29 September 2014

708 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 2) - Jauh Pandangan Permai, Di Situ Tanjung Dawai

... sambungnnya

Seawal pukul 6.30 pagi, kebanyakkan dari kami telah bangkit dari tidor. Sejuk terasa malam semalam kerana hujan turun sepanjang malam. Semua yang bangkit awal itu semata-mata untuk melihat permandangan pagi di Pantai Merdeka. Memang cantik permandangan matahari terbit yang dihidangkan betul-betul di muka pintu homestay kami. 

Permandanan pagi di Pantai Merdeka dari muka pintu homestay

Pagi itu sebahagian dari kami telah pergi ke pasar pagi berdekatan untuk mencari sarapan pagi dan sekadar berjalan-jalan melihat tempat orang. Pagi itu kami telah bersarapan roti canai sahaja memandangkan itu saja yang didapat di kawasan pasar itu. Mungkin itu kawasan kampung maka tidak banyak jenis sarapan yang dijual. Orang kampung buat sarapan sendiri di rumah, tak beli di gerai kot.

Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dan menuju ke Pantai Merdeka untuk menaiki bot ke Tanjung Dawai. Itu adalah mod transpotasi paling cepat untuk ke Tanjung Dawai dan dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Bayaran RM2 seorang dikenakan untuk perkhidmatan ini. Perjalanan tidak sampai 5 minit pon dengan bot laju. Keadaan laut yang bergelora membuatkan kami teruja menaiki bot tersebut.

Permandangan Pantai Merdeka

Tanjung Dawai adalah sebuah pekan kecil yang terkenal dengan hasil lautnya seperti ikan masin, sotong kering, keropok dan sebagainya. Kami telah makan tengahari di sebuah kedai makan di sana. Agak popular kedai itu memandangkan semasa kami datang ia penuh dengan pengunjung sampai kami terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja. Menu utama di sini adalah ikan bakar. Ada juga nampak udang bakar dan belangkas. Kami cuma amik ikan bakar - siakap, kembung dan pari dan beberapa lauk kampung yang lain. Udang semasa itu telah kehabisan stok. Sob.. sob.. sob

Permandangan Tanjung Dawai

Selesai menjamu selera makan tengahari, kami terus ke tempat kedai-kedai yang menjual hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan semua yang kering-kering. Aku sekadar membeli-belah tingkap sahaja, tak berhasrat untuk beli ape-ape, sebab kalau beli pon takde saper nak masak dan nak memakannya nanti. Dalam pukul 4.00 petang kami menaiki bot semula balik ke Pantai Merdeka.

Kami menghabiskan masa petang itu dengan bersantai di tepi pantai. Ada yang memancing dan ada yang sekadar melepak-lepak. Masa terasa lambat bergerak di sini, dah terasa lama duduk di sana tetapi jam masih menunjukkan baru pukul 5.00 petang. Bila tekak terasa kering, kami singgah di sebuah gerai penjaja di situ dan pekena ABC dan Laksa Kedah.

ABC Special Kedai Ali Manap, Pantai Merdeka

... bersambung

27 September 2014

707 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Pertama)

12 hingga 16 September 2014 yang lepas merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku. Aku telah dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin adik kepada seorang sahabat. Majlis pernikahan diadakan pada malam 12 September dan kerja kahwin diadakan pada 13 September 2014. Pada 14 September kami beramai-ramai telah menuju ke utara tanah air untuk majlis di rumah pengantin lelaki pula yang akan diadakan pada 16 September 2014. Dalam kesempatan yang ada itu, sempat juga kami pergi ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar sana.

Mengikut perancangan awal, kami akan bergerak ke utara pada 15 September memandangkan penginapan kami di sana hanya untuk 15 September sahaja. Tetapi kami ingin menggunakan cuti tersebut sebaiknya dan kami menukar plan untuk bertolak sehari lebih awal. Pada pagi 12 September itu, sebelum aku ke mesyuarat, aku telah surf internet untuk mencari penginapan homestay di sekitar kawasan Gurun Kedah. Banyak juga yang aku dapat dan aku telah forwardkan kepada sahabat aku untuk menguruskan urusan booking dan sebagainya. Ada satu homestay itu amat menarik perhatian aku, Joran Homestay di Pantai Merdeka dan sabahat aku juga berpendapat sedemikian. Pada aku, biarlah mereka yang buat keputusan. Beberapa jam kemudian, sahabat aku memaklumkan bahawa dia telah booking sebuah homestay di Gurun. Tetapi pada malam itu pula, sahabat aku memaklumkan pula bahawa keluarganya berminat untuk bermalam di Pantai Merdeka pula memandangkan homestay tersebut betul-betul di tepi laut. Yesszza...

Kami bertolak dari Bandar Baru Selayang ke Pantai Merdeka pada 14 September lebih kurang pukul 3.00 petang dan tiba di Pantai Merdeka lebih kurang pukul 9.00 malam. Kami makan malam dahulu di deretan kedai makan di Pantai Merdeka sebelum ke homestay. Semasa kami sedang makan, hujan turun dengan lebatnya. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami menuju ke homestay yang tidak jauh dari situ. Homestaynya biasa sahaja, 2 bilik dan 1 bilik air, lengkap dengan kemudahan asas. Yang penting menghadap ke laut, tapi nak nampak ape-ape lah sebab hari dah malam.

Permandangan di Pantai Merdeka dari homestay pada siang hari

... bersambung

20 September 2014

706 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Terakhir)

... sambungannya


Pagi itu kami dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti nangka busuk jatuh. Terkejut jugak semua yang sedang beradu di dalam khemah masing-masing. Disebabkan hujan semalam dan keadaan tanah yang agak licin, kami sangkakan Fred yang terjatuh, rupa-rupanya Daus. Nasib baik takde ape-ape. Hehehe... Kami mulakan pagi itu dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami di hari ketiga itu agak berat kerana kami akan terus bergerak turun menjelang tengahari. Tiada lunch yang akan disediakan. Menu pagi itu adalah nasi goreng cina dan sup sayur fucuk dengan cendawan. 

Selepas bersarapan, kami berkemas-kemas tapak perkhemahan itu. Semua sampah dikumpulkan dan apa yang boleh dibakar kami bakar. Kebersihan kawasan hutan itu adalah tanggungjawab bersama. Dua buah khemah diturunkan dan semua rakan mula mengemas barang dan beg masing-masing. Sebelum bergerak turun, kami mandi manda sekali lagi dikawasan air terjun itu. Pengunjung juga agak ramai pagi iru. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami mula menyiapkan diri untuk turun. Semua barang dipastikan tiada yang tertinggal. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami bergerak turun. Perjalanan turun tidak sesukar perjalanan naik bagi aku. Tapi aku terpaksa juga merehatkan diri beberapa puluh kali kerana terasa sakit bahagian belakang. Petang itu barulah aku nampak jalan yang kami lalui untuk naik tempoh hari. Memang sukar dan mencabar bagi orang macam aku ni. Taubat takmo naik lagi. Hehehe.

Aku sampai di bawah lebih kurang pukul 3.30 petang. Kawan yang lain sudah menunggu kehadiran aku. Sorry guys, aku lambat sket. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami telah berhenti makan di sebuah kedai di kawasan pekan berhampiran.

Best sangat dapat camping macam ni sekali sekala. Terima kasih kepada kawan-kawan yang join program kali ni - Fred, Daus, Ted, Kyle dan Syah. Apa-apa pon, kagum dengan kehebatan Ted, walaupon kaki terseliuh, mampu turun lagi cepat dari aku. Malangnya, kami ingatkan terseliuh, rupa-rupanya retak tulang metatarsal yang menyebabkan dia MC selama 6 minggu. Get well soon Teddy.


#SalamSayang

14 September 2014

705 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Kedua)

... Sambungannya

Malam tadi tidor tak lena, pertama sebab tempat baru biasalah mesti susah nak tidor. Kedua, keadaan muka bumi yang tidak rata (tanah tinggi sebelah) menyebabkan bila tidor asik nak bergolek ke sebelah. Tak boleh nak buat aper, pasal itu sahaja kawasan yang ada dan itu saja kawasan yang terbaik. Rasanya malam itu hanya kami berenam yang bermalam di atas sana. Lebih kurang pukul 7 pagi aku dah bangun, sakit rasa badan. Dah kedengaran ada kumpulan lain yang telah tiba (pukul berapa agaknye mereka sampai). Cuaca ketika itu baik dan amat sejuk.

Pagi itu giliran aku dan seorang sahabat untuk menyediakan sarapan pagi. Sebelum memulakan penyediaan sarapan pagi, aku turun ke sungai untuk membersihkan peralatan memasak yang digunakan semalam. Sejuk air sungai pagi itu, sejuk-sejuk macam tu pon dah ada sekumpulan pengunjung yang mandi manda. Tak kecut ke dot dot dot korang? Menu kami pagi itu simple sahaja, roti cicah sambal sardin dan makanan sampingan kentang rebus yang digoreng dengan serbuk lada hitam. Habis sebuku roti gardinia saiz jumbo tu.

Selesai masak, makan dan membersihkan ape-ape yang patut, kami beramai-ramai pegi ke kawasan air terjun dan mandi. Masih tidak ada pengunjung pagi itu lebih kurang pukul 10.00 pagi. Makanya, air terjun itu kami yang punya. Mandi sepuasnya dan bermain gelungsur air. Apabila hari mula meninggi, pengunjung pon makin ramai. Dalam tengahari kami naik semula untuk berehat dan menyediakan makan tengahari. Makan tengahari kami disediakan oleh dua orang kawan yang lain. Menu yang mereka sediakan cuma nasi dan sambal ikan bilis. Sementara menunggu makanan masak, aku beserta dua orang kawan yang lain pergi mencari kayu api untuk bon fire malam nanti. Tak susah untuk mencari kayu api memandangkan ada sebatang pokok besar yang tumbang berhampiran tapak perkhemahan kami. Dari pokok itu kami mendapat bekalan kayu api kami. Bila kayu sudah dikumpulkan, unggun api pon terus dinyalakan.

Selesai makan tengahari dan membersihkan apa-apa yang patut kami berehat dan berbual sesama sendiri. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami pergi ke kawasan air terjun lagi untuk mandi manda. Pengunjung sudah pon beransur turun, dan sekali lagi kawasan air terjun itu kami yang punya.

Sejam kemudian kami naik semula dan seorang rakan bersedia untuk menyediakan minum petang pula. Menu untuk minum petang cuma cucur bawang dan teh dan kami minum berhampiran unggun api yang dinyalakan tadi. 

Petang lebih kurang pukul 5.00 petang cuaca mulai mendung dan kedengaran sudah bunyi guruh di langit. Hari nak hujan nampaknya dan hujan turun renyai-renyai. Hujan renyai-renyai dan panjang membawa ke malam itu telah menyebabkan tapak perkhemahan kami menjadi becak. Khemah aku yang tidak mempunyai bumbung kalis air nampaknya telah dimasuki air. Nasib baik hujan hanya renyai-renyai, jika lebat rasanya terpaksalah kami bermalam berbumbungkan langit saja malam itu. Apabila hujan mulai reda malam itu, terpaksalah kami mengemas khemah kami untuk membolehkan kami tidur pada malam itu. 

Walaupon hujan, persediaan untuk makan malam tetap disediakan. Malam itu kami makan nasi berlaukkan ikan sardin masak lemak cili api. Semerbak bau masak lemak cili api kami dalam hutan malam itu. Berselera masing-masing makan dalam keadaan yang sejuk dalam hutan selepas hujan itu. Selepas makan dan membersihkan apa-apa yang patut kami duduk-duduk sahaja sambil berbual-bual kosong. 

Aktiviti makan-makan kami tidak terhenti di situ sahaja, seorang rakan bersedia pulak untuk menyediakan supper untuk malam itu. Supper kami adalah chocolate fondue, epal dan pisang serta biskut dan mashmellow dicicah dengan coklat cair. Rasanya inilah kali pertama aku makan coklat fondue dan tambah istimewa, makan pula di dalam hutan.
Hehehe.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, masing-masing dah nak tido...



... bersambung

06 September 2014

704 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Pertama)

Sempena cuti panjang Hari Kebangsaan tempoh hari, beberapa orang rakan telah merancang untuk bercuti dan akhirnya kami telah memilih untuk camping di Air Terjun Sungai Lepoh di daerah Hulu Langat, Selangor. Kami telah bersetuju untuk bercuti di sana untuk tiga hari dua malam. Perancangan asalnya kami seramai lapan orang, tetapi hanya enam orang saja yang turut serta.

Kami berjanji untuk berjumpa pada pukul 2.30 petang di kawasan Hulu Langat pada hari sabtu itu. Memandangkan aku dah biasa dengan area Hulu Langat tu, maka tak susah lah nak mencari kawan-kawan yang telah sedia menunggu di sana. Sebanyak tiga buat kereta bergerak menuju ke destinasi.

Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 3.15 petang. Setelah membuat persiapan apa-apa yang patut kami memulakan perjalanan kami meredah denai dan hutan untuk ke kawasan Air Terjun Sungai Lepoh itu lebih kurang pukul 3.45 petang. Perjalanan peringkat pertama agak santai meredah denai kampung dan denai yang nampaknya banyak dilalui oleh motorsikal penduduk tempatan. Perjalanan peringkat pertama ini saja kami telah mula mendaki dan disebabkan aku ni tak berapa nak cergas, aku mula merasakan kepenatan di peringkat ini. Perjalanan selepas itu agak landai dan sekala sekali melakukan pendakian. Aku terpaksa berhenti beberapa kali untuk berehat dan mengambil nafas menyebabkan perjalanan kami tergendala sebentar. Mohon maaf kepada kawan-kawan yang terpaksa menunggu aku. Walaupon kepenatan yang amat sangat, perjalanan harus diteruskan.

Perjalanan diteruskan melalui ladang-ladang getah dan kebun-kebun penduduk tempatan. Tatkala ini cuaca sudah pun menunjukkan tanda-tanda untuk hujan. Hujan turun sepanjang baki perjalanan kami. Di dalam hujan dan kepenatan itu kami tersalah jalan yang membawa kami ke satu kawasan bukit yang tiada tanda-tanda ada orang pernah melalui kawasan itu. Salah seorang rakan mendaki bukit itu untuk membuat kepastian dan ternyata kami telah tersalah jalan. Kami berpatah balik dan berjaya melalui jalan yang benar.

Perjalanan kami menjadi makin mencabar apabila kami tiba di kawasan yang mendaki. Sangat tinggi pendakian yang terpaksa kami lakukan. Di sini lah aku merasa seperti nak hilang nyawa, tak cukup nafas, nak pitam dan sebagainya. Setiap sepuluh langkah aku akan berhenti berehat. Sabar jer lah kawan-kawan aku yang lain tu. Ketika itu hari semakin gelap. Belum pon sampai ke puncak, hari telah pon gelap. Bekalan lampu di buka dan kami meneruskan perjalanan kami berbekalkan cahaya lampu. Pada masa itu kami berjalan melalui lereng-lereng bukit, kalau tersilap langkah mungkin kami boleh jatuh ke gaung di sebelah kiri. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Perjalanan selepas pendakian itu agak selesa dan aku tetap meneruskan perjalanan aku. Rasa nak give up pon ada, tetapi memandangkan kawan-kawan dan tempat yang dituju semakin hampir, aku gagahkan diri untuk terus berjalan. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke tempat yang dituju selepas lebih kurang lima setengah jam berjalan. Tiga orang kawan yang tiba awal telah pon mendirikan khemah dan membuat persiapan yang patut untuk malam itu.

Kami mendirikan khemah kami sesegera yang mungkin kerana hari telah pon gelap. Selepas berehat sebentar aku terus turun ke sungai memandangkan aku sudah berasa tidak selesa dengan badan yang letih, berpeluh dan berbau agak kurang enak. Selepas dapat mandi, barulah aku merasa segar kembali. Untuk malam itu, makan malam kami agak sedap. Semuanya bakar-bakar. Ada ayam, ikan, jagung, kentang dan sosej. Kenyang makan malam itu, berselera sungguh kerana telah banyak tenaga digunakan semasa perjalanan tadi. Waktu malam itu dihabiskan dengan berbual dan berehat.

... bersambung