739 : Sepetang Di Air Terjun Sungai Chamang

Semalam aku berkesempatan untuk bersantai di Sungai Chamang di daerah Bentong, Pahang. Aku diajak oleh seorang sahabat untuk ke sana. Sebelum ini aku tak pernah pon dengar pasal kawasan air terjun Sungai Chamang ni. Aku pon maen follow je lah.

Dalam pukul 2.30 petang kami memulakan perjalanan dari Selayang ke Bentong. Perjalanan dijangka memakan masa 1 jam. Tempatnya tidak susah nak cari, guna Lebuhraya Karak, masuk ke Bentong. Teruskan perjalanan ke pekan Bentong. Melepasi pekan Bentong, kite akan sampai di satu tempat bernama Chamang. Ada signboard kat situ ke kawasan air terjun. Dalam 5-6km selepas melalui jalan kampung yang kecil dan berliku-liku, sampailah di kawasan air terjun itu.

Air Terjun Sungai Chamang. Menjelang lewat petang, airnya makin deras. Nampak macam air paip bocor jer melimpah.

Kawasan nya bersih dan masih lagi terpelihara nampaknya. Tak ramai pengunjung masa tu, mungkin ramai yang dah balik. Yang ramai cume geng motor, kebetulan ade Bentong Motor Show kat pekan Bentong. Di sana terdapat kemudahan bilik persalinan dan tandas, kawasan perkhemahan pon ada. Tempat nak mandi manda pon banyak. Masa kami sampai tu, air tengah deras, memang syok dapat berendam.

Masa kami tengah syok-syok berendam macam badak berendam, tiba-tiba berlaku kekecohan di seberang sungai sana. Tak pasti ape yang berlaku, tapi melihat kepada keadaannye, macam ada orang yang lemas. Tapi kami tak pasti sebab orang yang membantu buat Chest Compression pon macam nak tak nak jer. Pastu ade dua tiga orang laen sibuk dok gosok-gosok tapak kaki mangsa. Aku ni tau jugak la step-step CPR, tapi bab gosok-gosok kaki tu aku tak belajar lagi. Agak lama jugak la kekecohan itu berlaku. Kemudian kami tengok mangsa di bawa ke atas.

Berita lanjut mengenai mangsa yang kami dapat semasa kami ke tandas, mangsa telahpon sedar, Alhamdulillah. Mangsa telah dibawa dengan menggunakan ambulan ke hospital. Syukur, ade geng dalam geng motor itu yang bekerja sebagai seorang nurse.

Dalam pukul 6.00 lebih, kami bergerak pulang. Kami singgah di Bentong Motor Show untuk melihat ape-ape yang menarik. Kami makan malam di sana jugak.

Kesimpulannya, kawasan air terjun Sungai Chamang sangat best.


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments