749 : Riang Ria Aidilfitri 2015 (Episod 3)

Hari Jumaat lepas (7 Ogos 2015) diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat jabatan dan juga majlis untuk meraikan kakitangan-kakitangan yang telah bersara, bertukar jabatan dan yang telah meletak jawatan. Majlis dimulakan pada pukul 11.30 pagi dan berakhir sehingga lebih kurang 1.00 petang untuk menghormati solat Jumaat. Tapi geng wanita tetap meneruskan aktiviti makan-makan mereka.

Juadah yang disediakan juga agak mewah dari kambing golek, sate, nasi impit, ketupat palas, rendang, laksa johor cume menyebutkan yang ingat sahaja. Majlis yang ringkas dan sederhana tapi disambut meriah dan makan yang sedap. 


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments