744 : Satu Bulan Sudah Berlalu


Alhamdulillah, kalau takde aral melintang di mana-mana, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri paling awal esok. Pagi ini aku masih lagi bertugas di kantor. Sudah ramai yang bercuti, adalah dalam 3 orang sahaja di kantor di kala ini. Semangat keje tu memang dan takde, cuma datang jer tapi tak buat keje.. hehehe. Hari ni macam tahun-tahun sebelumnya, kami akan dapat bekeja 1/2 hari. Makanya pukul 1.00 petang nanti, kami bole balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang.

Bulan Ramadhan tahun ini, Alhamdulillah aku dapat menempuhnya dengan jayanya. Puasa masih lagi terpelihara dan tiada terkantoi di mana-mana. Adalah dalam dua tiga kali di mana kesihatan agak terganggu dan sedikit sebanyak mengganggu amalan puasa ku pada tahun ni. Untuk puasa tahun ni, aku banyak berbuka dengan membeli sahaja di param berhampiran rumah aku, kadang-kadang ke param Selayang Indah, kadang-kadang ke Selayang Mall dan kalau rajin ke param Jalan Kuching. Untuk makan seorang sahaja, nak masak memang malas dan tak pandai, makanya beli sahaja. Sepanjang aku membeli belah di param, semua makanan yang aku beli tiada yang mengecewakan walaupun harga agak mahal. Yang ketara nampaknya, kuih muih sekarang sudah dijual dengan harga 50 sen seketul berbanding 40 sen pada tahun-tahun sebelum ni.

Persiapan raya memang tak ada. Setakat beli kuih raya beberapa jenis sahaja. Baju melayu untuk raya, recycle yang tahun-tahun lepas punya jer. Ada lah dalam 4-5 pasang dalam almari tu, masih cantik lagi. Cume hari tu aku beli t-shirt 3 helai, itu pon t-shirt murah dalam RM20 sehelai. Jadilah..

Sempena hari lebaran yang bakal disambut esok, aku ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Muahh... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments