16 August 2015

750 : mIRC v7.43

Zaman aku main mIRC telah berakhir. Lama sangat dah sampai aku pon dah tak ingat tahun berapa, mungkin akhir 90an dan awal 2000an. Masa tu internet masih guna connection dial-up sampailah TM memperkenalkan streamyx. Gigih setiap masa mengadap channel-channel berkaitan kuiz. Semua aku join, #kuiz, #soalan, #kl dan macam-macam lagi lah sampai aku pon dah lupa. Sampai channel #isai dan #india yang ade kuiz pon aku join gak. Giler berkuiz masa tuh. Sepanjang masa mengadap kuiz. Tak pernah jemu dan lelah menjawab soalan-soalan.

Dalam pada sibuk menjawab soalan-soalan kuiz itu, sempat juga aku berkenalan dengan beberapa orang kuizer yang otai. Alhamdulillah, sampai sekarang masih lagi bertegur sapa walaupon setakat like status dan gambar di fb. Malam semalam, setelah lebih 10 tahun berkenalan di alam saiber, akhirnya aku dapat berjumpa dengan seorang otai kuiz yang lebih dikenali sebagai SeaDemon dan Ninja^Turtle. Kebetulan dia berada di Putrajaya, gigih aku bersama dengan Deborah^Priya^Henry a.k.a Hehehee menempuh hujan dan kesesakan jalan raya menuju Putrajaya semata-mata untuk bertemu beliau. Kami lepak sambil berbual panjang di Alamanda. Harap-harap next time bole lepak lagi. Harap-harap juga DeadManOnTheRun bole join. Hahaha...


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment