29 July 2015

747 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2015

14 Julai 2015, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri sudah berusia 7 tahun. Sudah 7 tahun aku menulis kisah-kisah aku. Sekali-sekala aku baca semula apa yang telah aku coret, tatkala itu jugalah fikiran melayang ke masa itu. Kalau lucu, aku tersenyum sendirian. Kalau sedih, aku menangis sendirian. 

Seawal aku memulakan blog ini, tak terfikir pon yang aku boleh bertahan selama ini. Pernah sekali aku meninggalkannya agak lama, kemudian susah aku nak memulakannya kembali. Aku paksakan juga untuk menulis, agar aku tidak lupa. Aku sudah tua, semakin dimamah masa. Fikiran pon dah tak boleh nak ingat perkara-perkara macam ni. Maka, dengan cara ini sahaja bagi aku mengenang kisah-kisah aku. Biar kisah ini sahaja yang aku tinggalkan untuk mengabadikan aku di dunia ini.



#SalamSayang

27 July 2015

746 : Riang Ria Aidilfitri 2015 (Episod 2)

4 Syawal yang lepas, aku masih lagi bercuti Hari Raya. Dikesempatan itu, seorang rakan telah mengajak aku beserta tiga orang rakan yang lain untuk berkelah di Air Terjun Sungai Chamang memandangkan dia tak pernah sampai lagi ke kawasan perkelahan itu. 

Seperti yang dijanjikan, rakan itu datang berdua sahaja ke rumah aku pada pagi Isnin itu. Seorang rakan lagi tidak dapat turut serta. Kami seterusnya pergi ke rumah sorang lagi rakan di Bandar Baru Selayang. Makanya kami berempat sahaja pada hari itu. Kami singgah sebentar di Restoran Maju Meera, Bandar Baru Selayang untuk bersarapan pagi sebelum memulakan perjalanan dan singgah pula di Shell MRR2 untuk membeli sedikit jajan untuk dibawa bersama.

Kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ramai juga pengunjung pagi itu, meleset sungguh tekaan kami di mana takkan ramai orang pagi itu. Setelah memilih port yang sesuwai, kami pon memulakan aktiviti mandi manda dan berendam. Ini merupakan kali kedua aku berkunjung di sini dan bagi rakan aku yang dua orang lagi, ini merupakan kali pertama.

Air Terjun Sungai Chamang, Bentong, Pahang

Setelah puas berendam dan badan dah mula rasa kesejukan, kami pon naik ke tebing dan bersiap untuk ke destinasi kami yang berikutnya, Genting Highlands. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami bergerak meninggalkan kawasan Air Terjun Sungai Chamang itu. Perjalanan kami agak lama disebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin ramai orang kampung sudah mula pulang ke KL.

Kami berhenti di R&R Genting Sempah untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan selepas itu. Kami tiba di puncak Genting Highlands lebih kurang pukul 6.00 petang. Baru aku tahu yang outdoor theme park sudah pon ditutup dan akan digantikan dengan The 20th Century Fox Theme Park yang akan dibuka pada tahun 2016, katanya. Dah lama sangat aku tak ke Genting. Tak ingat dah kali terakhir aku naik pada tahun bila. Di atas sama kami hanya lepak-lepak menikmati udara yang sejuk. Tapi malam itu, takde lah sejuk sangat suhunya. 

Semalam di Genting Highland 

Kami makan malam di sebuah kedai mamak di atas sana sebelum turun dan balik menuju KL lebih kurang pukul 9.00 malam.


#SalamSayang

25 July 2015

745 : Riang Ria Aidilfitri 2015

Masih belum terlambat lagi rasanya nak cerita pasal hari raya. Bak kata orang, raya kan sebulan. Selagi tak cukup sebulan, selagi tu lah orang tak habis-habis pi beraya walaupon puasa mereka tak cukup pon sebulan. Ntah-ntah puasa yang lepas-lepas pon belum berganti lagi. Huh...

Hari terakhir bulan Ramadhan

Aku masih lagi bertugas seperti biasa. Di pejabat cuma ade 2 orang sahaja. Yang lain samada telah pon bercuti atau menghilangkan diri. Maklumlah, bos-bos semua sudah bercuti, makanya kami beraya sakan di pejabat. Mood wat keje memag sudah ke laut, jadi masing-masing wat keje sendiri. Menunggu pukul 1.00 petang terasa amat lama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami mendapat cuti separuh hari hari ini. Sebab tu aku tak mengambil cuti pada hari ini.

Pukul 1.00 petang aku terus cabut, nak tunggu aper lagi. Selamat hari raya kepada semua. Sampai rumah, kakak dan adik bersama keluarga masing-masing sudah sampai. Kakak mengajak aku mencari dapur, since dapur yang ada di rumah sudah lama rosak. Maka keluarlah aku bersama kakak ke area Selayang Mall. Masuk dua kedai, akhirnya kami ambil sahaja apa yang ade. Tak banyak pilihan.

Aktiviti utama hari ini adalah untuk menyediakan juadah untuk hari raya. Kakak sebagai ketua chef tahun ini dibantu oleh suaminya, adik aku dan aku bercadang untuk menyediakan nasi impit (yang segera jer), kurma ayam, kuah kacang, rendang daging, kuah lodeh dan sambal sotong. Banyak sungguh plannya, sempat ke tu? Aku membantu sekadar yang mampu sahaja kerana memasak bukan kepakaran aku. At the end of the day, yang terhidang di meja untuk berbuka adalah nasi impit, kurma ayam dan kuah kacang sahaja. Itu jugalah menu berbuka puasa kami. Selepas berbuka aktiviti memasak diteruskan lagi dengan menu rendang daging.

Dalam pukul 10.00 malam, jemaah surau datang untuk bertakbir. Dah menjadi kelaziman di kejiranan ini setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha. Selepas jemaah surau beredar, kami beramai-ramai berkunjung pula ke rumah jiran hadapan. Dah biasa, setiap tahun kami mesti beraya ke rumah beliau untuk makan juadah paru beliau yang femes itu. Setiap tahun dia akan buat, tapi tahun ni memandangkan dia kurang sihat, maka dia sempat buat sedikit sahaja. Kami datang perhabiskan jer.. hahaha.

1 Syawal

Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, kami semua berkumpul di rumah. Aktiviti wajib di pagi Syawal macam ni adalah bersalaman dan bermaaf-maafan dan bergambar. Stereotype sangat kan. Tak banyak aktiviti menarik pagi ini, tetamu pon tiada yang berkunjung, mungkin kerana hari jumaat. Tengahari nanti, kaum lelaki akan mengerjakan pula solat Jumaat. 

Selepas solat jumaat, baru lah ada tetamu yang berkunjung, termasuk sahabat aku, datang bertiga mereka tahun ni. Tahun lepas pon mereka datang bertiga, tapi orang lain. Nampaknya mungkin rumah aku menjadi destinasi wajib mereka setiap kali raya. 

Bagi aku, raya kebelakangan ini mcm dah tak meriah. Mungkin sindrom dah tua kot, uhuks. Bebudak pon entah ke mana pergi nya, tak ramai plak yang datang macam dulu-dulu. Taknak collect duit raya ke, atau mereka sekarang lebih selesa duduk rumah tengok tv atau maen henfon jer. 

Walaupon tak ramai tetamu yang datang, juadah raya yang disediakan dah habis. Huh.. siapa lah yang membedalnya. Kami-kami ni lah yang dok umah, hahaha. Memandangkan itu, kakak terpaksa memasak lagi kerana ada tetamu yang nak datang. Kakak telah menyediakan kuah lodeh dan sambal sotong pula untuk makan dengan nasi impit yang masih banyak berbaki. 

2 Syawal

Pagi itu kami pergi menziarahi kubur ibu. Tak sesak kawasan perkuburan itu. Kami anak beranak dan bercucu mensedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yasin kepada ibu. Kubur ibu tetap bersih, setiap khamis ayah akan datang membersihkan kubur ibu. Pokok kaktus yang ayah tanam pon sudah besar dan cantik.

Pulang dari kubur ibu, misi kami nak cari durian. Dah lama mengidam masa bulan puasa, tapi tak dapat. Bukannya tak dapat, tapi perut susah untuk menerima makanan yang banyak masa bulan puasa. Malangnya, gerai-gerai di hadapan NSK yang aku lihat meriah menjual durian dan buah-buahan semuanya tutup. Singgah pula NSK, ada juga jual durian tapi tak banyak pilihan. Terpaksalah pendam dulu. Esok kite tengok lagi.

3 Syawal

Hari ini keadaan di rumah agak sibuk. Adik sudah mula memasak, katanya kawan dia nak datang. Ramai ke? Masak macam nak kenduri jer. Dalam pukul 1.00 petang, tetamu pon datang. Bukan sahaja kawan adik, rupanya kawan kakak pon datang sekali. Makanya, makanan yang disediakan tadi tak mencukupi, hahaha. Dipaksanya aku ke NSK membeli kuey teow untuk digoreng. 

Petang pula, misi mencari durian diteruskan lagi. Adik ipar cakap, kat area Greenwood ada orang menjual. Memula kami memang nak pergi sana, tetapi tengok depan NSK dulu kalau gerai kat situ dan bukak, beli kat situ je lah. Nasib kami baik, gerai depan NSK bukak dan kami singgah situ sahaja. Satu lori durian baru sampai, dijual satu beg plastik RM10. Sebab khuatir durian satu beg RM10 tu kurang elok, kami beli durian yang agak mahal sikit, dan beli juga durian RM10 tu. Habis jugak lah dalam RM80 beli durian sahaja. 

Malam itu kami kenduri makan durian. Alhamdulillah semua elok. Makan sampai tak termakan-makan. Last-last, simpan masuk peti ais jer.

4 Syawal

Hari ni aku dan 3 orang sahabat beraya di Genting Highlands. Huhu...


#SalamSayang

16 July 2015

744 : Satu Bulan Sudah Berlalu


Alhamdulillah, kalau takde aral melintang di mana-mana, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri paling awal esok. Pagi ini aku masih lagi bertugas di kantor. Sudah ramai yang bercuti, adalah dalam 3 orang sahaja di kantor di kala ini. Semangat keje tu memang dan takde, cuma datang jer tapi tak buat keje.. hehehe. Hari ni macam tahun-tahun sebelumnya, kami akan dapat bekeja 1/2 hari. Makanya pukul 1.00 petang nanti, kami bole balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang.

Bulan Ramadhan tahun ini, Alhamdulillah aku dapat menempuhnya dengan jayanya. Puasa masih lagi terpelihara dan tiada terkantoi di mana-mana. Adalah dalam dua tiga kali di mana kesihatan agak terganggu dan sedikit sebanyak mengganggu amalan puasa ku pada tahun ni. Untuk puasa tahun ni, aku banyak berbuka dengan membeli sahaja di param berhampiran rumah aku, kadang-kadang ke param Selayang Indah, kadang-kadang ke Selayang Mall dan kalau rajin ke param Jalan Kuching. Untuk makan seorang sahaja, nak masak memang malas dan tak pandai, makanya beli sahaja. Sepanjang aku membeli belah di param, semua makanan yang aku beli tiada yang mengecewakan walaupun harga agak mahal. Yang ketara nampaknya, kuih muih sekarang sudah dijual dengan harga 50 sen seketul berbanding 40 sen pada tahun-tahun sebelum ni.

Persiapan raya memang tak ada. Setakat beli kuih raya beberapa jenis sahaja. Baju melayu untuk raya, recycle yang tahun-tahun lepas punya jer. Ada lah dalam 4-5 pasang dalam almari tu, masih cantik lagi. Cume hari tu aku beli t-shirt 3 helai, itu pon t-shirt murah dalam RM20 sehelai. Jadilah..

Sempena hari lebaran yang bakal disambut esok, aku ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Muahh... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


#SalamSayang