11 June 2015

740 : Mari Menonton - Jurassic World

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam bertajuk Jurassic World. Kepada peminat filem Jurassic Park, Jurassic Park: The Lost World dan Jurassic Park III, anda kena tonton filem ini.

Jurassic World mengisahkan bagaimana pulau Isla Nublar, pulau di mana Jurassic Park pernah dibina, dibangunkan semula dan menjadi sebuah taman tema yang menarik ramai pengunjung. Disamping menjadi sebuah pulau taman tema, Isla Nublar juga merupakan sebuah makmal untuk mencipta baka dinosaur baru untuk dijadikan tarikan di taman tema Jurassic World itu. 

Nak dijadikan cerita, seekor dinosaur baka baru yang diberi nama saintifik Indominus Rex telah berjaya melepaskan diri dari kurungannya dan mula membunuh semua orang yang memburunya. Disamping itu, Indominus Rex juga membunuh semua dinosaur lain yang terdapat di taman itu. Keadaan huru hara terjadi di taman tema itu dan semua pengunjung cuba untuk diselamatkan dari pulau itu. 

Setelah, misi untuk memburu haiwan itu secara ketenteraan gagal, pihak taman mula menggunakan dinosaur jenis Raptor untuk mengesan Indominus Rex itu dengan bantuan hero filem ini, Owen. Malangnya, Raptor-Raptor itu telah bekerjasama dengan Indominus Rex untuk mengacau bilaukan lagi keadaan. 

Bagaimanakah pengakhiran filem ini? Dapatkan Indominus Rex dan kuncu-kuncunya si Raptor ditewaskan? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda sementara ia masih hangat.

Bagi aku, filem ini agak slow diawalnya dan menarik ditengah dan akhirnya. Endingnya tak berapa best.. tp kira oklah... Berapa bintang ya...?? 3.5/5 bintang..


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment