01 October 2014

709 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 3) - Mentari dan Mee Udang Pulau Sayak

... sambungannya

Selepas menikmati laksa kedah dengan ABC special itu, kami semua bergerak ke sebuah lokasi makan yang lain. Semasa di homestay pagi tadi, tuan punya homestay ade memberitahu bahawa terdapat restoran mee udang yang sedap terletak di Pulau Sayak. Maka kami semua menuju ke Pulau Sayak untuk menikmati mee udang yang dimaksudkan. Pulau Sayak bukan lah sebuah pulau seperti yang digambarkan pada namanya. Ia macam sebuah perkampungan di tepi pantai.

Semasa kami tiba, restoran tepi pantai itu penuh sesak dengan pelanggan. Tetapi nasib kami baik kerana kami dapat port yang sangat baik over looking the beach yang tengah sunset masa tu. Menu kami malam itu ranging from mee udang hinggalah ke mee udang dan ketam. Sambil menunggu hidangan kami dihidangkan, kami menikmati permandangan indah dan pantai yang bersih di situ.

 Permandangan matahari terbenam di pantai Pulau Sayak

Mee Udang dan Ketam, Restoran Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak, Kedah Darul Aman 


Selesai menjamu selera, kami meninggalkan Pulau Sayak dan menuju ke penginapan homestay kami di Gurun.

bersambung ...

6 comments:

  1. Replies
    1. bole tahan sedap gak lah, tp rasanya sy pernah rasa yg lebih sedap, tp tak hengat kat maner..

      Delete
  2. amboi...... sedapnye mee ketam tu .....
    rase mcm nk mkn plak.....

    wana7370

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan.. di restoran usop mee udang laut pulau sayak, kota kuala muda, kedah darul aman. kat restoran mee udang mak jah kuala sepetang, taiping pon ade

      Delete
  3. Replies
    1. thank... amik guna camera phone jer. touch-up sket, jadilah santek

      Delete