14 September 2014

705 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Kedua)

... Sambungannya

Malam tadi tidor tak lena, pertama sebab tempat baru biasalah mesti susah nak tidor. Kedua, keadaan muka bumi yang tidak rata (tanah tinggi sebelah) menyebabkan bila tidor asik nak bergolek ke sebelah. Tak boleh nak buat aper, pasal itu sahaja kawasan yang ada dan itu saja kawasan yang terbaik. Rasanya malam itu hanya kami berenam yang bermalam di atas sana. Lebih kurang pukul 7 pagi aku dah bangun, sakit rasa badan. Dah kedengaran ada kumpulan lain yang telah tiba (pukul berapa agaknye mereka sampai). Cuaca ketika itu baik dan amat sejuk.

Pagi itu giliran aku dan seorang sahabat untuk menyediakan sarapan pagi. Sebelum memulakan penyediaan sarapan pagi, aku turun ke sungai untuk membersihkan peralatan memasak yang digunakan semalam. Sejuk air sungai pagi itu, sejuk-sejuk macam tu pon dah ada sekumpulan pengunjung yang mandi manda. Tak kecut ke dot dot dot korang? Menu kami pagi itu simple sahaja, roti cicah sambal sardin dan makanan sampingan kentang rebus yang digoreng dengan serbuk lada hitam. Habis sebuku roti gardinia saiz jumbo tu.

Selesai masak, makan dan membersihkan ape-ape yang patut, kami beramai-ramai pegi ke kawasan air terjun dan mandi. Masih tidak ada pengunjung pagi itu lebih kurang pukul 10.00 pagi. Makanya, air terjun itu kami yang punya. Mandi sepuasnya dan bermain gelungsur air. Apabila hari mula meninggi, pengunjung pon makin ramai. Dalam tengahari kami naik semula untuk berehat dan menyediakan makan tengahari. Makan tengahari kami disediakan oleh dua orang kawan yang lain. Menu yang mereka sediakan cuma nasi dan sambal ikan bilis. Sementara menunggu makanan masak, aku beserta dua orang kawan yang lain pergi mencari kayu api untuk bon fire malam nanti. Tak susah untuk mencari kayu api memandangkan ada sebatang pokok besar yang tumbang berhampiran tapak perkhemahan kami. Dari pokok itu kami mendapat bekalan kayu api kami. Bila kayu sudah dikumpulkan, unggun api pon terus dinyalakan.

Selesai makan tengahari dan membersihkan apa-apa yang patut kami berehat dan berbual sesama sendiri. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami pergi ke kawasan air terjun lagi untuk mandi manda. Pengunjung sudah pon beransur turun, dan sekali lagi kawasan air terjun itu kami yang punya.

Sejam kemudian kami naik semula dan seorang rakan bersedia untuk menyediakan minum petang pula. Menu untuk minum petang cuma cucur bawang dan teh dan kami minum berhampiran unggun api yang dinyalakan tadi. 

Petang lebih kurang pukul 5.00 petang cuaca mulai mendung dan kedengaran sudah bunyi guruh di langit. Hari nak hujan nampaknya dan hujan turun renyai-renyai. Hujan renyai-renyai dan panjang membawa ke malam itu telah menyebabkan tapak perkhemahan kami menjadi becak. Khemah aku yang tidak mempunyai bumbung kalis air nampaknya telah dimasuki air. Nasib baik hujan hanya renyai-renyai, jika lebat rasanya terpaksalah kami bermalam berbumbungkan langit saja malam itu. Apabila hujan mulai reda malam itu, terpaksalah kami mengemas khemah kami untuk membolehkan kami tidur pada malam itu. 

Walaupon hujan, persediaan untuk makan malam tetap disediakan. Malam itu kami makan nasi berlaukkan ikan sardin masak lemak cili api. Semerbak bau masak lemak cili api kami dalam hutan malam itu. Berselera masing-masing makan dalam keadaan yang sejuk dalam hutan selepas hujan itu. Selepas makan dan membersihkan apa-apa yang patut kami duduk-duduk sahaja sambil berbual-bual kosong. 

Aktiviti makan-makan kami tidak terhenti di situ sahaja, seorang rakan bersedia pulak untuk menyediakan supper untuk malam itu. Supper kami adalah chocolate fondue, epal dan pisang serta biskut dan mashmellow dicicah dengan coklat cair. Rasanya inilah kali pertama aku makan coklat fondue dan tambah istimewa, makan pula di dalam hutan.
Hehehe.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, masing-masing dah nak tido...



... bersambung

No comments:

Post a Comment