746 : Riang Ria Aidilfitri 2015 (Episod 2)

4 Syawal yang lepas, aku masih lagi bercuti Hari Raya. Dikesempatan itu, seorang rakan telah mengajak aku beserta tiga orang rakan yang lain untuk berkelah di Air Terjun Sungai Chamang memandangkan dia tak pernah sampai lagi ke kawasan perkelahan itu. 

Seperti yang dijanjikan, rakan itu datang berdua sahaja ke rumah aku pada pagi Isnin itu. Seorang rakan lagi tidak dapat turut serta. Kami seterusnya pergi ke rumah sorang lagi rakan di Bandar Baru Selayang. Makanya kami berempat sahaja pada hari itu. Kami singgah sebentar di Restoran Maju Meera, Bandar Baru Selayang untuk bersarapan pagi sebelum memulakan perjalanan dan singgah pula di Shell MRR2 untuk membeli sedikit jajan untuk dibawa bersama.

Kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ramai juga pengunjung pagi itu, meleset sungguh tekaan kami di mana takkan ramai orang pagi itu. Setelah memilih port yang sesuwai, kami pon memulakan aktiviti mandi manda dan berendam. Ini merupakan kali kedua aku berkunjung di sini dan bagi rakan aku yang dua orang lagi, ini merupakan kali pertama.

Air Terjun Sungai Chamang, Bentong, Pahang

Setelah puas berendam dan badan dah mula rasa kesejukan, kami pon naik ke tebing dan bersiap untuk ke destinasi kami yang berikutnya, Genting Highlands. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami bergerak meninggalkan kawasan Air Terjun Sungai Chamang itu. Perjalanan kami agak lama disebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin ramai orang kampung sudah mula pulang ke KL.

Kami berhenti di R&R Genting Sempah untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan selepas itu. Kami tiba di puncak Genting Highlands lebih kurang pukul 6.00 petang. Baru aku tahu yang outdoor theme park sudah pon ditutup dan akan digantikan dengan The 20th Century Fox Theme Park yang akan dibuka pada tahun 2016, katanya. Dah lama sangat aku tak ke Genting. Tak ingat dah kali terakhir aku naik pada tahun bila. Di atas sama kami hanya lepak-lepak menikmati udara yang sejuk. Tapi malam itu, takde lah sejuk sangat suhunya. 

Semalam di Genting Highland 

Kami makan malam di sebuah kedai mamak di atas sana sebelum turun dan balik menuju KL lebih kurang pukul 9.00 malam.


#SalamSayang

You Might Also Like

2 comments

  1. entry yang bagus. Tahniah ke atas blog ini. Saya tertarik dengan idea menulis blog untuk diri sendiri. Best nanti satu masa di masa hadapan kita akan membaca kembali apa yang pernah kita tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks azwans, sudi jengan blog aku yg tak seberapa ni

      Delete