24 May 2014

690 : Hijau Bumi Tuhan

Selamat berhujung minggu kepada semua. Seronok dapat bercuti macam ni, kalau bole hari-hari nak cuti. Sudah malas nak bekerja lagi. Bila lah agak nya nak pencen? (20 tahun lagi lah) Hahaha...

Hujung minggu macam ni mari kita melawat ape yang ada di halaman rumah. 

Actually, gambar periuk kera tu diambil di Sungai Chiling. Yang dua gambar lagi tu diambil di halaman rumah.

Hanya gambar limau purut itu saja diambil di halaman rumah. Bunga merah itu di rumah kakak dan buah ape ntah tu diambil di Cyberjaya.


#SalamSayang

20 May 2014

689 : Akhirnya Berjaya... Tetapi ...

Beberapa hari yang lepas aku menerima sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia. Surat yang memaklumkan kepada aku tentang permohonan aku untuk bertukar jabatan lebih kurang setahun yang lalu akhirnya berjaya. Aku diminta untuk melapor diri di jabatan baru pada 2 Jun 2014. Sukanya hati ini tidak terkira. Setahun sudah menunggu akhirnya aku mendapat jawapannya. Tak sabar rasanya nak meninggalkan jabatan ini yang banyak memberi pengalaman pahit, manis, masam dan masin kepada aku. Dalam pada kegembiraan itu, terasa juga kesedihan di lubuk hati ni untuk meninggalkan teman-teman yang telah lama berjuang bersama, susah payah ditempuh bersama. 13 tahun bagi aku, sudah terlalu lama di sini. 


Pada hari yang sama juga, aku menerima satu panggilan telefon dari staf yang bakal menggantikan tempat aku sini. Rupanya dia kenal aku, tapi aku plak tak ingatkan dia. Aku dah tua, dah tak ingat dah kalau benda yang berlaku lebih dari 10 tahun lepas. Kawan tu memaklumkan kepada aku bahawa dia juga ada minta untuk pertukaran lebih kurang setahun juga. Akan tetapi boss dia sekarang tidak mengizinkan plak dia bertukar jabatan. Aku bagitahu kat dia, ape-ape pon kena lah berurusan dengan Bahagian Sumber. Er... Sedih sekejap...

Sehingga kini aku tak tahu lagi status pertukaran jabatan aku tu. Jika takde ape-ape makluman sehingga 1 Jun 2014, aku tetap akan melapor diri pada 2 Jun 2014 akan datang.


#SalamSayang

17 May 2014

688 : Sambutan Hari Jururawat Peringkat Jabatan

Semalam kami menyambut sambutan Hari Jururwat (yang jatuh pada tarikh bila ntah tetapi di sambut semalam) peringkat jabatan kami. Sambutan sederhana sahaja sekadar menjemput ahli-ahli keluarga sahaja. Diadakan acara ucapan, jamuan dan pemberian hadiah kepada jururawat sahaja. Terima kasih kepada semua Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat yang sudi menganjurkan sambutan ini. Selamat Hari Jururawat.


#SalamSayang

06 May 2014

687 : Retak Menanti Belah

Beberapa minggu lepas (hari Sabtu) tatkala aku sedang memandu, tiba-tiba ade sesuatu menghentam cermin depan kereta aku. Bunyinya agak kuat. Aku menjadi cuak dan memerhatikan cermin depan kereta aku. Alhamdulillah.. takde tanda-tanda kecacatan yang telah berlaku. Nasib baik. Aku meneruskan pemanduan aku menuju ke destinasi. 

Tiba-tiba aku terpandang satu garisan lebih kurang 4 inci dari bahagian atas cermin hadapan kereta aku. 'Sudah', terdetik dalam hati. Dengan hati yang tak keruan aku meneruskan saja pemanduan aku. Garisan itu makin panjang, kini lebih kurang 6 inci pula dan mula membelok ke kiri. Hati bertambah debar, takut cermin itu terus berderai semasa aku memandu. Setibanya di destinasi, retak itu telah mula membelok ke kiri dan panjangnya lebih kurang 8 inci pula. Aku bertanya pendapat seorang sahabat dan dia mengesyorkan sebuah bengkel kereta berhampiran. Kami tiba di bengkel dalam keadaan hujan lebat, dan mekanik bengkel memberitahu aku yang retak itu masik boleh bertahan dan bengkel itu sendiri tidak membuat cermin depan. Dia kemudiannya mengesyorkan sebuah bengkel cermin kereta yang selalu dia berurusan. Setibanya kami di bengkel itu, bengkel itu sudah pon ditutup. 

Hari Isnin selepas itu, aku perasan garisan itu makin panjang. Risau pula kalau ape-ape terjadi nanti. Aku selamat sampai di pejabat. Memohon Cuti Separuh Hari Petang. Aku harus ke bengkel itu segera sebelum retak itu terbelah. Alhamdulillah.. semuanya selamat. Selamat RM900 aku... uhuks


#SalamSayang