745 : Riang Ria Aidilfitri 2015

Masih belum terlambat lagi rasanya nak cerita pasal hari raya. Bak kata orang, raya kan sebulan. Selagi tak cukup sebulan, selagi tu lah orang tak habis-habis pi beraya walaupon puasa mereka tak cukup pon sebulan. Ntah-ntah puasa yang lepas-lepas pon belum berganti lagi. Huh...

Hari terakhir bulan Ramadhan

Aku masih lagi bertugas seperti biasa. Di pejabat cuma ade 2 orang sahaja. Yang lain samada telah pon bercuti atau menghilangkan diri. Maklumlah, bos-bos semua sudah bercuti, makanya kami beraya sakan di pejabat. Mood wat keje memag sudah ke laut, jadi masing-masing wat keje sendiri. Menunggu pukul 1.00 petang terasa amat lama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami mendapat cuti separuh hari hari ini. Sebab tu aku tak mengambil cuti pada hari ini.

Pukul 1.00 petang aku terus cabut, nak tunggu aper lagi. Selamat hari raya kepada semua. Sampai rumah, kakak dan adik bersama keluarga masing-masing sudah sampai. Kakak mengajak aku mencari dapur, since dapur yang ada di rumah sudah lama rosak. Maka keluarlah aku bersama kakak ke area Selayang Mall. Masuk dua kedai, akhirnya kami ambil sahaja apa yang ade. Tak banyak pilihan.

Aktiviti utama hari ini adalah untuk menyediakan juadah untuk hari raya. Kakak sebagai ketua chef tahun ini dibantu oleh suaminya, adik aku dan aku bercadang untuk menyediakan nasi impit (yang segera jer), kurma ayam, kuah kacang, rendang daging, kuah lodeh dan sambal sotong. Banyak sungguh plannya, sempat ke tu? Aku membantu sekadar yang mampu sahaja kerana memasak bukan kepakaran aku. At the end of the day, yang terhidang di meja untuk berbuka adalah nasi impit, kurma ayam dan kuah kacang sahaja. Itu jugalah menu berbuka puasa kami. Selepas berbuka aktiviti memasak diteruskan lagi dengan menu rendang daging.

Dalam pukul 10.00 malam, jemaah surau datang untuk bertakbir. Dah menjadi kelaziman di kejiranan ini setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha. Selepas jemaah surau beredar, kami beramai-ramai berkunjung pula ke rumah jiran hadapan. Dah biasa, setiap tahun kami mesti beraya ke rumah beliau untuk makan juadah paru beliau yang femes itu. Setiap tahun dia akan buat, tapi tahun ni memandangkan dia kurang sihat, maka dia sempat buat sedikit sahaja. Kami datang perhabiskan jer.. hahaha.

1 Syawal

Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, kami semua berkumpul di rumah. Aktiviti wajib di pagi Syawal macam ni adalah bersalaman dan bermaaf-maafan dan bergambar. Stereotype sangat kan. Tak banyak aktiviti menarik pagi ini, tetamu pon tiada yang berkunjung, mungkin kerana hari jumaat. Tengahari nanti, kaum lelaki akan mengerjakan pula solat Jumaat. 

Selepas solat jumaat, baru lah ada tetamu yang berkunjung, termasuk sahabat aku, datang bertiga mereka tahun ni. Tahun lepas pon mereka datang bertiga, tapi orang lain. Nampaknya mungkin rumah aku menjadi destinasi wajib mereka setiap kali raya. 

Bagi aku, raya kebelakangan ini mcm dah tak meriah. Mungkin sindrom dah tua kot, uhuks. Bebudak pon entah ke mana pergi nya, tak ramai plak yang datang macam dulu-dulu. Taknak collect duit raya ke, atau mereka sekarang lebih selesa duduk rumah tengok tv atau maen henfon jer. 

Walaupon tak ramai tetamu yang datang, juadah raya yang disediakan dah habis. Huh.. siapa lah yang membedalnya. Kami-kami ni lah yang dok umah, hahaha. Memandangkan itu, kakak terpaksa memasak lagi kerana ada tetamu yang nak datang. Kakak telah menyediakan kuah lodeh dan sambal sotong pula untuk makan dengan nasi impit yang masih banyak berbaki. 

2 Syawal

Pagi itu kami pergi menziarahi kubur ibu. Tak sesak kawasan perkuburan itu. Kami anak beranak dan bercucu mensedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yasin kepada ibu. Kubur ibu tetap bersih, setiap khamis ayah akan datang membersihkan kubur ibu. Pokok kaktus yang ayah tanam pon sudah besar dan cantik.

Pulang dari kubur ibu, misi kami nak cari durian. Dah lama mengidam masa bulan puasa, tapi tak dapat. Bukannya tak dapat, tapi perut susah untuk menerima makanan yang banyak masa bulan puasa. Malangnya, gerai-gerai di hadapan NSK yang aku lihat meriah menjual durian dan buah-buahan semuanya tutup. Singgah pula NSK, ada juga jual durian tapi tak banyak pilihan. Terpaksalah pendam dulu. Esok kite tengok lagi.

3 Syawal

Hari ini keadaan di rumah agak sibuk. Adik sudah mula memasak, katanya kawan dia nak datang. Ramai ke? Masak macam nak kenduri jer. Dalam pukul 1.00 petang, tetamu pon datang. Bukan sahaja kawan adik, rupanya kawan kakak pon datang sekali. Makanya, makanan yang disediakan tadi tak mencukupi, hahaha. Dipaksanya aku ke NSK membeli kuey teow untuk digoreng. 

Petang pula, misi mencari durian diteruskan lagi. Adik ipar cakap, kat area Greenwood ada orang menjual. Memula kami memang nak pergi sana, tetapi tengok depan NSK dulu kalau gerai kat situ dan bukak, beli kat situ je lah. Nasib kami baik, gerai depan NSK bukak dan kami singgah situ sahaja. Satu lori durian baru sampai, dijual satu beg plastik RM10. Sebab khuatir durian satu beg RM10 tu kurang elok, kami beli durian yang agak mahal sikit, dan beli juga durian RM10 tu. Habis jugak lah dalam RM80 beli durian sahaja. 

Malam itu kami kenduri makan durian. Alhamdulillah semua elok. Makan sampai tak termakan-makan. Last-last, simpan masuk peti ais jer.

4 Syawal

Hari ni aku dan 3 orang sahabat beraya di Genting Highlands. Huhu...


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments