31 May 2015

739 : Sepetang Di Air Terjun Sungai Chamang

Semalam aku berkesempatan untuk bersantai di Sungai Chamang di daerah Bentong, Pahang. Aku diajak oleh seorang sahabat untuk ke sana. Sebelum ini aku tak pernah pon dengar pasal kawasan air terjun Sungai Chamang ni. Aku pon maen follow je lah.

Dalam pukul 2.30 petang kami memulakan perjalanan dari Selayang ke Bentong. Perjalanan dijangka memakan masa 1 jam. Tempatnya tidak susah nak cari, guna Lebuhraya Karak, masuk ke Bentong. Teruskan perjalanan ke pekan Bentong. Melepasi pekan Bentong, kite akan sampai di satu tempat bernama Chamang. Ada signboard kat situ ke kawasan air terjun. Dalam 5-6km selepas melalui jalan kampung yang kecil dan berliku-liku, sampailah di kawasan air terjun itu.

Air Terjun Sungai Chamang. Menjelang lewat petang, airnya makin deras. Nampak macam air paip bocor jer melimpah.

Kawasan nya bersih dan masih lagi terpelihara nampaknya. Tak ramai pengunjung masa tu, mungkin ramai yang dah balik. Yang ramai cume geng motor, kebetulan ade Bentong Motor Show kat pekan Bentong. Di sana terdapat kemudahan bilik persalinan dan tandas, kawasan perkhemahan pon ada. Tempat nak mandi manda pon banyak. Masa kami sampai tu, air tengah deras, memang syok dapat berendam.

Masa kami tengah syok-syok berendam macam badak berendam, tiba-tiba berlaku kekecohan di seberang sungai sana. Tak pasti ape yang berlaku, tapi melihat kepada keadaannye, macam ada orang yang lemas. Tapi kami tak pasti sebab orang yang membantu buat Chest Compression pon macam nak tak nak jer. Pastu ade dua tiga orang laen sibuk dok gosok-gosok tapak kaki mangsa. Aku ni tau jugak la step-step CPR, tapi bab gosok-gosok kaki tu aku tak belajar lagi. Agak lama jugak la kekecohan itu berlaku. Kemudian kami tengok mangsa di bawa ke atas.

Berita lanjut mengenai mangsa yang kami dapat semasa kami ke tandas, mangsa telahpon sedar, Alhamdulillah. Mangsa telah dibawa dengan menggunakan ambulan ke hospital. Syukur, ade geng dalam geng motor itu yang bekerja sebagai seorang nurse.

Dalam pukul 6.00 lebih, kami bergerak pulang. Kami singgah di Bentong Motor Show untuk melihat ape-ape yang menarik. Kami makan malam di sana jugak.

Kesimpulannya, kawasan air terjun Sungai Chamang sangat best.


#SalamSayang

30 May 2015

738 : Bye-Bye Samsung Galaxy, Hello Asus Zenfone

Setelah 3 tahun menggunakan Samsung Galaxy S2 aku telah bertukar kepada satu henfon yang baru. Mungkin dah sampai masanya untuk menukar kepada henfon yang baru since Samsung Galaxy sekarang ni pon dah sampai ke model S6, silap-silap tahun depan keluar S7 plak. Iphone pon dah sampai 6, takkan aku nak berada di takuk 2 sahaja.

Sebenarnya bukan satu keperluan pon bagi aku untuk menukar kepada henfon baru, tapi S2 aku tu rasanya dah tak sedap untuk digunakan, asik hang jer sampai nak bukak whatapps pon selalu sangat keyboard dia tak kuar, terpaksa lah restart. Itu tak termasuk yang dengan sesuka hati dia jer nak hang tak tentu pasal. Sungguh menguji kesabaran, kalau diikutkan hati dah lama aku rendam dalam akuarium rumah aku ni, biar jadi tukun. Nasib baik tahap kesobaran aku masih tinggi dan dapat bertahan sehingga minggu ini di mana aku telahpon mendapatkan untuk diri aku sebuah henfon yang baru.

Kali ini aku mencuba jenama dan model yang lain yang tidak pernah aku gunakan, Asus. Nama macam tak glemer jer, tak gah seperti Samsung dan Iphone. Walau bagaimanapun, dengan spec yang bole tahan hebatnya dan harga yang mampu milik, aku rembat la sebuah. InsyaAllah, akan gunakannya untuk selama yang mungkin. 


#SalamSayang

19 May 2015

737 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 6)


Terima kasih kepada syarikat penerbangan kesukaan rakyat Malaysia, Air Asia kerana membuat promosi harga tiket RM1 tidak lama dulu. Jesteru, aku tidak mahu melepaskan peluang yang diberi itu kerana sudah lama aku kebutuhan untuk pergi bercuti. Lantas terus saja aku membuat tempahan online ke satu destinasi antarabangsa yang sangat-sangat kepingin aku kunjungi. Alhamdulillah, kalau tiada aral yang melintang di mana-mana, dapatlah aku bercuti pada bulan September nanti.


Sebelum ini aku sudah pon merancang untuk ke tempat itu, tetapi kecewa kerana perancangan itu terpaksa aku batalkan atas sebab-sebab yang aku rasa disengajakan oleh pihak yang satu lagi. Oleh itu, adalah baiknya aku merancang sendiri mana-mana percutian aku yang akan datang. Setidak-tidaknya, kalau terbatal pun, itu atas sebab-sebab sendiri dan tidak menyakitkan hati.

Tak sabar nak tunggu bulan September nanti.


#SalamSayang