755 : Catatan Perjalanan - Siem Reap, Cambodia (Episod 3) - Tasik Tonle Sap

10 September 2015 (Khamis)

Hari ketiga kami di tanah Khmer. Perjalanan kami di hari ketiga ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami bersarapan pagi di restoran yang sama, memandangkan agak sukar mencari restoran lain atau tempat makan halal di sini. Pagi itu kami bertiga bersarapan pagi dengan Noodle Soup. Agak berbeza mee supnya di sini tetapi sedap. Siap disediakan bersama ulam-ulaman dan bahan campuran lain seperti kicap, sambal, cili jeruk dan gula tetapi bagi aku, hanya perahkan sedikit limau nipis, ia dah menjadi cukup sedap bagi aku. Alhamdulillah.

Sarapan pagi kami, black ice coffee dan seafood noodle soup 

Usai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami pada hari itu iaitu ke Tasik Tonle Sap, tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Perjalanan dari pekan Siem Reap ke jeti bot tasik memakan masa lebih kurang 40 minit bergantung pada keadaan jalan. Kami di bawa melalui jalan kampung. Di sini dapat kami lihat keadaan perkampungan masyarakat sini. Lebih kurang macam Malaysia jugak walaupon dapat merasa kelainannya.

 
 
Permandangan sepanjang perjalanan ke Tasik Tonle Sap

Kami berhenti sebentar di sebuah tasik yang dipenuhi dengan pokok teratai. Rupa-rupanya ada orang yang mengusahakan perusahaan pokok teratai di sini. Tak pasti plak aper hasilnya, bunganya kah? daunnya kah? atau pokoknya kah? Kami mengambil peluang untuk masuk ke ladang itu dengan bayaran 25 US cent atau 500 riel. Kami mengambil gambar dan berselfie bagai di dalam tasik itu. Kami juga sempat merasa biji teratai yang bagi aku sedap pada mulanya dan muak diakhirnya. Biji teratai mentah kot yang pemandu kami bagi rasa tu... wekk.... Untuk menjaga hati, aku telan jugak ler... hahaha...

 
 
Permandangan ladang teratai 

Perjalanan kami diteruskan sehingga ke jeti bot tasik Tonle Sap. Bayaran USD20 dikenakan seorang untuk tambang bot. Hanya kami bertiga di dalam bot itu. Kami di bawa menyusuri sungai (sungai ape ntah, lupe nak tanya), di persisiran sungai dapat kami melihat penempatan dan perkampungan penduduk tempatan. Dikatakan, air sungai tidak tinggi pada bulan itu. Air sungai akan menjadi lebih tinggi dan hitam pada bulan Oktober bila musim hujan melanda daerah itu. Pada masa itu, kebanyakkan penduduk akan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Diceritakan juga, lebih ramai penduduk tempatan yang mati pada musim air tinggi kerana keluar mencari rezeki di tengah tasik.

Perjalanan dengan bot diteruskan lagi sehingga kami sampai ke sebuah perkampungan terapung. Dikhabarkan kepada kami, kebanyakkan infrastruktur di kampung itu adalah pembiayaan satu badan dari Korea. Ada sekolah, klinik, tempat penulenan air, kuil buddha, church, balai polis, kedai dan sebagainya. Kami melewati kampung itu sehingga kami masuk ke kawasan tasik yang sangat luas, saujana mata memandang, tiada pulau, dan seperti tiada penghujungnya. Macam dah masuk laut plak. Bot berhenti sebentar di situ untuk kami menikmati permandangan tasik luas itu.

 
 
 
Permandangan di Floating Village dan Tasik Tonle Sap

Lebih kurang 10 minit kemudian kami berpatah balik. Kami dimaklumkan yang kami bole masuk ke dalam hutan paya bakau di situ untuk melihat haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan tersebut (macam menarik), tetapi kami menolak kerana akan dikenekan bayaran sebanyak USD20 untuk satu sampan, dan kami tiga orang memerlukan dua bijik sampan.

Kami kemudiannya dibawa ke sebuah kedai untuk membeli barang-barang yang akan diberikan sebagai 'derma' kepada sebuah sekolah di sana. Tak banyak yang dijual di kedai itu, yang nampak beras, sayur-sayuran, sardin dan beberapa jenis jajan. Setelah berbincang, kami membeli beras sahaja (macam kene paksa jer beli beras iteww, hahaha) dan kami terus ke sekolah yang dikatakan yang terletak di seberang sungai sana. Kami serahkan beras itu kepada cikgu sekolah itu dan kami dibawa melawat ke kawasan sekolah tersebut. Dikhabarkan, sekolah itu mempunyai lebih kurang 150 orang pelajar dan kebanyakkannya adalah anak-anak penduduk tempatan dan anak-anak yatim yang tinggal dan makan di sekolah itu. Tapi aku lihat, sekolah tu dalam keadaan baik, takde la daif.

 
Sekolah terapung

 
Bersama kanak-kanan di sekolah terapung

Kemudian kami ke sebuah tempat yang katanya ada membela buaya. Dimaklumkan, tiada buaya di dalam sungai dan tasik di situ. Buaya cuma terdapat di tempat itu sahaja yang dibela. Aku tengok cuma ada buaya yang kecik sahaja, buaya yang besar-besar agaknya sudah disembelih dan dimakan.. hehehe. Di sana terdapat sebuah kolam ikan patin juga. Besar-besar ikan di dalam kolam tuh. Mungkin untuk dimakan juga. Kemudian kami diberi masa untuk berlegar-legar di kawasan itu.

 
 
Di crocodile farm dan ikan patin farm

Lebih kurang 15 minit kemudian, kami beransur pulang ke jeti dan pulang ke Siam Reap. Tamat sudah pengembaraan kami di tasik terbesar di Asia Tenggara itu.

Untuk menggunakan masa yang ada itu, kami ke Old Market sekali lagi. Shopping time. Kami singgah di sebuah kedai menjual kain pasang yang kami pernah singgah pada hari pertama dulu. Gembira sungguh aunty owner kedai tu bila tengok kami datang semula. Tak banyak kedai yang menjual kain pasang di Old Market ini. Makanya, kami pon memborong di kedai aunty ni memandangkan dah ada orang berkenan dengan kainnya. Beli banyak dapat murah, sepasang kain pasang itu kami dapat dalam USD19. Untung aunty tu pada hari itu, hehehe. 

Selepas menghabiskan beberapa ratus USD di Old Market, kami pergi ke restoran yang sama untuk lunch. Tengahari itu menu kami adalah nasi putih berlaukkan Beef Climbing Mountain (famous menu kat restoran tu) yang dimasak dihadapan kami dan beberapa lauk lain. Kenyang perut dan yang penting menepati bajet kami. Selepas selesai lunch, kami pulang terus ke villa.

Beef Climbing Mountain 

Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami keluar semula untuk ke Night Market. Malangnya hujan petang itu membawa ke malam. Pemandu kami tidak dapat datang kerana banjir, tetapi dia sudah siap-siap hantarkan pemandu reserve untuk kami. Malang lagi, tuk-tuknya tak boleh start pulak. Enjin masuk air kot. Dicarinya pula tuk-tuk lain untuk kami. Hehehe... 

 
 
Shopping kat Night Market. Night Market pon banjir kilat

Air naik di jalan sepanjang perjalanan kami ke Night Market, tetapi tuk-tuk kami maen redah jer banjir kilat tu macam takde ape-ape (kalau kat KL sure dah jem gile sampai esok pagi pon tak sampai rumah... hahaha). Tak banyak kedai yang buka di Night Market disebabkan hujan. Kami dapat beli ape yang kami cari, more t-shirt and souviner. 


... bersambung

You Might Also Like

0 comments