727 : Langkawi Sekali Lagi (Episod Ketiga) - Korban Si Dayang Bunting

... sambungannya

Hari ketiga merupakan hari terkahir kami di Pulau Lagenda ini. Aktiviti hari ini adalah island hoping. Ini merupakan kali ketiga aku menyertai island hoping ni dah tau sangat dah itinerary nye. Makanya tak perlulah cerita dengan lebih detail. Sebelum kami keluar, kami terpaksa berpindah ke sebuah bilik memandangkan homestay yang kami duduki itu akan dimasuki oleh penghuni lain. Dengan baik hatinya, tuan punya homestay membenarkan kami untuk menggunakan bilik itu sehingga petang nanti.

Kami singgah di sebuah kedai makan di Pantai Cenang untuk bersarapan pagi. Menu pagi ini adalah Malaysian Style mengikut selera masing-masing. Ada yang amik mee hoon goreng, ada yang amik mee sup dan aku pula amik nasi lemak bungkus tambah telur dan sambal kerang. Lebih kurang pukul 9.00 kami menuju ke Langkawi Underwater World menunggu seseorang yang akan membawa kami ke jeti island hoping. Brother tu sampai tidak lama selepas itu dan kami di bawa ke kawasan pantai di Teluk Baru untuk menaiki bot untuk aktiviti island hoping. Cuma 9 orang penumpang bot itu, kami berenam dan 3 orang pelancong K-Pop.

Destinasi pertama kami adalah Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. Kami di beri masa satu jam di sini. Ketika kami berada di sini telah berlaku satu kecelakaan di hadapan kami. Seorang pengunjung telah mati lemas di Dayang Bunting. Si Dayang Bunting meragut satu lagi nyawa. Walaupon berlaku di hadapan aku, tetapi aku tak nampak apa yang berlaku. Yang sedar adalah seorang rakan yang duduk di belakang aku. Dia mengatakan bahawa ada seseorang telah tenggelam dan tidak timbul-timbul. Kami menyangkakan yang dia hanya bergurau, memandangkan teman wanita semangsa pon tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada awal kejadian itu.

Selepas beberapa ketika, aku perhatikan yang teman wanita si mangsa mula cuak dan mula meminta tolong dari seseorang (aku rasa dia ahli Pertahanan Awam.. tak tau lah). Dia mula menangis. Tiada tindakan segera yang diambil ketika itu. Melihat keadaan itu, kami telah meminta seorang rakan yang boleh berenang untuk memberikan bantuan. Dia segera ke sana, menyelam dan timbul semula selepas beberapa ketika. Kemudian mencuba lagi beberapa kali tetapi tidak berjaya. Rakan kami itulah yang pertama memberi bantuan kemudian beberapa orang pengunjung lain cuba membantu tetapi masih tidak berjaya.

Keadaan menjadi sedikit kecoh bila lebih ramai pengunjung yang datang. Aku rasa kebanyakkan pengunjung yang ada di sana tidak tahu apa yang berlaku. Lebih kurang 30 minit berlalu, tiada apa-apa tindakan dan usaha menyelamat yang dilakukan. Aku menjangkakan yang mangsa sudah pon meninggal dunia. Sehingga kami beredar, masih tiada tindakan yang dilakukan termasuklah crowd control.

Tak guna untuk menyalahkan sesiapa kerana kejadian telah berlaku. Pertama, si mangsa tidak memakai life jacket dan tak tahu pulak si mangsa tu boleh berenang atau tidak. Kedua, tiada emergency response team di tempat itu. Sepatutnya tempat kunjungan pelancong macam ni sekurang-kurangnya sediakanlah seorang life guard. Ketiga, khabarnya tiada kelengkapan di sana untuk melakukan usaha-usaha menyelamat segera. Mungkin selepas ini ada usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan keselamatan setiap pengunjung di sini, sekurang-kurangnya ada jugak usaha menyelamat dilakukan, tak lah mati katak macam mangsa tu.

(Khabarnya berita ni dah keluar dalam paper dan berita tv. Katanya si mangsa adalah warganegara Taiwan dan teman wanitanya rakyat tempatan. Pihak bomba dan penyelamat hanya sampai ke tempat kejadian lebih dari 1 jam dan mangsa di jumpai di dasar tasik pada kedalaman 10m)

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan syabas kepada sahabat aku Shafiq atas usaha beliau untuk membantu.

 Gambar-gambar semasa island hoping

Gambar-gambar di Pulau Dayang Bunting dan eagle feeding di Pulai Singa Besar

Kami meninggalkan Tasik Dayang Bunting dengan perasaan sedih, walaupon si mangsa bukan orang kita, sebagai seorang insan perasaan itu tetap ada. Destinasi berikutnya adalah ke Pulau Singa Besar untuk menyaksikan eagle feeding dan kemudian ke pulau Beras Basah untuk aktiviti pantai. Aktiviti di kedua-dua tempat ini biasa sahaja. Bagi aku yang dah beberapa kali datang, boleh dikatakan agak membosankan. Kami menamatkan aktiviti island hoping kami lebih kurang pukul 12.30 tengahari dan terus kembali ke penginapan kami untuk berehat.

Kami check-out dari penginapan kami lebih kurang pukul 3.00 petang dan terus mencari kedai untuk makan tengahari. Untuk tengahari itu kami singgah di sebuah kedai makan di kawasan airport untuk makan tengahari. Kebanyakan lauknya sudah habis, disebabkan sudah lapar dan malas nak cari kedai lain, kami makan sahaja aper yang tinggal, iaitu ikan bakar. Harga nasi dengan kuah, ikan cencaru bakar saiz agak besar dan minuman, RM9... bapak mahal.

Disebabkan tidak puas hati makan di situ, kami menuju pulak ke kawasan Laksa Power sebelah lapangan terbang untuk makan lagi. Ada diantara kami yang order laksa kaw ikan sekoq, rojak buah yang tak sedap, air kelapa dan cendol. Penuh perut selepas itu. 

Sementara menunggu waktu untuk check-in di lapangan terbang untuk penerbangan balik kami pada pukul 8.50 malam nanti, kami ke pekan Kuah sekali lagi. Sengaja untuk menghabiskan masa dan wang sekali lagi. Dalam pukul 6.00 petang kami menuju ke lapangan terbang.

Kapalterbang meninggalkan Langkawi lebih kurang pukul 9.00 malam dan kami selamat tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, trip ini sangat menyeronokan.... !!


#SalamSayang

You Might Also Like

1 comments

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete