28 June 2015

743 : Mari Menonton - Poltergeist

Semalam aku berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di panggung. Sebuah filem seram bertajuk Poltergeist. Filem ini pernah keluar pada tahun 1982. Aku pernah tengok tak tak ingat cerita dia camne. Dah lama sangat.

Poltergeist mengisahkan keluarga Bowen yang telah berpindah ke sebuah rumah di kejiranan baru. Tanpa mereka sedari, kawasan tersebut adalah sebuah kawasan perkuburan yang dikatakan telah dipindahkan oleh pihak developer. Maka terjadi beberapa perkara ganjil kepada anak mereka. Pada suatu malam semasa ketiadaan Encik dan Puan Bowen, anak-anak mereka sekali lagi telah diganggu dengan teruk sehingga anak bongsu mereka Maddy telah dicolek dan dibawa ke alam yang satu lagi.

Dengan bantuan seorang profesor kolej dan seorang pemburu hantu, mereka berusaha untuk membawa kembali Maddy ke pangkuan keluarganya semula. Bagaimanakah kesudahan kisah ini? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda. Aku taknak la potong stim kalau korang tau endingnya macam mana. Heheheh

Bagi aku filem ni biasa-biasa sahaja. Elemen seram dan suspen yang tidak keterlaluan. Tapi endingnya agak kurang menarik.


#SalamSayang

27 June 2015

742 : Seminggu Sudah Ramadhan Berlalu

Seminggu sudah Ramadhan berlalu, Alhamdulillah puasa aku masih lagi terpelihara. Kehidupan seperti biasa tetap dijalankan demi tanggungjawab cuma masa sahaja yang berubah. Sebelum ini, kehidupan rutin aku akan bermula dari aku celik mata pada pukul 6.15 pagi, siap-siap semua dan bergerak ke kantor lebih kurang 6.45 pagi. Tapi di bulan Ramadhan ini, aku akan bangun lebih kurang pukul 4.30 pagi untuk bersahur, kemudian tidak akan tidur kerana takut terlajak. Siap-siap semua dan bergerak ke kantor lebih kurang pukul 6.15 pagi bagi mengelak kesesakan lalulintas. Alhamdulillah, tak sesak mane pon jalan time-time itu. Sempat la sampai kantor dalam pukul 7.00 pagi.

Rutin di kantor sebelum ini bermula pukul 8.00 pagi, tetapi di bulan puasa ni aku memilih untuk masuk bertugas pada pukul 7.30 pagi maka dapat lah balik pada pukul 4.00 petang. Waktu rehat tengahari diperuntukkan 1/2 jam sahaja dari pukul 1.30 hingga 2.00 petang. Mengantuk memang tidak dapat dielakkan. Kalau kat opis lama, ada jugak la port tidor, setiap pukul 10.00 pagi, aku mesti mengulor sekejap pi tidor. Tapi opis baru ni takde. Nak tak nak, tersengguk-sengguk kat meja. Pernah gak kantoi ngan kawan cubicle sebelah.

Cukup time, pukul 4.00 petang aku cabut terus sebab nak elak kesesakan. Kalau lambat, silap-silap dalam UM sendiri makan masa 1/2 jam nak sampai pintu keluar. Alhamdulillah, jalan tak sesak mana, bole le sampai rumah dalam kul 5.00 petang. Aktiviti wajib sebelum sampai rumah adalah singgah di PaRam (Pasar Ramadhan). Untuk anak yatim yang berkelana di kotaraya macam aku ni, beli je lah. Nak masak sendiri pon macam tak ekonomik dan membazir tenaga yang terbatas. Walaupon orang cakap makanan kat param mahal, aku takde pilihan. Beli pon seadanya, nasi dua bungkus, satu untuk berbuka dan satu untuk sahur dan makanan sampingan sedikit. Cukup lah tu. Air buat sendiri. 


#SalamSayang

21 June 2015

741 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1436 (Episod 6)


Alhamdulillah, umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa pada hari Khamis lepas, 18 Jun 2015. Hari ni sudah masuk hari yang ke-4. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerna kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini. Dikesempatan ini, aku rasa masih belum terlewat untuk aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada (memang ada) salah dan silap aku di sini atau di mana-mana sahaja, sengaja atau tidak. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat, kurnia dan kenikmatanNya sempena bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa semua.


#SalamSayang

11 June 2015

740 : Mari Menonton - Jurassic World

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam bertajuk Jurassic World. Kepada peminat filem Jurassic Park, Jurassic Park: The Lost World dan Jurassic Park III, anda kena tonton filem ini.

Jurassic World mengisahkan bagaimana pulau Isla Nublar, pulau di mana Jurassic Park pernah dibina, dibangunkan semula dan menjadi sebuah taman tema yang menarik ramai pengunjung. Disamping menjadi sebuah pulau taman tema, Isla Nublar juga merupakan sebuah makmal untuk mencipta baka dinosaur baru untuk dijadikan tarikan di taman tema Jurassic World itu. 

Nak dijadikan cerita, seekor dinosaur baka baru yang diberi nama saintifik Indominus Rex telah berjaya melepaskan diri dari kurungannya dan mula membunuh semua orang yang memburunya. Disamping itu, Indominus Rex juga membunuh semua dinosaur lain yang terdapat di taman itu. Keadaan huru hara terjadi di taman tema itu dan semua pengunjung cuba untuk diselamatkan dari pulau itu. 

Setelah, misi untuk memburu haiwan itu secara ketenteraan gagal, pihak taman mula menggunakan dinosaur jenis Raptor untuk mengesan Indominus Rex itu dengan bantuan hero filem ini, Owen. Malangnya, Raptor-Raptor itu telah bekerjasama dengan Indominus Rex untuk mengacau bilaukan lagi keadaan. 

Bagaimanakah pengakhiran filem ini? Dapatkan Indominus Rex dan kuncu-kuncunya si Raptor ditewaskan? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda sementara ia masih hangat.

Bagi aku, filem ini agak slow diawalnya dan menarik ditengah dan akhirnya. Endingnya tak berapa best.. tp kira oklah... Berapa bintang ya...?? 3.5/5 bintang..


#SalamSayang