721 : Singapore Day Trip - Universal Studios Singapore (Episod 2)

... sambungannya

Bas meneruskan perjalanannya ke Pulau Sentosa di mana terletaknya Universal Studios Singapura. Di sana ahli-ahli kumpulan yang ingin ke USS akan turun dan yang selebihnya akan meneruskan perjalanan mereka ke tempat-tempat menarik lain di Singapura. Dan aku turun di sini. Teruja rasa hati nak masuk USS. Nak tau aper yang ade kat dalam sana.

Sebelum kami dibenarkan masuk, kami dimintak untuk bergambar secara berkumpulan di globe di pintu masuk USS. Selepas itu kami membawa haluan masing-masing di dalam USS. Melintasi pintu masuk USS kami melalui satu kawasan yang dinamakan Hollywood. Di Hollywood ini kebanyakkannya adalah untuk shopping sahaja. Memandangkan kami ni pelancong bajet, maka kami hanya lalu saja sambil snap-snap gambar. Dalam masa kami lalu itu, sempat juga kami bergambar dengan karekter-karekter seperti Woody Woodpacker, Cookie Monster dan perempuan-perempuan penari yang seksi. Kemudian kami memasuki pula kawasan yang dinamakan New York. Senibina di sini direka macam dekat New York sana. Ada 2-3 attraction di sini yang tak berapa menarik pada pandangan kami, so kami hanya lalu sahaja sambil bergambar dan berselfie.


Melewati New York kami memasuki pula Sci-Fi City. Aku ada membaca beberapa buah blog yang mengatakan di Sci-Fi ni ada attraction yang best iaitu Transformer (Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle), so kami teruja nak naek ride itu. Satu tip yang diberikan kepada kami adalah untuk menggunakan 'Single Rider Lane' supaya kami tidak perlu beratur panjang dan membuang masa menunggu giliran di line biasa. Walaupon akan terpisah dengan kawan-kawan, janji kami dapat maen dan tidak perlu menunggu lama. Kami beratur menunggu giliran lebih kurang 15 minit. Berdebar-debar menunggu apakah kejutan yang akan diterima nanti. Dan ini lah attraction yang paling best, sampai kami sanggup beratur lagi untuk naek lagi sekali. Nak tau ride dia macam mana? Kene la datang dan experience sendiri...

Berpuas hati dengan ride tadi, kami bergerak pula ke satu lagi attraction di Sci-Fi City iaitu Accelerator. Tapi memandangkan ride Accelerator ni ala-ala cawan berpusing-pusing tu, maka kami decided takmo membuang masa dan meneruskan perjalanan kami ke Ancient Egypt pula.

Katanya kat Ancient Egypt ni pon ade ride yang best. Tapi sebelum itu kami berhenti rehat dan solat memandangkan satu-satunya tempat solat di USS terletak di sini. Walaupon USS ni lebih kebaratan dan terletak di Singapura yang bukan sebuah negara Islam, mereka tetap menyediakan satu tempat untuk pengunjungnya bersolat, tabik kepada pihak pengurusan USS. Usai berehat dan bersolat, perut pon sudah berasa lapar. Kami bercadang untuk makan di Oasis Spice Cafe yang terletak di Ancient Egypt yang menyediakan makanan halal. Tabik sekali lagi kepada USS kerana menyediakan beberapa tempat makan halal, perhatikan logo halal sebelum memasuki premis makan tersebut. Tetapi sebelum makan, kami decided untuk menaiki ride 'Revenge of the Mummy' dulu. Sekali lagi kami menggunakan 'Single Rider Lane' dan kami beratur menunggu dalam 30 minit sahaja.


Keluar saja dari 'Revenge of the Mummy', semua mengatakan bahawa mereka takut, seram, cuak, tercabut jantung, menjerit-jerit macam orang gila, rasa macam nak mati dan sebagainya. Begitulah takutnya menaiki ride ni. Kene datang dan experience sendiri lah kalau nak tau. Nasib baik kami tak makan dulu, kalau tak, mau keluar semula aper yg kami makan tadi. Hahaha...

Kemudian, barulah kami ke Oasis Spice Cafe untuk makan tengahari. Alhamdulillah, tiket masuk kami datang bersama baucer makan percuma sempena Krismas, jadi dah save duit makan di situ. Untuk tengahari itu kami makan nasi beriyani dengan ayam dan kentang masak aper ntah (Indian style) yang berharga $13.80. Tak berapa sedap tapi jadilah untuk mengalas perut untuk hari itu. Kami cume tambah, set chicken nugget and wedges yang berharga $10.00. Untuk minuman, kami minum air yang kami bawa dari Malaysia. Semasa kami tengah syok-syok makan, ada parade plak kat luar sana, tak dpt nak tengok, dapat tengok sipi-sipi jer dari dalam restoran.. uhuks...

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan kami ke The Lost World. Ada beberapa attraction di sini dan kami memilih untuk menaiki 'Jurassic Park Rapid Adventure' yang katanya pemain akan basah kene simbah dengan air. Kami beratur di 'Single Rider Lane' sekali lagi dan terus membawa kami ke hadapan. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, kami dimaklumkan bahawa berlaku masalah teknikal yang menyebabkan ride ini terpaksa di'delay'kan sehingga diberitahu kelak. Frust kami sekejap. Tidak mahu membuang masa kerana masih banyak tempat dan attraction untuk dilawati, kami keluar dari situ. Kami menuju ke attraction berikutnya, WaterWorld. Ramai pengunjung sudah berkumpul di pintu masuk, katanya pintu masuk akan dibuka pada pukul 4.00 petang. Makanya, kami pon turut serta berkumpul di situ di tengah panas. 

Pukul 4.00 petang, pintu dibuka dan pengunjung meluru menuju ke panggung WaterWorld. Yang aku geram, pintu masuk ke panggung yang dibuka adalah pintu yang paling belakang, dah tu satu pintu jer yang dibuka. Makanya, berlaku kesesakan di situ. Kami memilih lokasi tempat duduk yang paling strategik. Kalau duduk depan sekali, kemungkinan akan basah kena air adalah tinggi, maka kami pilih tempat di tengah-tengah, kalau kene air pon takde la basah sangat kan. Pertunjukan dimulakan dengan aktiviti pelakon beramah mesra dengan penonton dan ada yang basah lencun kene siram air dengan pelakon tu. Area tempat aku duduk pon ade kene simbah, sib baek aku tak kene.. hehehe... Pertunjukan sebenar bermula dengan bunga api, jet ski dan bot memasuki pentas berair itu. Tapi, tak sampai 10 minit kami dimaklumkan bahawa pertujukkan terpaksa dihentikan kerana cuaca kurang baik. Aler.. belum hujan pon, renyai-renyai pon tidak. Tensen aku sekejap. Tanpa membuang masa, kami keluar dari situ dengan perasaan tak puas hati. Hujan pon mula turun.

Kami berlindung dari hujan di Far Far Away Castle. Kami menonton Shrek 4-D Adventure. Ala-ala tengok wayang gitu, dapat gak berehat setelah penat berjalan. Selesai menonton Shrek 4-D Adventure kami keluar sambil bercerita bagaimana sakitnya badan menaiki kereta kuda bersama Shrek, kene sembur dengan Donkey dan geli labah-labah berjalan kat kaki. Di luar hujan masih lebat.

Memandangkan hujan hampir reda, kami berlari-lari menuju Madagascar. Kami singgah sebentar di King Julien's Beach Party-Go-Round memandangkan tak ramai orang yang beratur. Saja jer naek walaupon ia cuma Marry-Go-Round yang tak berapa best pada kite yang telah dewasa ni. Selesai itu, kami beratur untuk Madagascar : A Crate Adventure plak. Ride ni kita akan naek bot dan bergerak memasuki gua yang dalamnya banyak karekter Madagascar. Sesuai untuk merehatkan diri setelah penat seharian berjalan dan berseronok.

Memandangkan kami masih mempunyai masa lagi sebelum berkumpul semula pada pukul 8.00 malam, kami bercadang untuk naek Transformers the Ride : The Ultimate 3D Battle sekali lagi. Kemudian kami mengambil masa untuk cari cenderahati sedikit sebelum keluar. Pukul 8.15 malam, kami sudah pon berada ditempat berkumpul.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, bas bergerak meninggalkan Kota Singa dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 2.00 pagi.

Best giler USS, rasa tak puas pasal tak dapat explore semuanya. Nak pegi lagi ...


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments