757 : Catatan Perjalanan - Siem Reap, Cambodia (Episod Akhir) - Kalau Tuan Mudik Ke Hulu, Carikan Saya Bunga Kemboja

11 September 2015 (Jumaat)

Hari terakhir kami di bumi Siem Reap. Hati mula sedih untuk menamatkan percutian kami. Banyak kerja yang menanti kami di tanah air, sesuatu yang kami tak suka sangat. Tapi kami terpaksa terima, rezeki kami di Malaysia, bukan di sini. Pagi itu kami tak ke mana-mana, menghabiskan masa di bilik sahaja. Berkemas barang yang akan di bawa pulang. Jumlah bagasi bertambah, nasib baik sudah membeli 20kg bagasi tambahan untuk dimuatkan di dalam perut kapal terbang nanti. 

Pokok bunga di hadapan villa

Kami check-out lebih kurang pukul 11.00 pagi. Sebanyak USD84 bertukar tangan sebagai bayaran sewa bilik untuk 4 hari 3 malam. Penerbangan pulang kami dijadualkan pada pukul 3.05 petang. Sebelum ke lapangan terbang, kami singgah sebentar di Old Market, masih ade lagi barang yang perlu dicari. Selepas jumpa dengan apa yang di cari, kami bergegas untuk makan tengahari di restoran sama. Kami memilih untuk makan nasi berlaukkan Fish in Morning Glory Pond sekali lagi sebagai menu terakhir kami di sana. Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami terus ke lapangan terbang. Kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu tuk-tuk kami, En. Mean (En. Longan) atas perkhidmatan beliau yang memuaskan. 

Tiada masalah timbul semasa check-in dan imigresen. Kami terus masuk ke balai berlepas ke Pintu 3 dan menunggu masa sahaja. Lapangan terbang ini kecil saja berbanding KLIA2 maka tak banyak tempat untuk jalan-jalan. Kemudian kami dimaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah dan penerbangan kami, AK541 dilewatkan sehingga pukul 4.45 petang. Mengeluh pon tak guna, badan terasa penat dan kalau boleh hendak cepat jer sampai rumah agar dapat berehat. 

 
Suasana di dalam Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Cambodia 

Pengumuman yang AK541 dilewatkan ke pukul 4.45 petang 

 Kemudian, kami dimaklumkan lagi bahawa penerbangan kami dilewatkan lagi hingga ke pukul 6.00 petang. Adus, penatnya terpaksa menunggu lagi. Penantian itu satu penyiksaan, bila ada sebuah pesawat Air Asia yang mendarat, kebanyakkan penumpang bersorak. Kami tau penantian kami sudah berakhir, kami boleh berangkat pulang.

Baru perasan yang kami mendapat kerusi Hot Seat, barisan ketiga. Ini maknanya kami tak perlu beratur untuk masuk ke pesawat. Pesawat terbang meninggalkan Siem Reap pada pukul 6.00 petang. Meninggalkan semua kenangan suka duka kami di sana. 

 
 
Permandangan terakhir Siem Reap dari dalam kapal terbang

Disebabkan terlalu lama menunggu, perut sudah mula lapar. Dengar cerita, makanan di dalam pesawat habis dijual (sampai maggi pon habis) dan sehingga pesawat nak mendarat, petugas-petugas cabin masih belum selesai melayan semua penumpang. Nasib baik kami dapat Hot Seat, maka kami dapat beli makanan, itupon katanya adalah yang terakhir. Dapatlah mengalas perut yang sudah pon lapar sejak petang tadi. 

Ini jer yang aku dapat, Vegetable Curry with Biriyani Rice dan air mineral,
ini yang terakhir.. 

Kami tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 9.00 malam. Tiada masalah sepanjang kami di KLIA2, bagasi keluar dengan cepat dan tiada masalah di kastam dan imigresen. Nasib bertambah baik bila tren KLIA Transit sudah menunggu. Beberapa minit kemudian, terus meninggalkan KLIA2. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah kawan aku di Bandar Tun Hussein Onn lebih kurang pukul 11.00 malam.


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments