27 September 2015

757 : Catatan Perjalanan, Siem Reap (Episod Akhir) - Kalau Tuan Mudik Ke Hulu, Carikan Saya Bunga Kemboja

11 September 2015 (Jumaat)

Hari terakhir kami di bumi Siem Reap. Hati mula sedih untuk menamatkan percutian kami. Banyak kerja yang menanti kami di tanah air, sesuatu yang kami tak suka sangat. Tapi kami terpaksa terima, rezeki kami di Malaysia, bukan di sini. Pagi itu kami tak ke mana-mana, menghabiskan masa di bilik sahaja. Berkemas barang yang akan di bawa pulang. Jumlah bagasi bertambah, nasib baik sudah membeli 20kg bagasi tambahan untuk dimuatkan di dalam perut kapal terbang nanti. 

Pokok bunga di hadapan villa

Kami check-out lebih kurang pukul 11.00 pagi. Sebanyak USD84 bertukar tangan sebagai bayaran sewa bilik untuk 4 hari 3 malam. Penerbangan pulang kami dijadualkan pada pukul 3.05 petang. Sebelum ke lapangan terbang, kami singgah sebentar di Old Market, masih ade lagi barang yang perlu dicari. Selepas jumpa dengan apa yang di cari, kami bergegas untuk makan tengahari di restoran sama. Kami memilih untuk makan nasi berlaukkan Fish in Morning Glory Pond sekali lagi sebagai menu terakhir kami di sana. Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami terus ke lapangan terbang. Kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu tuk-tuk kami, En. Mean (En. Longan) atas perkhidmatan beliau yang memuaskan. 

Tiada masalah timbul semasa check-in dan imigresen. Kami terus masuk ke balai berlepas ke Pintu 3 dan menunggu masa sahaja. Lapangan terbang ini kecil saja berbanding KLIA2 maka tak banyak tempat untuk jalan-jalan. Kemudian kami dimaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah dan penerbangan kami, AK541 dilewatkan sehingga pukul 4.45 petang. Mengeluh pon tak guna, badan terasa penat dan kalau boleh hendak cepat jer sampai rumah agar dapat berehat. 

 
Suasana di dalam Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Cambodia 

Pengumuman yang AK541 dilewatkan ke pukul 4.45 petang 

 Kemudian, kami dimaklumkan lagi bahawa penerbangan kami dilewatkan lagi hingga ke pukul 6.00 petang. Adus, penatnya terpaksa menunggu lagi. Penantian itu satu penyiksaan, bila ada sebuah pesawat Air Asia yang mendarat, kebanyakkan penumpang bersorak. Kami tau penantian kami sudah berakhir, kami boleh berangkat pulang.

Baru perasan yang kami mendapat kerusi Hot Seat, barisan ketiga. Ini maknanya kami tak perlu beratur untuk masuk ke pesawat. Pesawat terbang meninggalkan Siem Reap pada pukul 6.00 petang. Meninggalkan semua kenangan suka duka kami di sana. 

 
 
Permandangan terakhir Siem Reap dari dalam kapal terbang

Disebabkan terlalu lama menunggu, perut sudah mula lapar. Dengar cerita, makanan di dalam pesawat habis dijual (sampai maggi pon habis) dan sehingga pesawat nak mendarat, petugas-petugas cabin masih belum selesai melayan semua penumpang. Nasib baik kami dapat Hot Seat, maka kami dapat beli makanan, itupon katanya adalah yang terakhir. Dapatlah mengalas perut yang sudah pon lapar sejak petang tadi. 

Ini jer yang aku dapat, Vegetable Curry with Biriyani Rice dan air mineral,
ini yang terakhir.. 

Kami tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 9.00 malam. Tiada masalah sepanjang kami di KLIA2, bagasi keluar dengan cepat dan tiada masalah di kastam dan imigresen. Nasib bertambah baik bila tren KLIA Transit sudah menunggu. Beberapa minit kemudian, terus meninggalkan KLIA2. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah kawan aku di Bandar Tun Hussein Onn lebih kurang pukul 11.00 malam.


#SalamSayang

23 September 2015

756 : Salam AidilAdha 2015

InsyaAllah, esok bersamaan 24 September 2015 seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Pada saat dan ketika ini, aku masih lagi di kantor, masih lagi bertugas. Mengharapkan hari ni dapat halfday, tapi harapan hanya tinggal kenangan. Kene keje full day hari ni. Hehehe.. Tak mengapalah, bertugaslah dengan hati yang redho. Walaupon, dah takde mood nak wat keje time-time macam ni. Tunggu time untuk balik jer. 

Persiapan menyambut lebaran tahun ni memang takde langsung. Dah mintak ayah rebuskan ketupat segera pagi tadi, harap-harap dah masak lah ketupat itu. Kakak katanya nak masak juadah untuk hari raya, tapi tak tahu lah apa yang akan dimasaknye. Balik nanti kite lihat. Abang pulak kata nak datang malam nanti. Cume adik jer yang akan berhari raya di Kedah Darul Aman, hehehe... bye-bye.

Esok dah rancang dengan sorang sahabat nak pergi bersolat sunat AidilAdha di Masjid ape ntah nama dia di Jalan Duta. Sekali sekala nak gak solat kat tempat laen. Nak tengok suasana kat sana macam mana. Tapi kene bangkit awal esok pagi kerana selalunya, solat sunat AidilAdha akan diadakan cepat. InsyaAllah sempat. Lepas tu ke kubur ibu dan lepas tu tak tau lah nak lepak mane.

Hari jumaat aku dah apply untuk cuti. Malas nak datang keje untuk sehari tu sebenarnya. Rehat-rehat je lah di rumah bersama keluarga tersayang. 

Sempena hari yang mulia ini, aku nak mengucapkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang mengenali dan yang berminat untuk mengenali saya. Maaf zahir dan batin. Selamat berkorban dan selamat menyembelih korban. 


#SalamSayang

20 September 2015

755 : Catatan Perjalanan, Siem Reap (Episod 3) - Tasik Tonle Sap

10 September 2015 (Khamis)

Hari ketiga kami di tanah Khmer. Perjalanan kami di hari ketiga ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami bersarapan pagi di restoran yang sama, memandangkan agak sukar mencari restoran lain atau tempat makan halal di sini. Pagi itu kami bertiga bersarapan pagi dengan Noodle Soup. Agak berbeza mee supnya di sini tetapi sedap. Siap disediakan bersama ulam-ulaman dan bahan campuran lain seperti kicap, sambal, cili jeruk dan gula tetapi bagi aku, hanya perahkan sedikit limau nipis, ia dah menjadi cukup sedap bagi aku. Alhamdulillah.

Sarapan pagi kami, black ice coffee dan seafood noodle soup 

Usai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami pada hari itu iaitu ke Tasik Tonle Sap, tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Perjalanan dari pekan Siem Reap ke jeti bot tasik memakan masa lebih kurang 40 minit bergantung pada keadaan jalan. Kami di bawa melalui jalan kampung. Di sini dapat kami lihat keadaan perkampungan masyarakat sini. Lebih kurang macam Malaysia jugak walaupon dapat merasa kelainannya.

 
 
Permandangan sepanjang perjalanan ke Tasik Tonle Sap

Kami berhenti sebentar di sebuah tasik yang dipenuhi dengan pokok teratai. Rupa-rupanya ada orang yang mengusahakan perusahaan pokok teratai di sini. Tak pasti plak aper hasilnya, bunganya kah? daunnya kah? atau pokoknya kah? Kami mengambil peluang untuk masuk ke ladang itu dengan bayaran 25 US cent atau 500 riel. Kami mengambil gambar dan berselfie bagai di dalam tasik itu. Kami juga sempat merasa biji teratai yang bagi aku sedap pada mulanya dan muak diakhirnya. Biji teratai mentah kot yang pemandu kami bagi rasa tu... wekk.... Untuk menjaga hati, aku telan jugak ler... hahaha...

 
 
Permandangan ladang teratai 

Perjalanan kami diteruskan sehingga ke jeti bot tasik Tonle Sap. Bayaran USD20 dikenakan seorang untuk tambang bot. Hanya kami bertiga di dalam bot itu. Kami di bawa menyusuri sungai (sungai ape ntah, lupe nak tanya), di persisiran sungai dapat kami melihat penempatan dan perkampungan penduduk tempatan. Dikatakan, air sungai tidak tinggi pada bulan itu. Air sungai akan menjadi lebih tinggi dan hitam pada bulan Oktober bila musim hujan melanda daerah itu. Pada masa itu, kebanyakkan penduduk akan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Diceritakan juga, lebih ramai penduduk tempatan yang mati pada musim air tinggi kerana keluar mencari rezeki di tengah tasik.

Perjalanan dengan bot diteruskan lagi sehingga kami sampai ke sebuah perkampungan terapung. Dikhabarkan kepada kami, kebanyakkan infrastruktur di kampung itu adalah pembiayaan satu badan dari Korea. Ada sekolah, klinik, tempat penulenan air, kuil buddha, church, balai polis, kedai dan sebagainya. Kami melewati kampung itu sehingga kami masuk ke kawasan tasik yang sangat luas, saujana mata memandang, tiada pulau, dan seperti tiada penghujungnya. Macam dah masuk laut plak. Bot berhenti sebentar di situ untuk kami menikmati permandangan tasik luas itu.

 
 
 
Permandangan di Floating Village dan Tasik Tonle Sap

Lebih kurang 10 minit kemudian kami berpatah balik. Kami dimaklumkan yang kami bole masuk ke dalam hutan paya bakau di situ untuk melihat haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan tersebut (macam menarik), tetapi kami menolak kerana akan dikenekan bayaran sebanyak USD20 untuk satu sampan, dan kami tiga orang memerlukan dua bijik sampan.

Kami kemudiannya dibawa ke sebuah kedai untuk membeli barang-barang yang akan diberikan sebagai 'derma' kepada sebuah sekolah di sana. Tak banyak yang dijual di kedai itu, yang nampak beras, sayur-sayuran, sardin dan beberapa jenis jajan. Setelah berbincang, kami membeli beras sahaja (macam kene paksa jer beli beras iteww, hahaha) dan kami terus ke sekolah yang dikatakan yang terletak di seberang sungai sana. Kami serahkan beras itu kepada cikgu sekolah itu dan kami dibawa melawat ke kawasan sekolah tersebut. Dikhabarkan, sekolah itu mempunyai lebih kurang 150 orang pelajar dan kebanyakkannya adalah anak-anak penduduk tempatan dan anak-anak yatim yang tinggal dan makan di sekolah itu. Tapi aku lihat, sekolah tu dalam keadaan baik, takde la daif.

 
Sekolah terapung

 
Bersama kanak-kanan di sekolah terapung

Kemudian kami ke sebuah tempat yang katanya ada membela buaya. Dimaklumkan, tiada buaya di dalam sungai dan tasik di situ. Buaya cuma terdapat di tempat itu sahaja yang dibela. Aku tengok cuma ada buaya yang kecik sahaja, buaya yang besar-besar agaknya sudah disembelih dan dimakan.. hehehe. Di sana terdapat sebuah kolam ikan patin juga. Besar-besar ikan di dalam kolam tuh. Mungkin untuk dimakan juga. Kemudian kami diberi masa untuk berlegar-legar di kawasan itu.

 
 
Di crocodile farm dan ikan patin farm

Lebih kurang 15 minit kemudian, kami beransur pulang ke jeti dan pulang ke Siam Reap. Tamat sudah pengembaraan kami di tasik terbesar di Asia Tenggara itu.

Untuk menggunakan masa yang ada itu, kami ke Old Market sekali lagi. Shopping time. Kami singgah di sebuah kedai menjual kain pasang yang kami pernah singgah pada hari pertama dulu. Gembira sungguh aunty owner kedai tu bila tengok kami datang semula. Tak banyak kedai yang menjual kain pasang di Old Market ini. Makanya, kami pon memborong di kedai aunty ni memandangkan dah ada orang berkenan dengan kainnya. Beli banyak dapat murah, sepasang kain pasang itu kami dapat dalam USD19. Untung aunty tu pada hari itu, hehehe. 

Selepas menghabiskan beberapa ratus USD di Old Market, kami pergi ke restoran yang sama untuk lunch. Tengahari itu menu kami adalah nasi putih berlaukkan Beef Climbing Mountain (famous menu kat restoran tu) yang dimasak dihadapan kami dan beberapa lauk lain. Kenyang perut dan yang penting menepati bajet kami. Selepas selesai lunch, kami pulang terus ke villa.

Beef Climbing Mountain 

Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami keluar semula untuk ke Night Market. Malangnya hujan petang itu membawa ke malam. Pemandu kami tidak dapat datang kerana banjir, tetapi dia sudah siap-siap hantarkan pemandu reserve untuk kami. Malang lagi, tuk-tuknya tak boleh start pulak. Enjin masuk air kot. Dicarinya pula tuk-tuk lain untuk kami. Hehehe... 

 
 
Shopping kat Night Market. Night Market pon banjir kilat

Air naik di jalan sepanjang perjalanan kami ke Night Market, tetapi tuk-tuk kami maen redah jer banjir kilat tu macam takde ape-ape (kalau kat KL sure dah jem gile sampai esok pagi pon tak sampai rumah... hahaha). Tak banyak kedai yang buka di Night Market disebabkan hujan. Kami dapat beli ape yang kami cari, more t-shirt and souviner. 


... bersambung

16 September 2015

754 : Catatan Perjalanan, Siem Reap (Episod 2) - Angkor Wat, the 7th Wonder of the World

9 September 2015 (Rabu)

Hari kedua kami di bumi Kemboja. Tidur sangat lena malam semalam disebabkan penat sehari suntuk berjalan. Pengembaraan kami pada hari kedua ini dimulakan pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan (10.00 pagi waktu Malaysia). Pemandu kami sudah sedia menunggu di hadapan villa. Apa-apa pun perut harus diisi terlebih dahulu. Kami ke Muslim Family Kitchen Restaurant sekali lagi untuk bersarapan pagi. Untuk pagi itu kami telah makan nasi goreng, mee goreng dan nasi putih bersama daging. Bajet sarapan pagi kami terlebih sedikit, lebih kurang USD13 untuk 3 orang makan. Takpelah, disebabkan malam semalam kami tak makan, bajet makan malam semalam bole di bawa ke hadapan.

 
Menu sarapan pagi kami pagi itu - nasi putih bersama daging bakar, 
vegetarian fried rice with chicken dan yellow fried noodle with chicken

Agenda kami pada hari kedua ini adalah untuk menjelajah Kota Angkor. Perjalanan dari pekan Siem Reap ke Angkor dengan tuk-tuk memakan masa lebih kurang 30 minit. Keadaan jalan di Siem Reap amat baek, tiada trafik jam walaupon di waktu puncak. Bayaran tiket masuk ke Angkor untuk satu hari adalah sebanyak USD20. Ada juga tiket untuk 2-3 hari sampailah ke seminggu. Pit stop kami yang pertama di Angkor adalah Angkor Wat. Layan jer gambar-gambar ni, biar gambar-gambar ini sahaja yang berbicara.

  
 
 
 Beberapa keping gambar permandangan di Angkor Wat

Setelah puas menjelajah Angkor Wat, kami meneruskan ke pit stop kami yang kedua pula iaitu Bayon Temple. Sebelum sampai ke Bayon, pemandu kami telah berhenti di South Gate of Angkor Thom untuk mengambil gambar. Sebentar kemudian perjalanan diteruskan ke Bayon Temple. Kami tidak masuk ke Bayon, sekadar mengambil gambar dari luar sahaja. Layan gambar-gambar ni plak di Bayon Temple.

 
The South Gate of Angkor Thom 

 
Bayon Temple 

Perjalanan kami diteruskan lagi melewati beberapa lagi struktur lama, ada yang masih utuh dan ada yang telah runtuh. Kami melewati pula Terrace of the Elephants dan Terrace of the Leper King dan struktur 12 binaan yang mengikut pemandu kami adalah pentas persembahan kepada raja yang bersemayam di Terrace of the Leper King (macam tu lah lebih kurang ceritanya kalau aku tak salah dengar). Layan plak gambar-gambar ni...

 
 
 Terrace of the Elephants dan Terrace of Leper King bersama struktur-struktur lain yang berhampiran

Perjalanan kami diteruskan ke perhentian berikutnya, Ta Prohm Temple. Temple ni agak terkenal yang juga dikenali sebagai Tomb Riders Temple sebab Angelina Jolie pernah berlakon di sini di dalam filem Tomb Riders. Temple ni nampaknya sedang menjalani proses baik pulih dan disebabkan kebanyakkan strukturnya telah runtuh. Jauh juga kene berjalan kaki dari luar ke dalam. Memang kurus aku rasa hari itu, hehe.. Oleh kerana itu, kami berhenti rehat sebentar di sebuah gerai sambil menikmati air kelapa, USD1 sahaja untuk sebijik kelapa yang telah disejukkan. Layan gambar-gambar di Ta Porhm Temple plak.

 
 
 Ta Prohm Temple

Banyak lagi temple dan binaan sejarah yang boleh dilawati di sini, larat tak larat je lah nak jelajah semuanya. Sebab tu ade tiket sampai 2-3 hari. Setelah melawat tiga temple tersebut, kami berpuas hati dan decided untuk menamatkan perjalanan kami di Angkor. Kami meminta pemandu kami untuk menghantar kami untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum menghantar kami pulang. Waktu pun sudah menunjukkan pukul 3.00 petang.

Sekali lagi kami ke Muslim Family Kitchen Restaurant untuk makan tengahari. Tak ingat plak menu ape yang dinikmati tengahari itu, salah satu darinya adalah Green Mango Salad yang sedap. Selesai makan tengahari, kami pun pulang ke villa untuk berehat.

Green Manggo Salad

Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami keluar semula untuk ke Night Market. Pemandu kami telah membawa kami ke Noon Night Market. Sebenarnya dekat-dekat jer Noon Night Market tu dengan Angkor Night Market dengan lagi satu Night Market yg aku tak ingat namanya. Dekat jugak dengan Pub Street. Kebanyakan barang yang diniagakan di sini adalah pakaian, barang perhiasan, cenderahati dan yang seumpamanya. Tempat-tempat urut juga banyak kepada mereka yang nak massage. Harga massage ada yang semurah USD1 (urut kaki). 

 
 
Shopping kat Night Market

Kami menjelajah kedua-dua night market itu dan akhirnya terbelilah t-shirt dan cambodian pants. Harga kami dapat lebih kurang USD2 untuk t-shirt dan pants tersebut. Pepandailah bargain yer. Kebanyakkan peniaga di sini boleh berbahasa Inggeris, cuma paham tak paham jer lah dia cakap aper. 

'Do you want to buy something lady?...'


... bersambung