21 November 2015

765 : VForum2015 - Datang Hanya Untuk Collect Free Gifts

Ade la seorang sahabat ni mengajak aku untuk menghadiri VForum2015 anjuran VMWare. Forum itu telah berlangsung pada hari Rabu lepas, 18 November 2015 bertempat di One World Hotel. Aku pon register la, since ianya free dan si sahabat ni beria-ia benar mengajak aku. Sebenarnya aku satu haram pon tak tau ape bende VMWare tu, so aku pon belasah je lah butir-butir dalam application form itu. Si sahabat ni cakap, selalunya dia akan dapat collect banyak free gift masa forum tu. Itu adalah sebab utama mengapa dia mengajak aku.

Pada tarikh tersebut, sebelum pukul 8.00 pagi kami dah sampai kat One World Hotel tu. Terus register dan masuk tempat forum tu. Dah ramai peserta yang hadir dan terdapat banyak jugak booth. Sebelum ape-ape kite sarapan dulu. Sarapan pagi itu ditaja oleh pihak penganjur, sandwich dan kuih samosa, coffee and tea, buffet style. Selesai sarapan, kami pon mula berkunjung ke booth yang ada di situ. Masa untuk collect free gift bermula. Kita cume perlu isi borang survey dan dapatkan cop company tersebut. Then dapat la free gift. Ada yang bagi ade yang tak (kedekut), ada yang best dan ade yang tak best. 

Ready For Any - Acara pembukaan

Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami masuk ke dalam dewan untuk acara pembukaan. Pot... pet... pot... pet... tak paham aku apa yang diaorang cakap sebab apa yang diaorang cakap mostly technical things, maka orang-orang management macam aku ni susah la nak paham. Tapi aku layan juga lah beberapa keynote presentation itu. 

Kemudian kami keluar dari dewan itu dan pergi semula ke booth yang ada. Layan lah beberapa demo yang sedang dijalankan, dan main beberapa game yang dipertandingkan. Collect free gift lagik.

Makan tengahari juga disediakan oleh pihak penganjur. Nasi putih dan pasta, kari kambing, ikan masak masam manis (kot), ayam goreng, sayur campur, siap ade starter dan dessert lagi. 

Sebelah petang pula, kami berkunjung lagi ke mana-mana booth yang masih kami belum kunjung. Masuk ke dalam dewan untuk mendengar beberapa breakout presentation dan collect free gift lagi. Event tersebut tamat pada pukul 5.30 petang dan diakhiri dengan cabutan bertuah, di mana aku dengan sahabat aku memang tak bertuah pon. Hehehe... Apa-apa pon kami dah berjaya collect banyak freebies. 

Koleksi freebie yang berjaya diperolehi di forum tersebut.


#SalamSayang

17 November 2015

764 : Masak Sendiri Makan Sendiri

Ahad lepas tiba-tiba terajin plak nak memasak. Semuanya gara-gara ada seorang hamba Allah tu pegi share gambar dan resepi sup ikan merah. Terus terliur aku sampai ke malam dibuatnya. Tak bole nak tidor, terbayang-bayang sup ikan merah. Makanya aku tekad dan tabahkan hati untuk mencuba memasak sup tersebut. Usaha dimulakan dengan survey beberapa blog dan website masakan untuk mendapatkan resepi dan cara-cara penyediaannya. Jadi aku memilih resepi yang paling mudah.

Pagi itu, aku dengan seorang sahabat (yang tiba-tiba datang ke rumah) telah pegi ke sebuah pasaraya berhampiran untuk mencari dan membeli bahan-bahannya. Memandangkan dapur rumah aku dah lama tak berasap, maka ape-ape pon takde melainkan garam dan gula sahaja. Terpaksalah membeli semuanya dengan kadar yang agak banyak memandangkan tak bole beli sikit-sikit. Ikan merah aku beli seekor sahaja saiz sedang dengan harga RM11.00++. Cukup lah seekor dahulu wat pertama kali ini.

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari aku memulakan projek aku tuh. Berpandukan resepi yang aku ada dan pengalaman yang tak berapa nak mendalam dalam bidang ini, berjaya juga aku akhirnya. Walaupon agak hambar pada mulanya, aku tambahkan garam dan gula sampai jadi terlalu manis plak. Untuk counter rasa manis itu, aku tambah garam lagi dah akhirnya menjadi masih plak. Kecewa sikit aku masa tu, sedih sebab sup aku tak sedap. Lalu aku biarkan saja.

Aku kemudian memasak nasi. Nasib baik ade bekalan beras di rumah. Aku menggunakan petua orang tua-tua, menggunakan jari untuk menyukat air. Hehehe. Alhamdulillah, nasi aku sempurna. Sambil menunggu nasi masak, aku masak telur dadar plak. 

Cukuplah menu makan tengahari kami tengahari itu, nasi putih dan sup ikan merah dengan telur dadar. Makan bertiga - aku, ayah dan sahabat. Alhamdulillah, sup aku tidaklah semasin yang aku sangkakan. Sedap plak rasanya walaupon sedikit keruh. Suka hati aku dapat jamu ayah ngan sahabat. Diaorang kata sedap... tapi tak tau la kan... heheheh

Sup Ikan Merah aku.

Apa pulak aku nak try masak minggu ni?


#SalamSayang

14 November 2015

763 : 16 November 2012 - 16 November 2015

16 November 2015 maka genaplah 3 tahun ibu meninggalkan kami. Setelah beberapa lama ibu menderita sakit, masuk dan keluar hospital, akhirnya ibu mengalah dah meminta agar dia di bawa pulang sahaja. Mungkin ibu tahu, nyawa yang dipinjamkan kepada ibu sudah tidak lama lagi, jadi ibu mahu menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Kami akur permintaan terakhir ibu itu.

Aku ingatlah pagi jumaat itu, disebabkan kakak dan adik ada dirumah menjaga ibu, aku bekerja seperti biasa. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kakak menelefon aku meminta aku pulang ke rumah. Sampai di rumah, ibu sudah tiada. Tapi aku tidak terkilan, kerana sepanjang sakitnya, aku yang banyak menjaga, membantu dan membawa ibu pergi dan balik dari hospital. Aku tidak menangis, kerana aku telah redha pemergian ibu. Daripada ibu terus tersiksa dengan sakitnya, adalah lebih baik Allah menjemput ibu menemuiNya. Ibu menghembuskan nafasnya dengan tenang pagi jumaat itu. 

Al-Fatihah hadiah buat ibu tersayang.


#SalamSayang

10 November 2015

762 : 15 November 2001 - 15 November 2015

15 November 2015 akan datang maka genaplah 14 tahun aku berkhidmat dengan perkhidmatan awam di Universiti Malaya. Tempoh 14 tahun itu, tidak termasuk 2 tahun aku berkhidmat sebagai kakitangan kontrak. Dalam tempoh yang panjang itu, tak banyak kemajuan yang aku capai. Bukannya aku tak kompeten terhadap tugas, tetapi aku yang tidak mahu. Ada saja peluang untuk aku naik pangkat. Bagi aku cukuplah apa yang aku ada sekarang. Aku cukup selesa dengan keadaan sekarang. Tak mahu aku membebankan kepala hotak aku dengan tugas-tugas pejabat yang tak tahu sampai bila habis. Aku mahu, sampai pejabat on-time dan pulang juga on-time. Aku mahu waktu cuti aku digunakan untuk aku, tak mahu aku memikirkan pasal kerja semasa aku sedang bercuti. Syukur dengan apa yang aku dapat sekarang. Alhamdulillah. 



#SalamSayang

03 November 2015

761 : Dinner @ Holiday Villa Subang Jaya

Hari Sabtu lepas aku telah menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) bertempat di Holiday Villa, Subang Jaya. Ini merupakan kali ketiga aku menghadiri majlis seumpamanya setelah hampir 14 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di UM. Kali pertama aku menghadiri majlis anjuran KKAUM ini aku pon tak ingat bila bertempat di Hotel Legend, KL kalau tak silap aku dan kali kedua pula yang aku pon tak ingat bila bertempat di Hotel Crown Princess, KL.

Aku dengan 2 orang teman sepejabat tiba lebih kurang pukul 7.30 malam. Tak ramai lagi tetamu yang hadir dan kami telah memilih meja bernombor 33. Lebih kurang pukul 8.30 barulah majlis bermula. Perut sudah mula berkeroncong, tak sabar nak makan. Majlis dimulakan dengan ucapan-ucapan yang sangat membosan kan. Lebih kurang pukul 9.00 malam barulah acara makan-makan bermula.


Menu malam itu adalah Chinese. Macam biasa lah kalau acara dinner-dinner macam ni, menu mesti Chinese. Pada malam itu, sebanyak 8 juadah telah dihidangkan. Acara malam itu diselang-selikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan cabutan bertuah. Seperti biasa, aku tak pernahnye bertuah. Tak pernah dapat cabutan bertuah. Malam itu, nombor aku sipi-sipi jer nak dapat 1st prize, TV LED 50 inci, dengan 2nd prize, handphone Lenovo. Nombor 1st prize naik 0093 dan 2nd prize naik 0098, manakala nombor tak bertuah aku tu adalah 0096.


#SalamSayang