24 January 2015

724 : Hadiah Hari Lahir Yang Pertama Tahun 2015

Setiap tahun, Encik Lim Tayar tidak pernah tidak menghantar hadiah hari lahir kepada aku. Walaupon ulang tahun kelahiran aku pada tahun ini lebih satu bulan lagi tarikhnya. Seperti biasa, Encik Lim Tayar memberikan kupon percuma untuk 4 Off Wheel Balancing & Rotation Sevice yang akan expired pada 30 April 2015. Sebelum ini aku tidak pernah menggunakan pon kupon ini, rasa rugi plak. Tengoklah, kalau rajin, insyaAllah aku akan gunakan hadiah yang diberikan tahun ini.


Terima kasih Encik Lim.


#SalamSayang

21 January 2015

723 : Menuju Puncak - Bukit Broga

Sabtu lepas merupakan kali kedua aku ke Bukit Broga. Kali pertama aku cuba untuk sampai ke puncak Broga adalah pada September 2012 di mana aku gagal untuk sampai ke puncak. Kali ini aku berazam untuk sampai ke atas.

Pukul 4.30 pagi aku beserta seorang sahabat telah bergerak menuju Semenyih. Seorang kawan yang lain akan menunggu di Broga dan dua orang lagi akan tiba lewat. Kami bertiga bercadang untuk memulakan perjalanan kami ke puncak pada pukul 5.00 pagi dan dua orang kawan yang lewat tu akan mendaki pada pukul 6.00 pagi. Kami tiba lebih kurang pukul 5.00 pagi dan kawan aku yang sorang tu tiba tidak lama selepas itu. Kami mula bergerak lebih kurang pukul 5.30 pagi. Sudah agak ramai pengunjung yang mendaki ketika itu. 

Dengan keazaman yang tinggi, aku sampai juga di punjak lebih kurang pukul 7.00 pagi. Sempat kami menikmati permandangan matahari terbit dari puncak itu. Kawan aku yang dua orang lagi tu, khabarnya memulakan pendakian lebih kurang pukul 6.30 pagi dan tiba satu jam kemudian di atas.

Permandangan matahari terbit dari puncak Broga


Bersama kawan-kawan

Buat kali kedua ini, aku berjaya menawan puncak Broga. Hahaha ...


#SalamSayang

11 January 2015

722 : Selamat Tahun Baru 2015


Assalamualaikum, pembuka bicara untuk tahun 2015 ini. Sekejap saja rasanya, 2014 telah pergi dan 2015 sudah pon bermula. Terlambat sudah aku untuk mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun ini dilimpahkan dengan segala rahmat dan kurnia olehNya. Semoga tahun ini lebih baik, semoga tahun ini lebih ceria, semoga tahun ini lebih aman, lebih kaya dan sebagainya yang baik-baik. Semoga negara kita yang tercinta ini lebih aman dan dilindungi olehNya dari segala malapetaka dan kecelakaan.

Tahun 2014 rasanya permulaan kepada era kejatuhan semangat aku untuk berblog. Aku gagahkan juga untuk menghasilkan 50 entry sahaja tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mana entry aku melebihi 100. Bukan kekangan masa tetapi keterbatasan semangat untuk menulis walaupon aku mempunyai 1001 cerita yang boleh aku tulis di sini, walaupon pembacanya tidak seberapa mana. Tidak aku mahu untuk membiarkan blog aku ni tidak berpunya seperti blog kawan-kawan yang suatu masa dahulu meriah setiap hari. Ada sahaja entry yang aku dapat baca, ada sahaja entry baru setiap hari, ada sahaja entry yang perlu aku tinggalkan jejak dan akhirnya berlanjut-lanjut. Sekarang semua itu telah tiada. Kemeriahan alam blog yang aku lalui dahulu hanya menjadi kenangan. Kenangan yang cukup manis, setidak-tidaknya pada aku. Akan aku pertahankan blog aku ni walaupon hanya aku yang membacanya. Memang kena dengan namanya, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri..


#SalamSayang