25 March 2015

732 : Clash Of Clans - Terjebak Juga Aku Akhirnya

Gambar ehsan google.com

Clash of Clans atau singkatannya COC dah lama dah orang main. Dulu masa mula-mula diperkenalkan, teringin jugak nak main tapi bila cuba install di hp, tak boleh. Tak tahu lah kenapa, mungkin hp aku tak bole support application dia kot. Maklumlah, hp sudah ketinggalan zaman. Aku pendam sahaja lah hasrat aku nak main COC tuh sehinggalah seorang sahabat memperkenalkan satu game seakan-akan COC. Aku tak ingat plak aper nama game tu, tapi ade perkataan clans jugak lah. Memang sebijik macam COC. Pada mulanya seronok jugak lah maen sampai ke suatu masa ia menjadi bosan setelah nak upgrade satu-satu building pon amik dalam 2-3 hari. Jenuh nak menunggu. Akhirnya, aku tinggalkan jer game tu dan kemudian uninstall dari hp aku.

Kemudian seorang sahabat laen mengajak plak aku maen COC ni. Katanya bole maen dekat pc, cuma perlu download application Bluestacks secara percuma dan semua game yang hanya bole maen dalam hp boleh di main menggunakan pc. Aku pon install je lah since beliau beriya-iya mengajak aku join clannya yang ado itu. Memandangkan aku pernah bermain game yang seakan-akan COC ni dulu, maka takde masalah untuk aku memahami basic permainan ni. Maka dengan itu, terjebaklah aku di arena COC ni walaupon tak berapa aktif.

Wat masa sekarang ni level aku takde tinggi mane pon, rasanya tahap-tahap beginners jer. Walau bagaimanapun, village aku banyak kali di serang dan banyak kali jugaklah dapat menangkis serangan-serangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Tak tau sampai bile nak teruskan bermain game ni. Sebab utama, nak upgrade satu-satu building sudah pon mengambil masa 1-2 hari. Kutipan gold yang ciput setiap hari menyebabkan banyak projek-projek pembangunan di village aku tertangguh...


#SalamSayang

23 March 2015

731 : Pisang Goreng Cheese, Sedap Ke?

Sekarang ni popular betul Goreng Pisang Cheese ni di Malaysia. Kadang-kadang di satu tempat tu ade 2-3 orang menjual pisang goreng ni. Pada sesiapa yang tidak tahu, pisang goreng cheese ini adalah pisang goreng biasa yang ditabur dengan keju shredded dan coklat cair, susu cair kemudian ditabur pula dengan chocolate rice, macam gambar di bawah ni. Versi ini yang aku penah nampak dan makan. Ada satu versi lagi, depa hanya letak shredded cheese sahaja. Sebungkus aku beli dulu RM5.

Gambar ehsan Google.com 

Sedap ke? Bagi aku, tak sedap!! Ha ha ha. Bole la makan, tapi aku tak berapa minat. Sedap lagi pisang goreng biasa yang boleh aku katakan sukar diperolehi sekarang ni.

Sebenarnya sebelum benda ni meletup di Malaysia, aku sudah pon merasai pisang goreng cheese ni terlebih dahulu di negara jiran, Indonesia semasa aku melancong dan melencong di Medan pada tahun 2011. Aku merasainya di Danau Toba International Cottage. Tapi pisang goreng cheesenya taklah semeriah pisang goreng cheese di Malaysia ni. Walau bagaimanapon, pisang gorengnya sedap!!

Pisang Goreng Cheese di Indonesia

Jangan pulak pasni orang-orang Indonesia berdemo depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta agar Malaysia tidak menjadikan Pisang Goreng Cheese ini milik Malaysia.

#SalamSayang