28 February 2015

730 : K.U.P

KUP... Kepada mereka yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam pasti tahu akan istilah ini. Alhamdulillah, semalam aku telah menerima sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia yang menawarkan aku kenaikan pangkat secara KUP ini dan dengan segera aku menerima penawaran itu tanpa banyak bicara. Setelah berkhidmat selama 13 tahun genap pada 15 November 2014 lalu dan terpaksa menempuhi beberapa masalah diawalnya, proses pemberian status KUP kepada aku ini dipermudahkan. 

Ini bole juga dianggap sebagai hadiah hari lahir aku kerana pada hari ulang tahun kelahiran aku beberapa hari lepas, beberapa orang rakan sepejabat tiba-tiba mengucapkan tahniah kepada aku tanpa memberi tahu aku yang ucapan tahniah itu untuk apa (mereka tak wish happy birthday pon pada aku, sob.. sob.. sob...). Siap suruh aku belanja mereka makan di Hotel Armada PJ lagi. Walaupon aku boleh mengagak perkara ini, tapi aku layan kan aje usikan mereka itu. Sehinggalah pagi semalam, pegawai aku panggil mengadap dan memaklumkan perkara ini kepada aku.

Pemberian status ini juga datang bersama beban tugas tambahan yang terpaksa aku tanggung. Tapi alhamdulillah tugas tambahan yang diberi tidaklah seberat mana cuma yang aku tak berapa berkenan bila mana aku turut akan terlibat dalam beberapa mesyuarat peringkat jabatan (i hate meeting!!). 

Apa-apa pon, seorang sahabat pernah berkata kepada aku, 'Jangan menyesali rezeki yang kita dapat'.


#SalamSayang

24 February 2015

729 : Happy Birthday

Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga telah berkumpul di Restoran Padi House Putrajaya untuk makan bersama. Saja berkumpul satu famili untuk merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga. Abang datang bersama keluarganya, kakak dan adik juga datang bersama keluarga masing-masing. Aku datang bersama ayah dari rumah kakak. Kami makan hidangan yang ada di sana. Masing-masing mengorder western italian dan aku memilih local memandangkan aku tidak berapa minat Italian food. Alhamdulillah, kenyang perut. Terima kasih kepada yang belanja.

Kemudian kami membuat sambutan hari lahir secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga yang lahir dalam bulan Januari dan Februari. 4 orang kesemuanya. Anak buah yang kecil berumur 4 tahun yang lahir dalam bulan Januari, seorang lagi anak buah berusia 17 tahun lahir pada awal Februari, abang ipar yang dah masuk 4 series lahir pada akhir Februari dan aku yang akan menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 pada esok hari. Kami beli 5 pieces of cakes dan makan beramai-ramai. Takde tiup-tiup lilin. Majlis yang ringkas dan sederhana tetapi meriah. 

Selamat Hari Lahir kepada semua. Semoga dikurniakan Allah segala nikmat kehidupan di dunia dan akhirat. InsyaAllah. 



#SalamSayang

21 February 2015

728 : Langkawi Sekali Lagi (Episod Akhir) - Untuk Jamuan Mata Sahaja (Episod Tiga)

Untuk jamuan mata sahaja. Makanan-makanan yang dinikmati semasa percutian di Langkawi tempoh hari.


  1. Sotong Goreng Tepung - Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang
  2. Siakap Tiga Rasa - Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang
  3. Chicken Chop - EE Burger Trimula Cafe, Kuah
  4. Double Chicken Special Burger - EE Burger Trimula Cafe, Kuah
  5. Clam Chowder - EE Burger Trimula Cafe
  6. Spegetti Bolognese - EE Burger Trimula Cafe


  1. Menikmati malam malam di Restoran Haji Ramli
  2. Char Koay Teow - EE Burger Trimula Cafe
  3. Laksa Kaw Ikan Sekoq - Kedai tepi pantai sebelah Lapangan Terbang
  4. Sarapan pagi kat sebuah kedai makan di Pantai Cenang
  5. Menikmati makan tengahari kat kedai tepi pantai sebelah Lapangan Terbang
  6. Cendul pulut - Kedai tepi pantai sebelah Lapangan Terbang


#SalamSayang

16 February 2015

727 : Langkawi Sekali Lagi (Episod Ketiga) - Korban Si Dayang Bunting

... sambungannya

Hari ketiga merupakan hari terkahir kami di Pulau Lagenda ini. Aktiviti hari ini adalah island hoping. Ini merupakan kali ketiga aku menyertai island hoping ni dah tau sangat dah itinerary nye. Makanya tak perlulah cerita dengan lebih detail. Sebelum kami keluar, kami terpaksa berpindah ke sebuah bilik memandangkan homestay yang kami duduki itu akan dimasuki oleh penghuni lain. Dengan baik hatinya, tuan punya homestay membenarkan kami untuk menggunakan bilik itu sehingga petang nanti.

Kami singgah di sebuah kedai makan di Pantai Cenang untuk bersarapan pagi. Menu pagi ini adalah Malaysian Style mengikut selera masing-masing. Ada yang amik mee hoon goreng, ada yang amik mee sup dan aku pula amik nasi lemak bungkus tambah telur dan sambal kerang. Lebih kurang pukul 9.00 kami menuju ke Langkawi Underwater World menunggu seseorang yang akan membawa kami ke jeti island hoping. Brother tu sampai tidak lama selepas itu dan kami di bawa ke kawasan pantai di Teluk Baru untuk menaiki bot untuk aktiviti island hoping. Cuma 9 orang penumpang bot itu, kami berenam dan 3 orang pelancong K-Pop.

Destinasi pertama kami adalah Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. Kami di beri masa satu jam di sini. Ketika kami berada di sini telah berlaku satu kecelakaan di hadapan kami. Seorang pengunjung telah mati lemas di Dayang Bunting. Si Dayang Bunting meragut satu lagi nyawa. Walaupon berlaku di hadapan aku, tetapi aku tak nampak apa yang berlaku. Yang sedar adalah seorang rakan yang duduk di belakang aku. Dia mengatakan bahawa ada seseorang telah tenggelam dan tidak timbul-timbul. Kami menyangkakan yang dia hanya bergurau, memandangkan teman wanita semangsa pon tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada awal kejadian itu.

Selepas beberapa ketika, aku perhatikan yang teman wanita si mangsa mula cuak dan mula meminta tolong dari seseorang (aku rasa dia ahli Pertahanan Awam.. tak tau lah). Dia mula menangis. Tiada tindakan segera yang diambil ketika itu. Melihat keadaan itu, kami telah meminta seorang rakan yang boleh berenang untuk memberikan bantuan. Dia segera ke sana, menyelam dan timbul semula selepas beberapa ketika. Kemudian mencuba lagi beberapa kali tetapi tidak berjaya. Rakan kami itulah yang pertama memberi bantuan kemudian beberapa orang pengunjung lain cuba membantu tetapi masih tidak berjaya.

Keadaan menjadi sedikit kecoh bila lebih ramai pengunjung yang datang. Aku rasa kebanyakkan pengunjung yang ada di sana tidak tahu apa yang berlaku. Lebih kurang 30 minit berlalu, tiada apa-apa tindakan dan usaha menyelamat yang dilakukan. Aku menjangkakan yang mangsa sudah pon meninggal dunia. Sehingga kami beredar, masih tiada tindakan yang dilakukan termasuklah crowd control.

Tak guna untuk menyalahkan sesiapa kerana kejadian telah berlaku. Pertama, si mangsa tidak memakai life jacket dan tak tahu pulak si mangsa tu boleh berenang atau tidak. Kedua, tiada emergency response team di tempat itu. Sepatutnya tempat kunjungan pelancong macam ni sekurang-kurangnya sediakanlah seorang life guard. Ketiga, khabarnya tiada kelengkapan di sana untuk melakukan usaha-usaha menyelamat segera. Mungkin selepas ini ada usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan keselamatan setiap pengunjung di sini, sekurang-kurangnya ada jugak usaha menyelamat dilakukan, tak lah mati katak macam mangsa tu.

(Khabarnya berita ni dah keluar dalam paper dan berita tv. Katanya si mangsa adalah warganegara Taiwan dan teman wanitanya rakyat tempatan. Pihak bomba dan penyelamat hanya sampai ke tempat kejadian lebih dari 1 jam dan mangsa di jumpai di dasar tasik pada kedalaman 10m)

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan syabas kepada sahabat aku Shafiq atas usaha beliau untuk membantu.

 Gambar-gambar semasa island hoping

Gambar-gambar di Pulau Dayang Bunting dan eagle feeding di Pulai Singa Besar

Kami meninggalkan Tasik Dayang Bunting dengan perasaan sedih, walaupon si mangsa bukan orang kita, sebagai seorang insan perasaan itu tetap ada. Destinasi berikutnya adalah ke Pulau Singa Besar untuk menyaksikan eagle feeding dan kemudian ke pulau Beras Basah untuk aktiviti pantai. Aktiviti di kedua-dua tempat ini biasa sahaja. Bagi aku yang dah beberapa kali datang, boleh dikatakan agak membosankan. Kami menamatkan aktiviti island hoping kami lebih kurang pukul 12.30 tengahari dan terus kembali ke penginapan kami untuk berehat.

Kami check-out dari penginapan kami lebih kurang pukul 3.00 petang dan terus mencari kedai untuk makan tengahari. Untuk tengahari itu kami singgah di sebuah kedai makan di kawasan airport untuk makan tengahari. Kebanyakan lauknya sudah habis, disebabkan sudah lapar dan malas nak cari kedai lain, kami makan sahaja aper yang tinggal, iaitu ikan bakar. Harga nasi dengan kuah, ikan cencaru bakar saiz agak besar dan minuman, RM9... bapak mahal.

Disebabkan tidak puas hati makan di situ, kami menuju pulak ke kawasan Laksa Power sebelah lapangan terbang untuk makan lagi. Ada diantara kami yang order laksa kaw ikan sekoq, rojak buah yang tak sedap, air kelapa dan cendol. Penuh perut selepas itu. 

Sementara menunggu waktu untuk check-in di lapangan terbang untuk penerbangan balik kami pada pukul 8.50 malam nanti, kami ke pekan Kuah sekali lagi. Sengaja untuk menghabiskan masa dan wang sekali lagi. Dalam pukul 6.00 petang kami menuju ke lapangan terbang.

Kapalterbang meninggalkan Langkawi lebih kurang pukul 9.00 malam dan kami selamat tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, trip ini sangat menyeronokan.... !!


#SalamSayang

12 February 2015

726 : Langkawi Sekali Lagi (Episod Kedua) - Bergumbira Bersama Anak - Anak Ikan

... sambungannya

Seawal pukul 6.30 pagi kami telah bangkit dari lena malam, walaupon tidor tak berapa nak lena. Aktiviti pagi ini bermula agak awal. Lebih kurang pukul 8.00 pagi kami telah bergerak ke pekan Kuah untuk menaiki feri ke Pulau Payar bagi aktiviti snorkling. Kami diminta untuk berkumpul di jeti selewat-lewatnya pukul 9.15 pagi. Kami singgah di sebuah kedai untuk bersarapan pagi. Menu sarapan pagi kami pagi itu adalah roti canai, roti telur dan roti tampal. Sedap pulak roti panas-panas tu. Pukul 9.00 pagi kami bergerak ke jeti. Sempat lagi kami membeli sedikit bekalan untuk dibawa bersama.

Pukul 9.15 kami bergerak ke feri secara berkumpulan ada lah dalam 60 - 70 orang dan feri berlepas lebih kurang pukul 9.30 pagi. Perjalanan ke Pulau Payar mengambil masa 1 jam dan kami tiba lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kami terus dibawa menaiki bot yang lebih kecil untuk ke pantai manakala kebanyakkan dari kami memilih pakej platform. Sedikit taklimat diberikan sebelum semua orang dibenarkan menjalankan aktiviti masing-masing.

Ok.. layan gambar yang menunjukkan kegembiraan kami di sana.

 Baru tiba di Pulau Payar Marine Park

 Aktiviti snorkling dan bermain dengan anak-anak ikan

 Gambar beberapa orang ekor anak ikan yang berjaya di rakam

Pukul 1.00 tengahari kami dipanggil untuk mengambil makan tengahari yang telah siap dibungkus untuk kami. Untuk makan tengahari itu, kami dapat nasi goreng, ayam goreng, fries, timun dan daun salad, oren sebijik, air tin dan air mineral. Kenyang alhamdulillah walaupon tak berapa nak sedap, tapi habis gak aku makan.

Pukul 2.15 petang kami bersiap-siap untuk pulang dan feri bergerak meninggalkan Pulau Payar lebih kurang pukul 3.00 petang.

Kami terus pulang ke homestay untuk berehat. Pukul 6.30 petang kami keluar semula untuk aktiviti shopping pula. Kami telah pergi ke Kompleks HIG untuk memborang coklat dan sebagainya. Punyalah lama aku tak ke Langkawi sampai HIG sekarang dah ada kompleks dan hotel lagi. Aku ingatkan diaorang nak pi kedai HIG yg buruk tu. Aku hanya shopping coklat dan beli beberapa helai tuala dengan harga lebih RM200. Beli tak seberapa pon sampai RM200++.

Selesai aktiviti shopping, kami ke EE Burger Trimula Cafe untuk makan malam. Untuk makan malam, kami  memilih menu mengikut selera sendiri. Untuk aku, Double Chicken Burger. Kawan-kawan lain pula memilih nasi goreng kampung (kampung sangat makan nasi goreng... hahaha), lamb chop, chicken chop, clam chowder dan char koay teow. 

Makan malam di EE Burger Trimula Cafe, Kuah


... bersambung

08 February 2015

725 : Langkawi Sekali Lagi (Episod Pertama)

Percutian pembuka bagi tahun 2015 ini adalah ke Langkawi. Disebabkan kawan-kawan yang nak pegi, aku follow jer, walaupon kalau boleh aku tak mahu pergi Langkawi lagi. Apa-apa pon aku menjadikan percutian ini satu percutian yang menyeronokkan.

Kami berkumpul seramai enam orang di Stesen KLIA Transit Putrajaya pada pukul lebih kurang 4.00 pagi. Train KLIA Transit dijangka tiba di stesen itu lebih kurang 10 minit sebelum pukul 5.00 pagi. Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 7.30 pagi di KLIA2. Train sampai tepat pada masanya dan kami tiba di KLIA2 lebih kurang 5.10 pagi. Sementara menunggu masa berlepas, kami sarapan pagi dahulu di Old Town White Coffee. Kami masuk ke Balai Berlepas lebih kurang pukul 6.30 pagi.

AK6309 berlepas meninggalkan KLIA2 tepat pada masanya. Flight penuh dengan penumpang tapi cuma aku seorang saja di barisan seat yang aku duduk. Mengantuk disebabkan pukul 3.00 pagi sudah kene bersiap, tapi mata tidak mahu tidor sepanjang perjalanan. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi satu jam selepas itu. Disebabkan kami tiada luggage, maka kami keluar cepat sahaja. 

10 minit kemudian kenderaan kami booking untuk sepanjang kami di sini tiba dan kami dibawa ke homestay yang kami akan menginap selama 3 hari 2 malam yang terletak di Kedawang. Kami dibenarkan untuk check-in awal. Homestay yang kami booking, Safia Homestay mempunyai 3 bilik tidor dan 1 bilik air dan satu bilik tandas. Kondisi sangat baik dan sangat bersih siap dengan kelengkapan asas. Terletak di kawasan kampung dengan permandangan bendang yang mendamaikan, jauh dari jalan raya.

Permandangan kampung dari belakang homestay kami. Mendamaikan

Lebih kurang pukul 10 pagi, kami keluar dan menuju ke Pantai Cenang untuk mencari pakej snorkling, tetapi kebanyakkan kedai yang menawarkan pakej ini masih tutup. Maka kami decided untuk datang semula pada malam hari dan kami menuju ke destinasi pertama kami, Langkawi Cable Car. Kami tiba di Langkawi Oriental Village lebih kurang pukul 10.00 pagi. Memandangkan ada weekly maintenance pagi itu, servis cable car hanya akan bermula pada pukul 12.15 tengahari. Makanya, terpaksalah kami melepak di bawah dahulu sebelum menunggu jam 12.15 itu. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami dipanggil masuk. Sementara beratur menunggu giliran, kami masuk ke Skydome untuk menyaksikan pertunjukan 3D yang boleh menyebabkan pening kepala. Tak payah masuk pon tak ape. Bayaran untuk SkyCab dan Skydome ini adalah RM30. Beratur untuk naik SkyCab tidak lah lama, nasib baik.. Hehehe.. Sesuatu yang sangat annoying di sini adalah di setiap tempat mereka nak kita amik gambar, sebelum nak masuk beratur pon kene amik gambar dulu, dalam skycab pon kene amik gambar, keluar skycab kat first station pon kene amik gambar lagi, kat top station pon kene amik gambar jugak, sampai aku tanya, 'kalau kami takmo amik gambar bole tak?' - tiada jawapan pada pertanyaan aku itu. Dan kami tak beli pon semua gambar-gambar dia. Adan uker..

 Gambar-gambar di Langkawi Cable Car - Gunung Matcingcang


Kami meluangkan masa sehingga pukul 1.30 di atas sana. Dan kami mengambil masa juga untuk bersiar-siar di bawah dan kami meninggalkan Langkawi Oriental Village lebih kurang pukul 2.30 petang. Kami menuju ke kawasan Lapangan Terbang untuk makan tengahari. Untuk makan tengahari itu kami telah makan nasi ayam golek yang tak sedap, laksa dan cendol. Nasib baik laksa dia sedap.


Selepas selesai makan tengahari, kami menuju ke destinasi seterusnya, Dataran Lang. Bukan buat aper pon, hanya nak bergambar dengan Encik Helang tu jer. Kemudian, kami balik ke homestay untuk berehat.

Dataran Lang, Langkawi

Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami keluar lagi dan menuju ke Pantai Cenang untuk mencari pakej snorkling. Kami masuk dan bertanya beberapa buah kedai dan rata-rata mereka menawarkan pada harga RM120 seorang untuk snorkling beach. Satu kedai lagi menawarkan RM135. Akhirnya kami decided untuk pergi ke kedai petama yang menawarkan RM120 seorang termasuk pengangkutan darat dan bot, peralatan snorkling dan packed lunch. Selesai urusan itu kami mencari tempat untuk makan malam.

Untuk makan malam hari itu, kami memilih untuk makan di Restoran Haji Ramli di Pantai Cenang. Banyak blog yang rekomen makan di sini, maka kami pon try lah. Menu makan malam kami, nasi putih, ikan siakap tiga rasa seekor, sotong goreng tepung 1kg, telur dadar 2 pinggan, kailan ikan masin 2 pinggan, tom yam ayam 2 mangkuk dan kerabu mangga 2 pinggan. Mewah makan malam kami, nasib baik servis pantas dan sedap. Harga semuanya, RM200++.

Makan malam di Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang

... bersambung