27 February 2014

681 : Chilling @ Chiling

Sabtu lepas dapat juga berjimba-jimba di Air Terjun Sungai Chiling. Kepada yang tak tahu, Sungai Chiling agak popular juga dan terletak di Kuala Kubu Baru, on the way ke Bukit Fraser. Kalau mengikut jalan yang betul, korang takkan miss punya lah tempat ni. Tapi di pintu gerbangnya tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tidak silap lah tuh. 

Perjalanan menuju ke kawasan air terjun 

Kami bergerak dari Selayang lebih kurang pukul 10.30 pagi melalui jalan Ulu Yam melalui beberapa pekan kecil dan terus ke Kuala Kubu Baru. Dari Kuala Kubu Baru kami bergerak lagi dalam 10 - 15km sebelum sampai ke destinasi lebih kurang 1 jam kemudian. Bayaran masuk RM1 seorang dikenakan dan untuk ke kawasan air terjun, kita perlu menapak melalui denai-denai hutan dan meranduk sungai beberapa kali. Makanya, tak perlulah dressing cantik-cantik macam nak pi shopping. Penat lelah kite menapak ke atas akan hilang bila kita sampai di atas. Dari bawah nak ke kawasan air terjun ni memakan masa lebih kurang 45 minit, bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Memandangkan kami sampai telah agak kesiangan, maka ramai orang di atas tapi mereka hanya lepak-lepak di tepi jer, dapatlah aku bermandian dengan aman dan damai. Air sejuk dan jernih amat menyegarkan. Time flies when you have fun, tak tau lah pukul berapa kami turun.

Kawasan air terjun. Memandangkan sekarang musim kering, air tak banyak. 

Sempat jugak kami singgah di Fraser Hill selepas itu. Huhu...

#SalamSayang

25 February 2014

680 : Google Wished Me Happy Birthday. How About You?


Thank you to Google for wishing me Happy Birthday. Hari ni adalah ulang tahun hari lahir saya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini saya masih berumur 21 tahun. Semoga hari-hari dan tahun-tahun mendatang membawa segala rezeki dan barakah serta kebahagiaan kepada saya. Amin dan InsyaAllah.

#SalamSayang

20 February 2014

679 : Untuk Jamuan Mata Sahaja


Untuk jamuan mata sahaja. Best dilihat semasa sedang kelaparan. Bismillah....


#SalamSayang

16 February 2014

678 : Koleksi Yang Tak Berapa Nak Ada

Oleh kerana tiada idea untuk mengupdate blog aku yang semakin suram ni, aku buatlah entry yang tak seberapa ni. Sebenarnya ini merupakan koleksi arwah mak aku, maka setelah ketiadaan dia, aku lah yang nampaknya mewarisi benda ni. Terima kasih kepada yang sudi menyumbang kepada koleksi ini. Setiap sumbangan pasti ada tempatnya di peti sejuk aku ni.


Ini adalah bahagian depan. Hampir memenuhi setiap ruang. Koleksi internasional termasuk Holland, Brussel Belgium, North Wales, Wales dan Nottingham UK, Jakarta, Bandung, Lake Toba, Medan, Bali dan Surabaya Indonesia, Jepun, Singapura dan Instanbul Turki. Koleksi tempatan pula adalah Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Melaka, Pulau Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Terdapat juga Bunga Raya Malaysia dan Donut.


Ini pula pandangan bahagian sisi. Terpaksa letak sini pasal kalau letak bawah akan dicapai oleh anak-anak. Koleksi internasional bahagian sisi ini seperti Vietnam, Padang Indonesia, Petra Jordan, Beijing China dan Gunung Tangkuban Perahu Indonesia. Koleksi tempatan termasuk Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Kuching Sarawak, Terengganu, Melaka dan Teluk Chempedak Kuantan Pahang. 

InsyaAllah, kalau ade rezeki, koleksi ini akan bertambah. Siapa nak menyumbang pon amat dialu-alukan.


#SalamSayang

03 February 2014

677 : Taman Tasik Cyberjaya

Minggu ni dapat cuti lama. Best sesangat la dpt cuti panjang macam ni. Terasa malas dah nak pi keje lagi. Hehehe. Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ngan Hari Wilayah ni, aku telah pergi ke rumah kakak aku di Puchong. Sekadar berkumpul ramai-ramai sambil makan-makan. Pada pagi hari Ahad tuh, kami ramai-ramai telah berkunjung ke Taman Tasik Cyberjaya. Sekadar beriadah setelah beriadah tekak dan perut pada hari sebelumnya. Mereka jer yang beriadah, aku sekadar berjalan-jalan sambil menikmati permandangan indah tasik sambil snap-snap pic. Jadilah, atleast keluar gak sedikit peluh. Hehe ...



#SalamSayang