27 October 2015

760 : Yang Pertama Dan Pasti Bukan Yang Terakhir

Beberapa bulan lepas sibuk abang, kakak dan adik aku mengajak aku join satu larian ni. Sememangnye mereka cukup aktif dengan aktiviti melarikan diri ni, cuma aku jer yang tak aktif. Aku berlari atas katil jer setiap hari kalau bole. Untuk tidak menghampakan mereka aku pon join la BSN Putrajaya Night Run itu. Aku pon kemudiannya meracun la sorang sahabat aku untuk join sekali, dan dia pon rela paksa join larian tu. Kami register untuk Fun Run jer, 5km. Belum mampoo lagi nak register untuk 10km, 21km mahupon marathon 42km. 

Menjelang hari larian tu, 24 Oktober 2015 lepas, aku makin teruja. Siap beli running shoe baru lagi walaupon hanya sepasang kasut chikai yang murah. Malangnya, larian itu terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur kerana masalah jerebu yang semakin teruk di Putrajaya. Kecewa aku sekejap, sia-sia sahaja aku merasa teruja. Walau bagaimanapun, kami masih lagi layak untuk menerima race kit dan medal untuk larian yang dibatalkan itu. 

Petang 23 Oktober 2015 itu, aku dengan sahabat aku ke Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya untuk mengambil race kit dan medal yang dijanjikan. Dapatlah t-shirt sehelai beserta baucer belian barangan Brooks, cermin mata liplapliplap, tali kasut liplapliplap dan bib nombor beserta medal. Berjaya juga aku dapat medal ini tanpa perlu bersusah payah berlari... ahaks...

Kemudian kami mendapat makluman dari pihak penganjur bahawa larian itu mungkin akan diadakan secara Fun Run pada tarikh yang telah ditetapkan dengan syarat IPU pada hari itu tidak melebihi 120. Tetapi pada petang 24 Oktober itu, nampaknya jerebu masih lagi menebal dan khabarnya pihak pengajur telah membatalkan larian itu. Oleh kerana aku telah berada di Putrajaya pada petang itu, aku hanya melepak sahaja di Alamanda sambil bermain boling. Dah lama tak main boling, dah hilang skill nampak nye. 

Malam itu, kami hanya melepak di hadapan Auditorium Cempaka Sari sambil menikmati milo, cereal dan air 100 plus yang diedarkan secara percuma. Ada juga peserta yang berlari nampaknya.

Inilah medal aku yang pertama di dalam aktiviti seumpamanya.

InsyaAllah, aku rasa nak teruskan aktiviti ni. Sekadar suka-suka jer. Ada 2-3 larian yang menarik perhatian kami dan dijangka kami akan register. Harap-harap takde yang dibatalkan lagi. 


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment