang sampai. Tak susah nak cari rumah dia, setelah bertanya pada seorang guard di sebuah perumahan lain, akhirnya sampai jugak kiteorang. Sib baek pintu ke lift tu bole bukak, kalau tak terpaksa lah tuan tumah turun dan menjemput kami. Jamuan simple jer kat rumah kawan tu, mee bandung, nasi impit dengan rendang ayam dan kuah kacang, kuih muih dan buah. Kata tak ramai jemputannya, alih-alih penuh satu rumah dari dapur sampai ruang tamu. Sib baik bilik tidur tetamu tak masuk lepak. Apa-apa pon, rendang ayam dia sangat sedap.

Jemputan ketiga pula dari pejabat lama pada 27 Julai 2016. Terima kasih kerana sudi menjemput aku ke pejabat baru kalian. Hidangan sangat meriah. Ada sate, bihun soto, nasi impit, nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang daging, kuih muih dan buah-buahan. Alhamdulillah, save duit beli lunch tengahari itu.

InsyaAllah, kalau takde aral melintang di mana-mana, akan ade satu lagi jemputan ke rumah seorang kawan pejabat di Pandan Indah. 


#SalamSayang

26 July 2016

796 : Rindu Syahdu di Hari Raya (Episod Kedua)

3 Syawal

Hari ini, lebih kurang pukul 8.00 lebih sikit aku dah tercegat kat umah seorang sahabat di Bandar Baru Selayang. Amik dia dan kami terus ke Restoran Mamak kegemaran kami, Restoran Maju Meera untuk bersarapan pagi. Pagi itu kami bersarapan nasi lemak dengan nescafe ais dan tapau mee goreng mamak empat bungkus untuk dijadikan bekalan. Lebih kurang pukul 9.00 lebih sikit kami memulakan perjalanan. Pagi itu aku drive Proton Perdana abang aku since dia pinjam kereta aku untuk balik ke Johor. Kereta dia ade problem sikit untuk jalan jauh. Kekok jugaklah aku bawak perdana tu. Alhamdulillah selamat perjalanan kami pergi balik. Dalam perjalanan itu, kami singgah di Starbuck MRR2, dah lama tak pekena stabak, so kami belilah minuman kegemaran kami, Caramel Machiato. Perjalanan diteruskan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kawan kami yang dua orang lagi tu khabarnya dah sampai di sana.

Lebih kurang pukul 10.30 kami sampai di destinasi. Bayaran sebanyak RM13 dikenakan untuk seorang dewasa. Kami terus ke tempat kawan kami yang dua orang tu menunggu, Botanical and Japanese Garden. Memula kami masuk Botanical Garden. Jalan-jalan dari pintu masuk sampai ke hujung taman yang macam hutan tu. Macam-macam pokok ade dari pokok bunga sampai lah ke pokok-pokok yang besar. Dalam banyak-banyak pokok tu, Drypetes Pendula menjadi pokok kegemaran kami. Hahaha...

Jalan-jalan kat Botanical Garden... penat...

Penat sudah menjelajah Botanical Garden, kami berehat sebentar sambil makan jajan yang Daus bawak. Ramai jugak pengunjung ari tu, ingatkan tak ramai. Kemudian kami masuk pula ke Japanese Garden. Bagi aku Japanese Garden ni macam tak Japanese pon. Macam taman-taman biase jer. Yang Japanese nye cume ade rumah Jepun dengan spa Jepun yang tutup tu. Selepas puas hati jalan-jalan kat taman tu kami keluar dan menuju ke Colmar.

Berehat di rumah rehat Jepun setelah penat jalan-jalan di Japanese Garden

Kami jalan-jalan di sekitar bahagian depan Colmar dahulu. Then kawan aku yang dua orang tu cube untuk check-in bilik yang dia orang booking. Nasib dia orang baik, kol 12.00 tu dah bole check-in pasal bilik tu kosong. Kami pon lepak-lepak dalam bilik petang tu sambil makan bekalan makanan yang kami bawak. Nak makan kat restoran yang ada sekitar situ, bapak mahal. Semangkuk mee katanya sampai RM30.00. Kami makan jer mee goreng mamak ngan pizza yang kami bawa. Kenyang la perut untuk tengahari itu.

Menuju ke Colmar Tropicale 

Bergambar dengan swans dulu sebelum check-in bilik

Lebih kurang pukul 5.00 petang kami keluar semua. Kami menuju ke Mini Animal Park. Tujuan ke sana nak main ngan arnab jer. Bayaran masuk, RM4 sahaja. Memang banyak la arnab kat sana, comel-comel plak tu. Senang plak nak tangkap. Rasa nak kidnap sekor bawak balik. Selain dari arnab, ade juga kuda (ke keldai?) dan rusa. Semua jinak-jinak belaka. Kami lepak sana sampai la park tu ditutup.

Maen-maen ngan Playboy Bunny... cute sangat... 

Kemudian kami memandu tanpa hala tuju sehinggalah kami singgah di Berjaya Hill Golf & Country Club. Untuk mengisi masa yang masih terluang kami bermain boling di situ. Nampaknya kami berempat sahaja yang main malam itu. Tapi tak lama lepas tu, ade plak satu famili yang join. Kami main satu game sahaja. Bayaran dia macam standard KL gak, RM13 seorang satu game termasuk kasut dan stokin.

Selesai bermain, kami decided untuk makan malam di situ sahaja memandangkan ada set dinner yang agak murah berbanding makan di Colmar. Set dinner tu datang dengan nasi putih, ayam masak merah, tauhu jepun dan cendawan masak aper ntah, sayur campur beserta sup, minuman dan buah-buahan. Makan untuk 4 orang cuma RM85 sahaja. Makanan dia jugak not bad, ada rasa dan licin kami bedal. Tapi tak ramai plak yang makan kat sini. 

Usai makan malam, kami bergerak pulang ke Colmar. Selepas berehat sekejap, aku dan sahabat meminta diri dulu. Kami tak bermalam kat atas sana, kawan kami yang berdua tu jer yg bermalam.

Sebelum balik... last pose

Selesai sudah sambutan hari raya kami di Bukit Tinggi. Tahun lepas di Chamang dan Genting Highlands. InsyaAllah tahun depan ke Pangkor plak ye... Huhu...


#SalamSayang

24 July 2016

795 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2016

14 Julai datang lagi. Tahun ini merupakan tahun ke 8 aku menulis blog ini. Penulisan aku di sini sudah tidak semeriah dulu. Hilang sudah semua kawan-kawan yang aku kenali dari dunia blog ini. Senyap kemudian hilang satu per satu. Ke manakah kalian? Rindu aku pada kemeriahan dunia blog kita dulu. Serasa aku, tinggal aku seorang sahaja yang masih gigih dan tabah mempertahankan apa yang telah aku usahakan selama lapan tahun ini. Sekurang-kurangnya aku puas, melakukan apa yang aku suka. Dapat memberi sebentar ketenangan jiwa. Aku masih lagi memegang moto, 'the reason to start blogging is the responsibility to continue blogging'. Aku tak tahu siapa punya madah pujanggan tu, tapi aku ade terbaca somewhere. 

Semoga aku terus dikurniakan kerajinan untuk menulis lagi untuk diri aku sendiri. InsyaAllah.





#SalamSayang

23 July 2016

794 : Rindu Syahdu di Hari Raya (Episod Pertama)

Assalamualaikum

Masih lagi di dalam bulan Syawal, tapi aku tak tahu plak Syawal yang ke berapa. Baru bersemangat nak menulis agar aku tidak lupa kenangan hari raya tahun ni. Hari raya aku tak semeriah mana, mungkin sama jer dengan raya-raya yang lepas. Bila umur meningkat tua ni, raya dah jadi macam biasa jer, tambahan lagi aku yang masih single mingle ni. Nak raya ngan sape jer lah.

Sehari Sebelum Hari Lebaran

Sehari sebelum lebaran yang mulia itu, aku masih lagi di kantor. Orang-orang yang takde kampung macam aku ni, baik kerja sahaja, dapat menjimatkan cuti tahunan. Di pejabat cume ade aku dengan sorang teman sepejabat dengan boss besar. Yang lain nampaknya dah berseronok-monok di kampung masing-masing. Mood nak wat keje memang dah lama ke laut, jadi pagi itu cume melayan perasaan masing-masing. Sekali sekala boss besar masuk kantor, cepat-cepat berpura-pura wat keje, tenung desktop komputer pon jadi. Hari itu dah declare 1/2 day. Memandangkan boss besar balik kol 12, kami pon senyap-senyap balik kol 12 (sepatutnya kol 1). Hehehe... 

Ini gambar masa hari Isnin, siapa kerja hari tu dapat duit raya 
dari boss besar.. TQ Boss...

Sampai rumah tengahari itu, keluarga kakak dan adik dah sampai. Riuh lah rumah itu dengan anak buah yang enam orang tu. Adik dan kakak dah sibuk di dapur. Memandangkan takde mende aku nak wat, aku pon masuk bilik dan tidor. Lebih kurang pukul 3.00 petang aku terjaga dan terus ke dapur, sekadar menjenguk sahaja, takde niat pon nak tolong. Hahaha. Kuah kacang dah siap, nasi impit segera masih direbus di dalam periuk. Adik sedang menggoreng ayam untuk dibuat kurma ayam dan si kakak sedang menyiang daging. Aku tengok, dapur tu dah ade tikar getah baru. Wow.. ntah bila la diaorang pasang ni, aku pon kurang periksa. Adik meminta aku memasang langsir di depan. Katanya dia ade buat langsir baru untuk gantikan langsir lama yang dah berzaman guna tu. Sejak-sejak mak dah takde, memang tak pernah berganti langsir tu. Aku pon buat jer lah, memandangkan takde la susah mane nak pasang langsir tu. 

Dah biasa dah aku pasang langsir macam ni...

Menjelang berbuka, kebanyakkannya dah siap. Petang itu kami berbuka dengan juadah hari raya, nasi impit, kuah kacang dan kurma ayam. Alhamdulillah, sempurna sudah puasa Ramadhan aku. Malam itu seperti biasa, ada takbir di rumah yang dilakukan oleh jemaah surau di sini. Raya tahun ni tak sempat nak pegi rumah jiran depan, pasal aku terlelap...

1 Syawal

Pagi itu pukul 6.45 pagi aku sudah terjaga. Yeay..yeay.. hari raya.... seronotnya. Hahaha.. Pagi itu aku dah janji dengan seorang sahabat untuk sama-sama bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. Lebih kurang pukul 8.00 kami tiba di masjid itu. Kereta dah banyak, terpaksa lah kami pakir agak jauh dan berjalan kaki menuju ke masjid itu. Masjid sudah dipenuhi dengan jemaah. 'Wah, ramai gak orang, ingatkan tak ramai'. Kami dapat sembahyang kat perkarangan luar jer, since kat dalam dah penuh dan tak bole masuk lagi. Anyway, seronok dapat tengok orang dengan baju raya masing-masing. Lebih kurang kol 8.30 solat pon mula. Lepas usai solat, ada khutbah Aidilfitri. Kami dok dengar kejap, sebelum khutbah habis kami dah cabut dulu, takut nanti jem plak, susah nak kuar. 

Solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. Dengarnya Jibby pon solat kat sini, 
patut la ramai orang siap ade polis lagi...

Sampai umah aku pon makan, laen bebenor rasa makan pagi setelah sebulan tak makan. Pastu macam biasa lah aktiviti hari raya, bersalam dan bermaaf-maafan sambil bagi-bagi duit raya. Then amik gambar satu keluarga. 

Gambar raya famili bagi tahun 2016

Dalam pukul 3.00 lebih, 3 orang kawan aku datang bertandang. Terima kasih Fred, Daus ngan Faiz kerana sudi datang beraya umah aku. 

Malam takde wat ape-ape pon. Itu je lah aktiviti hari raya aku. Jelas plak tengok orang laen seronok beraya. Takpelah... uhuks...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


#SalamSayang

28 June 2016

793 : Minggu Terakhir Ramadhan 1437

Assalamualaikum

Pejam celik peljam celik kite dah masuk ke minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ni. Kalau takde aral melintang di mana-mana, masyarakat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitiri pada hari Rabu minggu depan, InsyaAllah. Best nyer, tak sabar nak tunggu raya. Tapi bukannya aku nak raya sangat, aku cuma nak cuti jer, cuti panjang. Nikmat...

Persiapan raya aku sekeluarga takde pon. Hidup sebatang kara ni, takde maknanya nak raya sangat. Masing-masing dah berkeluarga, masing-masing wat persiapan sendiri untuk keluarga. Walau bagaimanapun, setelah sekian lamanya aku tak beli baju raya, tahun ni aku amik gak la baju raya sepasang.

Baju Raya, done. (gambar dari facebook) 

Baju Raya, done. Sebelum bulan puasa start lagi, aku ade terjumpa satu baju raya yang menarik perhatian aku kat Alamanda. Memandangkan puasa pon belum, dan melihatkan harganya yang akan menjadi baju termahal pernah aku beli, aku pendam dulu. Mane tau masa bulan puasa nanti ade diskaon. Tapi harapan tidak menjadi kenyataan, harga still menten, #nanges. Aku amiklah jugak pasal hati dah berkenan. Sib baek masih ade saiz dan tak perlu nak di alter. Melaramlah aku raya tahun ni. Ahakz. 

Kueh Raya, done. (gambar dari google)

Kueh Raya, done. Awal-awal puasa dulu ade la order kueh raya ngan sorang kakak ni di opis. Beli beberapa jenis, tak banyak pon. Tak nak jadi macam tahun-tahun lepas, banyak yang tak habis. Membazir jer. So tahun ni aku amik 5 jenis, semuanya dalam 50 bijik jer. Aku beli, kuih tart nenas, kuih chocolate chips, kuih samprit bunga, rempeyek ngan kerepek pisang. Jadilah tu kan. Minggu lepas, adik aku datang rumah, dia bawak lagi beberapa jenis. Tiba-tiba jadi banyak kuih raya kat rumah. 

Zakat Fitrah, done bayar (gambar dari google)

Zakat Fitrah, done. Zakat fitrah jangan dilupa. Alhamdulillah, aku dah bayar. Tertunai sudah kewajiban yang satu tu. Kadar kat KL Selangor ni cuma RM7 sahaja. Aku bayar kat Kaunter Zakat Selangor jer. Dapat free buah kurma 3 bijik dalam bekas yang comel. 

Jalan TAR, done (gambar dari google)

Jalan TAR, done. Tahun ni terpegi plak Jalan TAR. Pegi tengahari buta saat matahari tegak atas kepala. Ada member ni nak cari kasut, kami pon cari lah dekat Campbell. Dah alang-alang ke sama, kami singgah la Jalan TAR untuk cari songkok. Punyalah ramai manusia petang tuh. Macam tak puasa je semua orang. Hahaha. Setelah jalan dari satu hujung ke satu hujung yang lagi satu, dapatlah aku songkok yang dicari. Terus aku ajak kawan tu balik. Tak larat dah nak jalan lagi. Sampai rumah pengsan...


#SalamSayang

12 June 2016

792 : Tujuh Hari Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke tujuh kite berpuasa. Puasa aku masih lagi terpelihara, cuma jumlah pahala puasa yang diterima itu hanya Allah yang mengurniakannya. Semoga puasa aku diterima. Hari pertama puasa yang lepas, pukul 5.00 pagi aku bangun untuk bersahur. Pagi tu aku bersahur sorang-sorang jer makan nasi goreng yang aku beli malam tadi. Makan separuh jer, jadilah untuk mengalas perut. Harap-harap bole sapat ke petang. Hari Isnin tu jugak aku mengambil Cuti Tahunan. Saja jer nak cuti sekadar nak merehatkan diri dari tugas-tugas di pejabat yang ntah sampai bila nak sudah tu. Kemudian, dalam pada cuti tu ingat nak pegi lah buat urusan-urusan aku, macam pi hospital amik ubat aku yang dah kehabisan dan pegi ke bank. 

Tiba-tiba, pada pukul 10.00 pagi, reminder henfon aku berbunyi... alamak, ade appointment plak kat PPUM pukul 11.00 pagi. Tak ingat la plak. Nak tak nak terpaksa gak pergi dengan berat hatinya. Sebelum pergi tu sempat gak aku settlekan masalah bank card aku yang katanya dah disuspendkan. Sib baek dapat settle through phone jer, makanya tak payah le aku ke bank. Kol 11.00 pagi aku sampai kat PPUM. Sib baek parking banyak yang kosong, ramai yang bercuti kot.

Tunggu punya tunggu kol 1.00 petang baru dapat jumpa doktor. Keras aku kat situ menunggu. Pok pek pok pek, nasihat itu dan ini, dalam 15 minit kemudian aku keluar. Disuruhnya pulak aku kat satu klinik lain untuk buat appointment. Ermmm... appointment lagi. Berapa banyak appointment la aku kat PPUM ni. Nak tak nak terpaksa pegi gak, sib baek dekat klinik dia. Appointment aku ngan klinik tu ditetapkan Isnin depan, tapi rasanya macam malas jer nak pegi. Tengok lah camne nanti. Settle jer semua, aku terus balik. Sampai rumah aku sambung tidor.

Petang itu, aku keluar, nak cari juadah berbuka puasa. Tak tahu kat mane nak cari. Aku pergi yang dekat umah aku ni jer, sib baek ada. Beli je lah ala kadar, setakat nak makan sorang je. 

Petang itu, aku berbuka seorang diri. Sedih...


#SalamSayang


05 June 2016

791 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1437 (Episod 7)

Assalamualaikum.

Kalau tak ada aral melintang di mana-mana, kita rakyat Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan pada esok hari, bersamaan 6 Jun 2016. Kalau esok dah start Ramadhan, makanya malam ni dah start Tarawikh. Sekejap jer masa berlalu dan kita telah dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. 


Takde persediaan pon untuk aku menyambut Ramadhan ni. Hidup sebatang kara ni, Ramadhan rasa macam hari-hari biasa jer, kecuali tak bole makan dan minum sepanjang hari, sampai lah waktu berbuka. Untuk bersahur esok pagi pon aku tak tau nak makan ape, ape pon takde kat rumah ni. Ingat sat lagi nak ke NSK, nak cari roti ke ape untuk bekalan sahur nanti. Cukup lah, harap-harapnya untuk alas perut sampai waktu berbuka esok petang. Untuk berbuka esok, carilah kat mane-mane kedai atau param. 

Untuk Ramadhan tahun ni aku harap puasa aku terpelihara. Orang yang badannya dah tak sihat macam aku ni macam-macam bole jadi. Tiga empat tahun yang lalu, masa dalam bulan Ramadhan lah aku dikejarkan ke hospital, nyaris terbatal puasa aku sebab nurse suruh aku makan ubat pada pukul 6.30 petang. Nasib baek tak admitted. Tahun lepas, alhamdulillah, cukup 30 hari walaupon kadang kala terasa berat.

Bulan Ramadhan ni aku akan masuk kerja pukul 7.30 pagi. Apa gila aku pilih nak masuk kol 7.30 pagi tu. Terasa macam orang gila plak nak pi opis pagi-pagi buta. Dah le sekarang ni nak pi opis terasa amatlah malasnya. Rehat tengahari dipendekkan ke 1/2 jam sahaja. Tido je lah time tengahari tu. Balik kol 4.00 petang. Tapi nak menunggukan pukul 4.00 tu, rasa macam berjanggut. Harap dapat bertabah nak tunggu kol 4.00 selama sebulan ni.

Esok sempena Awal Ramadhan aku dah apply cuti. Saja jer amik cuti nak berehat la konon, tapi ade urusan plak yang perlu diuruskan. Takpelah, InsyaAllah, dipermudahkan.

Lastly, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua.


#SalamSayang

24 May 2016

790 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 2)

Ahad lepas aku menyertai satu lagi siri larian iaitu Roaster Chicken Run '16 Charity Run di Desa Water Park Kuala Lumpur. Dua hari sebelum larian, aku telah mengalami sakit lutut yang menyebabkan aku tak pergi kerja pada hari Jumaat itu. Sakit berpanjangan sehingga ke hari Sabtu dan aku mula resah kalau-kalau aku tak dapat menyertai larian tu. Bila tiba hari Ahad tu, lutut aku terasa sedikit lega tetapi aku rasa macam tak sedap badan pula. Aku termuntah juga beberapa kali sebelum larian dimulakan. Rasa macam nak pengsan pun ade. Tak tahu lah kenapa, kadar gula yang tinggi dalam darah kot. 

Tapi aku gagahkan juga untuk menyertai larian tu. Dah bayar RM65 kot, takkan taknak join. Hehehe. Aku cume berjalan dengan longlai sepanjang route larian. Takut-takut juga kalau aku pengsan di tengah jalan. Bagi aku route kali ni takde lah mencabar sangat dan kalau aku sihat mesti aku berjaya tamatkan larian dengan catatan masa yang lebih baik.

Aku berhenti-henti seketika untuk mengambil nafas. Belakang terasa sakit. Aku terduduk sekejap di bahu jalan menghilangkan sakit. Peserta yang tadinya ramai hanya tinggal beberapa orang sahaja yang kelihatan. Aku bangun dan meneruskan perjalanan aku. Seorang marshal larian menegur aku. Aku hanya memaklumkan bahawa aku OK. Aku terduduk sekali lagi untuk menghilangkan sakit belakang aku dan mengambil nafas. Kali ini aku ditegur pula oleh kereta marshal. Mengajak aku naik jika aku tidak mampu untuk meneruskan perlumbaan. Aku menolak. Masih ada perasaan ego dalam diri ni. Huhu. Aku ingin menamatkan larian ini. 

Aku meneruskan perjalanan aku. Aku mengikut short-cut, laluan untuk peserta kanak-kanak memandangkan aku sudah berada di kelompok terakhir. Aku gagahkan diri aku untuk menamatkan larian dan akhirnya aku berjaya, berjaya menamatkan larian ini sebagai peserta yang terakhir tiba. Huhu... Tahniah!!!

Finisher medal dan bib number

Selepas bertemu semula dengan kawan-kawan aku, kami hanya lepak-lepak di dataran depan Desa Water Park itu sambil menonton acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan acara cabutan bertuah. Macam biasa lah, tak seorang pon dari kami yang bertuah. #nanges

Yang bestnya acara larian kali ini adalah, ia datang bersama tiket masuk ke Desa Water Park. So, lepas semua acara selesai, kami beramai-ramai masuk ke Desa Water Park untuk acara mandi manda. Pada mulanya aku hanya baring-baring sahaja sebab masih rasa macam tak sedap badan, kawan-kawan aku yang lain semua dok mandi. Bila aku rasa dah ok sikit, barulah aku join mereka. Kami lepak dalam tu sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.


#SalamSayang

12 May 2016

789 : Kadang-Kadang Terasa Hidup Ini Amat Membosankan

Kebelakangan ini terasa macam down sangat. Entah, terasa bosan dengan kehidupan macam ni. Celik mata ingat kerja. Tiap-tiap hari kene pi keje. Kalau bangun pagi terasa macam malas nak keje, amik EL jer. Tapi sampai bile nak amik EL? Tiap-tiap pagi terasa berat nak pi keje. Mood keje dah ke tengah laut, tak pon dah karam ke dalam laut. Digagahkan jugak drive setiap pagi menempuh jem ke tempat keje. 

Kadang-kadang terasa macam nak berenti keje. Tapi kalau dah berenti keje, takde duit plak. Komitmen untuk meneruskan hidup masih ada, malah makin bertambah. Kereta sib baek lagi 3 tahun. Rumah sampai pencen la dok masih membayar lagi.

Kalau dah berenti keje nanti nak wat ape? Terfikir jugak nak berniaga. Jual nasi lemak tepi jalan, insyaAllah bole menampung hidup. Masalahnya, nak masak nasi lemak pon tak reti. Nak berniaga pon takde pengalaman, setakat pengalaman 5 bulan jadi salesman dulu rasanya tak cukup nak masuk ke kancah perniagaan ni. Sebenarnya boleh jer, cume berani atau tidak jer. Kene berani untuk gagal. Beranikah aku?

Kadang-kadang terasa macam nak pencen awal. Tapi servis masih tak cukup untuk melayakkan pencen. Masih ada 10 - 15 tahun lagi kalau nak bersara pilihan. Adoi... lama tuh. Tua dulu lah nampak nye. 

Kadang-kadang tu ade gak terpikir nak amik cuti tanpa gaji selama setahun. Travel satu dunia melihat dunia luar. Tinggal kat negara asing. Memang hati ni amat teringin nak travel satu dunia. Ada jer orang buat, mesti seronok. 

Rasa macam diri ni tak bersyukur plak dengan nikmat yang telah dikurniakan.


#SalamSayang
(aku hanya merepek)

30 April 2016

788 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat

Last week aku ade join satu lagi larian. Actually bulan ni sahaja aku sepatutnya ada dua larian, tetapi malangnya larian pada 17 April 2016 lepas terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan. Tak tau lah aper sebabnya, tapi dalam risik-risik tu, katanya ada lagi satu event besar akan dijalankan pada hari dan masa larian tu. Makanya Superheroes Race Overload 2016 ditunda ke 22 Mei 2016. Tetapi semua race kit termasuk medal kami sudah dapat. Jadi tak payah susah payah lari dah dapat medal.. hahaha..

Minggu lepas plak, 24 April 2016 aku join Krispy Kreme Doughnuts Run by Larian Spektra di Universiti Malaya. Memandangkan UM tu tidak asing bagi aku, maka aku tau lah route larian dia. Mesti akan lalu kawasan berbukit di belakang UM tu. A day before hari larian tu baru aku dapat tau yang larian tu akan melibatkan aktiviti baling-baling serbuk warna kepada peserta larian. Macam satu festival kat India tu, ntah aper ke namanya. Ape-ape pon, harap enjoy the run. 

Gambar dari facebook Tanjak Pictura 

Lebih kurang pukul 7.15 pagi kami dah tercegat di tempat permulaan. Larian dimulakan tepat pada masanya, jam 8.00 pagi. Ramai gak peserta nampaknye. Aku ngan sahabat-sahabat aku memulakan larian dengan tenang jer, takde lari-lari pon, cume jalan sambil gelak-gelak. Sampai dekat DTC sudah nampak port diaorang nak baling serbuk warna tu. Kat situ aku dah kene walaupon aku cuba mengelak. Kotor sudah baju aku. Lepas simpang ke Kolej 3, 4, 7 ade lagi satu port diaorang. Kat sini pon aku kene sikit. Sampai kat sini dah mula penat pasal jalan tu dah mula mendaki. Depan FSKTM ade water station, the only water station. Kawasan bukit tu memang aku pancit habis, nak jalan pon dah tak larat. Bukit dia pulak macam tinggi jer rasa, selalunya aku lalu takde la tinggi macam tu, hahaha. 

Gambar dari facebook Tanjak Pictura

Kat puncak bukit tu ada lagi station balik serbuk warna tu. Kali ni aku pasrah jer, menyerah diri jer, Memandangkan aku ni dalam golongan group yang terakhir, rasanya warna diaorang pon dah habis. So kene sikit jer lah. Lepas tu kawasan menurun bukit plak. Lega sikit rasanya. Laju sikit larian aku. Dekat API ade lagi satu station baling warna. Kat sini aku kene paling teruk. Sampai 3-4 orang dok baling aku. Warna sampai naik atas kepala. Jilake sungguh mereka.

Akhirnya sampai juga aku di garisan penamat. Catatan masa tak tau rasanya satu jam lebih. Ape-ape pon, best sangat larian ni. Next time taknak masuk lagi... Hahaha... Dua tiga hari aku sental nak kasi hilang warna tu kat kulit. 

Goodies yang diperolehi - Finisher medal, certificates, vouchers dan banyak free sample 
termasuk sample tuala wanita Kotex (tiada dalam gambar, dah bagi orang)


#SalamSayang

16 April 2016

787 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 2) - Jangan Jadi Pengkhianat Negara

Tertunai sudah tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat marhaen Malaysia yang ku chentai ni. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku membayar cukai pendapatan. Tahun ni aku buat awal, tak macam tahun lepas, esok dah nak tutup baru nak buat. Sib baek semuanya dipermudahkan masa tu. Tahun ni ade lebihan pembayaran, makanya aku akan dapatlah aper yang telah terlebih bayar tu. Tak banyak pon, dalam RM43++ jer. Syukurlah nak. 

Kepada sesiapa yang masih belum buat lagi tu, silalah berbuat demikian selewat-lewatnya 31 April 2016 ni bagi mengelakkan diri anda dianggap sebagai 'Pengkhianat Negara'. Kbai...


#SalamSayang

10 April 2016

786 : mIRC v7.44

Setelah lebih 10 tahun rasanya berkenalan di alam maya, akhirnya kami bertemu muka. Pada mulanya berkenalan di zaman mIRC, sama-sama berjuang di arena #kuiz, berterusan hingga ke zaman frienster dan facebook dan kini masuk zaman whatapps dan telefon pintar plak. Akhirnya lebih kurang 2 minggu lepas kami bersua muka. Walaupon pada dasarnya kami semua dok area KL namun tak pernah bertemu. Kawan itu yang pada mulanya kami kenal dengan nickname DeadMenOnTheRun di mIRC. Gigih aku dan Deborah^Priya^Henry a.k.a Hehehee drive dengan jem teruk ke IOI City Mall semata-mata untuk bertemu beliau.

Memula lepak Osaka Teppan kemudian pi lepak Starbucks plak.

September tahun lepas aku dan Deborah^Priya^Henry a.k.a Hehehee telah bertemu dengan SeaDemon a.k.a Ninja^Turtle, seorang lagi kawan dan otai zaman mIRC dulu. Sekarang kami bertemu secara live pula dengan DeadMenOnTheRun, seorang yang tidak kurang otainya di zaman mIRC dan #kuiz. InsyaAllah, akan datang aku harap dapat temukan kami berempat. Harap persahabatan kita berpanjangan, tidak hanya di facebook dan whatapps sahaja.

p/s : Shah... bila nak sponser flight pi Adelaide?


#SalamSayang

06 April 2016

785 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod Akhir) : Terkandas di Sempadan

... sambungannya

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak meninggalkan Krabi. Kami bergerak menuju ke pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Pada ketika itu kami memandu dengan santai sahaja sambil makan jagung bakar yang tembikai yang dibeli di Sa Morakot. Sebelum sampai di pekan Phatthalung, kami telah berhenti di sebuah stesen minyak untuk ke tandas. Kenderaan di hadapan meneruskan perjalanan walaupon kami telah memberi isyarat high-beam. Kami berharap agar kenderaan di hadapan akan menunggu kami di mana-mana setelah menyedari kami tidak lagi mengekori.

Setelah selesai urusan di tandas, kami meneruskan perjalanan. Kenderaan di hadapan kami tadi masih tidak kelihatan. Aku meneruskan pemanduan aku mengikut gerak hati. Kenderaan itu masih lagi tidak kelihatan. Akhirnya kami memasuki pekan Phatthalung. Agak sibuk pekan Phatthalung malam itu, tidak seperti Ao Nang. Kami masih tidak berjumpa dengan kenderaan kami yang satu lagi itu. Kami meneruskan perjalanan melepasi pekan Phatthalung dan pada masa ini kami menerima hakikat bahawa kami telah terpisah dengan kenderaan yang satu lagi itu. Kami berpatah balik setelah jalan yang kami lalui itu tidak lagi boleh dimasuki.

Sepatutnya kami ikut arah ke Hatyai bukannya ke Phatthalung. 
Tapi best gak sesat, dapat gak round-round di Phatthalung.. hahaha

Kami balik semula ke pekan Phatthalung dan berhenti di bahu jalan untuk menghubungi rakan di kenderaan yang satu lagi tu. Malangnya, satu-satunya telefon yang ada kemudahan internet telah pon mati kerana bateri telah kong. Aku pon tak perasan bila dia mati. Disebabkan telefon aku tu canggih sangat, semua usaha untuk mengecas baterinya gagal walaupon hanya untuk mendapatkan 1%. Guna car charger pon tak berjaya, guna usb cable pon sama, guna power bank pon nampaknya sia-sia. Nak jer rasanya aku masuk ke kedai sebelah tu untuk tumpang charge telefon. Kalau aku pandai cakap Siam mungkin aku dah pi kot.. Huhu sawadikap. 

Lebih kurang 1 jam setelah terpisah, rakan di kenderaan yang satu lagi tu menelefon. Mereka sedang menunggu kami di salah sebuah stesen minyak on-the-way ke Hatyai. Patut la kami tak jumpe mereka, mereka ke Hatyai manakala kami ke Phatthalung. Kami meneruskan perjalanan dan terus ke Hatyai dan akhirnya berjumpa juga mereka. Setelah berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan.

Kami memandu dengan laju dan gila pada malam itu kerana mengejar waktu. 120km/j di jalan kampung dan cuba mencilok semua kenderaan yanga ada. Kami perlu berada di sempadan sebelum pukul 11.00 malam waktu tempatan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di sempadan lebih kurang pukul 11.00 malam. Kami berhenti sebentar di sebuah kedai untuk membeli beras dan terus ke pintu sempadan. Telah banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke Malaysia pada malam itu. Lebih kurang setengah jam kemudian kami dimaklumkan bahawa pintu sempadan Malaysia telah ditutup. Kami dilencongkan dan masuk semula ke Thailand. Nampaknya malam itu kami terkandas di sempadan. Mahu tak mahu terpaksalah kami bermalam di pekan Dannok. 

Kami berjaya mendapatkan bilik di sebuah hotel murah lagi scary, Hotel TMT dengan harga RM53 semalam. Sebelum masuk ke bilik untuk berehat, kami makan malam dahulu di sebuah gerai di sana. 

Hotel penginapan kami malam itu, TMT Hotel yang scary berhampiran McD

14 Mac 2016

Kami check-out awal pagi itu dan terus mencari kedai untuk bersarapan pagi. Kami telah memilih sebuah restoran nasi kandar dan kami bersarapan roti canai dan roti telur sahaja pagi itu. Selesai sarapan lebih kurang pukul 9.30 pagi kami bergerak ke pintu sempadan. Sebelum itu kami singgah dahulu membeli sedikit jajan dan buah sekadar menghabiskan duit Siam yang masih berbaki untuk dibawa pulang.

Pagi di Dannok

Serabut tengok wayar-wayar letrik kat Siam ni..

Pintu Sempadan Sadao tidak sesibuk malam semalam. Kami melepas immigresen tanpa sebarang masalah. Jangan lupa selitkan RM1 di dalam pasport anda (tak tau lah seringgit tu untuk ape). Tetapi kami ditahan di kastam kerana kami tidak mempunyai satu dokumen yang sepatutnya kami dapatkan semasa memasuki Thailand. Dokumen mengenai membawa masuk kenderaan ke Thailand (masa masuk hari tu takde pon orang Siam check mende tu). Sebenarnya aku tak paham sangat aper orang Siam tu cakap. Dokumen ape pon aku tak pasti. Kami settle kat situ jugak, ada seorang lelaki (aku rasa orang Malaysia) meminta kami membayar RM30. Aku bayar jer since RM30 (kalau RM300 tu mau jugak bertekak). Akhirnya setelah menempuh sedikit masalah di sempadan, kami akhirnya sampai juga ke tanahair terchenta. Sebelum dilepaskan memasuki tanahair dari kastam dan imigresen Malaysia, sila bayar tol dahulu ye. Alhamdulillah, Malaysiaku masih aman.

Bye-bye Thailand. Nanti nak datang lagi bole? 


#SalamSayang

01 April 2016

784 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod 4) - Sa Morakot

... sambungannya

14 Mac 2016 (Isnin)

Hari ketiga dan hari terakhir kami di Ao Nang dan Krabi. Pagi itu kami nampak banyak kereta bernombor plate Malaysia di Ao Nang. Minggu cuti sekolah di Malaysia sudah bermula, makanya ramailah rakyat Malaysia yang melancong ke Krabi ni.  Pagi itu kami bersarapan di sebuah gerai halal yang lain yang menghidangkan nasi daging. Semuanya orang Malaysia makan di gerai ni, rasa macam kat Malaysia plak. Memandangkan kami agak kesiangan, nasi daging telah habis. Kami cuma dapat beberapa pinggan sahaja. Aku cuma dapat rasa member sebelah punya sahaja. Sedap dan pedas, pada sesiapa yang tak tahan pedas, lebih baik jangan makan, hehehe. Memandangkan nasi daging dah habis, aku cume makan nasi goreng dan ayam goreng sahaja (ayam goreng kat sana sedap-sedap belaka).

Nasi Daging (gambar dari google)

Selesai bersarapan, kami kembali semula ke tempat penginapan, kemas-kemas barang dan check-out dari hotel berkenaan. Destinasi kami hari ini adalah ke Sa Morakot atau Emerald Pool. Kami mengisi minyak dahulu sebanyak THB600 Ron95 (kat sini ade Ron91 ngan Ron95 dan dua jenis lagi aku tak tau ape) untuk perjalanan pulang kami. Minyak petrol di sini agak mahal berbanding di Malaysia. Syukurlah Malaysia masih aman.

Perjalanan ke Emerald Pool terasa jauh melalui jalan-jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Kami tiba lebih kurang pukul 1.30 petang. Bayaran untuk pakir kenderaan dalam ladang kelapa sawit adalah sebanyak THB30 dan bayaran masuk ke Emerald Pool adalah sebanyak THB200 untuk pelancong asing (kalau berjaya menyamar jadi orang Siam, boleh lah bayar THB100 sahaja). Sebarang bentuk makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk. Kalau sudah terbawa atau terbeli, sila gantung di tempat yang disediakan.

Welcome to Emerald Pool

Melepasi pintu masuk ke Emerald Pool, terdapat dua laluan yang boleh dilalui. Satu laluan sejauh 800m dan satu lagi sejauh 1,400m. Laluan 800m akan melalui denai-denai hutan manakala laluan 1,400m melalui laluan pejalanan kaki yang telah disediakan. Permandangan di laluan ini lebih cantik kerana kita bole lihat keindahan dan kejernihan air sungai yang bewarna hijau itu mengalir disepanjang laluan.

Jernihkan airnya...

Setibanya kami di sana ramai pengunjung yang telah sampai tapi keadaan tidak sesak. Katanya ada lagi kolam di bahagian atas, tapi kami tak pergi, kami hanya mandi di sini sahaja. Kolam itu agak dalam takat-takat leher aku (tinggi aku melebih 5 kaki ye). Airnya tak sejuk, mungkin sebab cuaca sangat panas sekarang ni. Panas bukan di Malaysia saja, di sini pon tahap hazab panasnye. Lebih kurang 1 jam kemudian, kami bergerak turun dan sambung mandi di bahagian bawah pulak.

Sebahagian pengunjung Emerald Pool pada petang itu

Permandangan di Emerald Pool. No Diving Please

Kejernihan airnya... 

Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mula bersiap-siap untuk bergerak pulang. Kami mandi di bilik air yang disediakan dan makan di satu-satunya gerai muslim di situ. Kami order nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan kailan goreng. Servis di sini teramatlah slownye sebab tukang masak dia sorang jer dan customer dia punyalah ramai. Terpaksalah tunggu pasal dah takde pilihan lain. Lebih kurang satu jam jugaklah menunggu. Lepas makan, dua tiga orang sakit perut. Terpaksa membuang dulu sebelum bergerak balik.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak meninggalkan Krabi.

... bersambung