31 January 2014

676 : Hadiah Hari Lahir Yang Pertama Tahun 2014

Hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 akan disambut lebih kurang 25 hari lagi. Tapi semalam aku telah pon menerima hadiah pertama untuk tahun ini sempena ulang tahun kelahiran aku itu. 


Terima kasih kepada Lim Tayar kerana memberi aku baucer ini dan aku akan gunakan dengan bijak. Tahun lepas pon aku dapat baucer macam ni gak tapi aku tak gunakan, terasa rugi plak. Harap-harap untuk tahun depan, Lim Tayar bagi la plak baucer untuk sport rim percuma ye. Hehehe ...


#SalamSayang

22 January 2014

675 : Percubaan Seterusnya... Gagal

Percubaan seterusnya untuk aku mengkhatamkan sebuah novel masih lagi menemui kegagalan. Memang sah lah, membaca bukan minat aku, bukan hobi aku. Tak payah lah nak mencuba lagi melainkan ia betul-betul sesuatu yang menarik.

Kali ini aku telah meminjam dari seorang sahabat sebuah novel bertajuk Cinta Kau dan Aku hasil karya Siti Rosmizah. Novel setebal 684 muka ini hanya berjaya aku baca sehingga ke muka 60. Pada mulanya aku hanya membaca beberapa muka dan aku rasa ceritanya menarik dan membuatkan aku ingin meneruskan pembacaanku. Tetapi hingga ke muka 60, ceritanya hanya berbalik pada benda yang sama, si boss nak mengurat anak buahnya yang agak kasar dan macam tomboy itu tetapi anak buahnya itu jual mahal. Pegi keje balik keja, kat rumah kat opis. Boring aku. Terus aku tutup novel itu dan tidak menyentuhnya lagi. Sodakhallahulazim...


Recap balik buku ape yang pernah aku cuba baca.

  1. Cinta... Tiada Akhirnya. Hanya baca hingga ke muka 38 dari 566 muka yang ada.
  2. Armageddon 2012. Bencana Akhir Zaman. Berjaya baca hingga ke muka 50 dari 557 muka.
  3. Cinta Kau dan Aku. Lebih sikit hingga ke muka 60 dari 684 muka.

#SalamSayang

19 January 2014

674 : Jom Jogging

Semalam sempat pergi ke Taman Metropolitan Kepong untuk bersantai dan berjogging. Sebenarnya kakak ngan husband dan anak-anak dia jer yang jogging. Aku hanya membesarkan perut saja sambil duduk-duduk melayan perasaan jiwang. Hahaha. Takde mood nak berjogging atau beriadah pagi itu, sebab baru jer melantak sarapan pagi dengan banyak nyer.

Taman Metropolitan Kepong ni tak berapa jauh dari rumah aku, kalau drive dalam 10-15 minit jer bergantung pada kadar kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya pada waktu petang hujung minggu, taman ni memang padat dengan pengunjung, sampai nak masuk ke kawasan pakir pon jem. Macam-macam aktiviti bole dilakukan dan yang paling popular bermain layang-layang sampai taman ini dikenali juga dengan Taman Layang-Layang. Aku pernah juga berjogging di sini, sekali jer kot. Penat giler kalau pusing satu taman. Tapi aku berjaya juga membuat satu pusingan itu. Hak.. hak..


#SalamSayang

14 January 2014

673 : Hampir Satu Tahun Sudah

Hampir setahun sudah permohonan aku untuk bertukar jabatan dihantar, sehingga kini masih lagi belum mendapat jawapan. Kalau genap setahun, bermakna permohonan aku tu tak berjaya. Tak yah tunggu genap setahun, sekarang pon dah bole agak mesti tak berjaya. Kalau tidak, takkan le diaorg nak peram borang aku tu sampai setahun. Cukup setahun nanti, aku akan buat permohonan baru, dan kali ni aku nak mintak surat sokongan dari bos. Tak larat dah keje kat sini. Semangat kerja dah lama tiada, datang pon kerana terpaksa. Badan je ade, tapi fikiran ke tempat lain.

Isnin lepas ade berbincang dengan bos pasal markah KPI aku yang cume dapat 58% saje (hebat tak?). Bos kate markah tersebut adalah mengikut sistem permakahan terbaru yang diamalkan di UM. 58% tu lebih kurang maknanya, KPI yang ditetapkan adalah tercapai tetapi ada bahagian yang perlu diperbaiki bla... bla... bla... bla... Malas aku nak layan since hati aku dah tak hingin lagi ada di sini. Bila bos tanya, 'u setuju tak dengan markah ni'? Aku cume diam jer. Last-last aku cakap, 'saya setuju jer, sebab saya sedar yang prestasi saya memang menurun sejak pindah kat sini'. Honest answer from me. Kemudian, bos ade tanya, kamu nak keje lama ke kat sini. Aku terus menggeleng kepala, dan aku bagitau dia yang aku dah pon wat permohonan untuk tukar jabatan, tetapi masih belum berjaya. Bos kata dia akan tolong pasal tu, sebab bos pon nampak kelebihan aku di mana dan katanya aku tidak boleh kembangkan kelebihan aku kalau aku lama di sini. Bos juga nampak aku lebih sesuwai untuk bekerja di peringkat fakulti atau unit-unit lain di bawah Canseleri. Terima kasih bos. Itu saya sangat setuju dengan bos.

Kalau permohonan kali kedua ni tak berjaya juga, i have to think about resigning. Buat benda lain plak, bisnes ke.. wat kerja-kerja kampung bercucuk tanam ke bela kambing ke. 


#SalamSayang

09 January 2014

672 : Entry Pertama Tahun 2014

Dah 10 Januari 2014, aku masih ketandusan idea untuk ditulis di sini. Mungkinkah ini tanda-tanda blog ini akan berkubur sebagaimana beberapa blog kawan-kawan yang akhirnya senyap begitu saja. Sayang rasanya untuk aku membiarkan dan meninggalkan blog ini. Setelah masuk tahun kelima aku menulis, akhir-akhir ini aku rasakan aku sudah kekeringan bahan untuk ditulis. Tertutup terus benak fikiran aku ni hatta untuk mengarut dan mencarut di sini. Bolehkah aku menyerahkan kepada takdir akan nasib blog ini?



#SalamSayang