20 September 2014

706 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Terakhir)

... sambungannya


Pagi itu kami dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti nangka busuk jatuh. Terkejut jugak semua yang sedang beradu di dalam khemah masing-masing. Disebabkan hujan semalam dan keadaan tanah yang agak licin, kami sangkakan Fred yang terjatuh, rupa-rupanya Daus. Nasib baik takde ape-ape. Hehehe... Kami mulakan pagi itu dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami di hari ketiga itu agak berat kerana kami akan terus bergerak turun menjelang tengahari. Tiada lunch yang akan disediakan. Menu pagi itu adalah nasi goreng cina dan sup sayur fucuk dengan cendawan. 

Selepas bersarapan, kami berkemas-kemas tapak perkhemahan itu. Semua sampah dikumpulkan dan apa yang boleh dibakar kami bakar. Kebersihan kawasan hutan itu adalah tanggungjawab bersama. Dua buah khemah diturunkan dan semua rakan mula mengemas barang dan beg masing-masing. Sebelum bergerak turun, kami mandi manda sekali lagi dikawasan air terjun itu. Pengunjung juga agak ramai pagi iru. 

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami mula menyiapkan diri untuk turun. Semua barang dipastikan tiada yang tertinggal. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami bergerak turun. Perjalanan turun tidak sesukar perjalanan naik bagi aku. Tapi aku terpaksa juga merehatkan diri beberapa puluh kali kerana terasa sakit bahagian belakang. Petang itu barulah aku nampak jalan yang kami lalui untuk naik tempoh hari. Memang sukar dan mencabar bagi orang macam aku ni. Taubat takmo naik lagi. Hehehe.

Aku sampai di bawah lebih kurang pukul 3.30 petang. Kawan yang lain sudah menunggu kehadiran aku. Sorry guys, aku lambat sket. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami telah berhenti makan di sebuah kedai di kawasan pekan berhampiran.

Best sangat dapat camping macam ni sekali sekala. Terima kasih kepada kawan-kawan yang join program kali ni - Fred, Daus, Ted, Kyle dan Syah. Apa-apa pon, kagum dengan kehebatan Ted, walaupon kaki terseliuh, mampu turun lagi cepat dari aku. Malangnya, kami ingatkan terseliuh, rupa-rupanya retak tulang metatarsal yang menyebabkan dia MC selama 6 minggu. Get well soon Teddy.


#SalamSayang

2 comments:

  1. assalam bro. sy pn nk pegi sana. boleh tak post gambar camp site kat sane? ada yg kata x ade camp site kt sne. naimosman_05@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam bro. sana memang takde proper camp site. cume ade la beberapa kawasan yg boleh dirikan khemah

      Delete