27 October 2015

760 : Yang Pertama Dan Pasti Bukan Yang Terakhir

Beberapa bulan lepas sibuk abang, kakak dan adik aku mengajak aku join satu larian ni. Sememangnye mereka cukup aktif dengan aktiviti melarikan diri ni, cuma aku jer yang tak aktif. Aku berlari atas katil jer setiap hari kalau bole. Untuk tidak menghampakan mereka aku pon join la BSN Putrajaya Night Run itu. Aku pon kemudiannya meracun la sorang sahabat aku untuk join sekali, dan dia pon rela paksa join larian tu. Kami register untuk Fun Run jer, 5km. Belum mampoo lagi nak register untuk 10km, 21km mahupon marathon 42km. 

Menjelang hari larian tu, 24 Oktober 2015 lepas, aku makin teruja. Siap beli running shoe baru lagi walaupon hanya sepasang kasut chikai yang murah. Malangnya, larian itu terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur kerana masalah jerebu yang semakin teruk di Putrajaya. Kecewa aku sekejap, sia-sia sahaja aku merasa teruja. Walau bagaimanapun, kami masih lagi layak untuk menerima race kit dan medal untuk larian yang dibatalkan itu. 

Petang 23 Oktober 2015 itu, aku dengan sahabat aku ke Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya untuk mengambil race kit dan medal yang dijanjikan. Dapatlah t-shirt sehelai beserta baucer belian barangan Brooks, cermin mata liplapliplap, tali kasut liplapliplap dan bib nombor beserta medal. Berjaya juga aku dapat medal ini tanpa perlu bersusah payah berlari... ahaks...

Kemudian kami mendapat makluman dari pihak penganjur bahawa larian itu mungkin akan diadakan secara Fun Run pada tarikh yang telah ditetapkan dengan syarat IPU pada hari itu tidak melebihi 120. Tetapi pada petang 24 Oktober itu, nampaknya jerebu masih lagi menebal dan khabarnya pihak pengajur telah membatalkan larian itu. Oleh kerana aku telah berada di Putrajaya pada petang itu, aku hanya melepak sahaja di Alamanda sambil bermain boling. Dah lama tak main boling, dah hilang skill nampak nye. 

Malam itu, kami hanya melepak di hadapan Auditorium Cempaka Sari sambil menikmati milo, cereal dan air 100 plus yang diedarkan secara percuma. Ada juga peserta yang berlari nampaknya.

Inilah medal aku yang pertama di dalam aktiviti seumpamanya.

InsyaAllah, aku rasa nak teruskan aktiviti ni. Sekadar suka-suka jer. Ada 2-3 larian yang menarik perhatian kami dan dijangka kami akan register. Harap-harap takde yang dibatalkan lagi. 


#SalamSayang

14 October 2015

759 : Mari Menonton - The Martian dan Dark Awakening

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menonton dua filem baru di pawagam. Filem pertama yang aku tonton berjodol The Martian dan filem kedua adalah filem seram Dark Awakening.

Filem The Martian mengisahkan bagaimana seorang angkasawan, Mark Watney telah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh krew kapal angkasa Ares III yang membawa misi ke planet Marikh. Apabila ribut melanda tapak kajian mereka, krew-krew Ares III bergegas menaiki pesawat dan meninggalkan Marikh dengan anggapan Mark Watney telah mati. Mark Watney terpaksa berikhtiar untuk terus hidup di planet Marikh sehingga misi ke planet Marikh yang berikutnya, iaitu dalam tempoh tiga tahun lagi. Menggunakan kepakarannya sebagai seorang ahli botani, Mark telah berjaya menukarkan tapak kajian mereka menjadi tapak pertanian untuk bercucuk tanam dan memastikan bekalan makanan untuknya mencukupi bagi tempoh tiga tahun. Mark tidak mempunyai apa-apa alah komunikasi untuk menghubungi pihak NASA di bumi.

Walaubagaimanapun, pihak NASA terus memerhatikan Marikh sehingga mereka mendapat menemui bukti bahawa Mark masih hidup. Akhirnya, pihak NASA berjaya menghubungi Mark dan misi untuk menyelamatkan Mark direncanakan.

Bagaimanakan Mark akan diselamatkan oleh pihak NASA. Berjayakan Mark hidup bagi tempoh tiga tahun sehingga kapal penyelamat datang menyelamatkannya. Saksikan di pawagam-pawagam berhampiran anda...

Bagi aku filem ni agak menarik di awalnya, ditengahnya sedikit bosan dan kembali menarik di akhirnya.

James bersama isterinya Jennifer dan anak mereka Danny telah pulang ke kampung halaman James selepas kematian ibunya untuk menguruskan urusan pengkebumian dan penjualan rumah ibunya. Apa yang didapati oleh mereka, pekan di kampung itu hanya didiami oleh warga tua sahaja. Selepas beberapa hari tinggal di rumah tinggalan ibunya, anak mereka Danny mula diganggu oleh sesuatu seterusnya keluarga itu pula diganggu.

Dengan bantuan seorang paderi, Jennifer mendapat tahun bahawa pekan itu mempunyai sejarah hitam di mana sembilan orang kanak-kanak telah hilang tanpa dikesan. Jennifer juga mendapat tahu bahawa suaminya James mempunyai kaitan dengan kes-kes kehilangan tersebut.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Tontonlah sendiri di pawagam sekarang.

Bagi aku filem ni manarik juga walaupon color yang digunakan agak kusam dan muram sepanjang tayangan. Yang paling menarik adalah cerita disebalik kes-kes kehilangan semua kanak-kanak itu. Seram tu takde la sangat. Biasa-biasa jer.....


#SelamatMenonton

10 October 2015

758 : Abeday Buat Sahabat

Hari Khamis lepas sempat kami menyambut majlis ulangtahun hari lahir seorang sahabat. Sambutan kecil-kecilan sahaja, cuma kami bertiga. Takde perancangan apa pon nak wat sambutan ni, maen redah jer, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Survey-survey internet nak cari tempat makan yang best untuk wat sambutan tu. Akhirnya kami memilih lokasi di Serabei Cafe, Ayer8, Putrajaya. Lagipon kami tak pernah sampai sana, cube-cube dulu mane tau sedap. Cafe dia takde la besar tapi selesa. Menu lebih kepada hidangan pantai timur, tapi tak banyak pilihan. Majlis kami dimulakan dengan aktiviti makan-makan, dan masing-masing telah memilih untuk makan bihun soto, nasi dagang dengan ayam dan nasi kerabu dengan ketam masak cili. Not bad, tapi aku pernah rasa yang lebih sedap dari ni.

Nasi Kerabu Ketam Masak Cili 

 Nasi Dagang Ayam

Kuih Serabai - first time aku rasa

Selesai makan, dikeluarkan pulak birthday cake untuk birthday boy tu. Tersipu-sipu plak dia dapat kek dengan banyak lilin di atasnye yang dah terpadam terkena angin air-con itu. Hajat nak beli ice-cream cake Baskin Robin tak kesampaian sebab Baskin Robin Alamanda takde jual kek gituh. Last-last, kek Secret Recipe je lah. 

Birthday cake untuk birthday boy

Kemudian, tuan punya cafe hadiahkan kami kuih serabai. Katanya, tak pernah lagi orang wat sambutan birthday kat cafe dia. Ni lah kali pertama. Ape-ape pon, terima kasih puan.

Kuih Serabai sumbangan tuan punya cafe.

Kepada sahabat aku tu, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Permandangan malam Purtajaya

#SalamSayang