693 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 3)

Walau pun ia bakal menyusahkan aku, tetapi aku tetap tenang menghadapi perkara ini. Tak tahu lah bagaimana aku bole setenang itu.

Hujung minggu lepas aku telah ke Muar, Johor untuk memenuhi jemputan ke kenduri keluarga seorang sahabat. Kami tiba di Muar pada hari Sabtu dan bergerak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pada pukul 10.30 pagi pada hari Ahad. Dalam perjalanan pulang kami telah singgah di Parit Jawa untuk makan tengahari dan menikmati asam pedas di Medan Asam Pedas MPM Parit Jawa. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami meneruskan perjalanan kami. Kami singgah pula di Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak sekadar untuk berehat. Ramai sungguh manusia dan binatang serta tumbuh-tumbuhan di sini mungkin kerana Johor bercuti pada hari Ahad itu. Nak mandi-manda pon tak berapa syok adanya tambahan pula cuaca yang agak panas di Johor hujung minggu itu.

Kami bergerak meninggalkan Gunung Ledang lebih kurang pukul 4.00 petang. Kami berhenti seketika di Restoran Jejantas Air Keroh Melaka sekadar untuk berehat dan membuang air. Aku yang dari pagi tadi terasa sebu perut terus ke tandas untuk menunaikan hajat. Selesai menunaikan hajat, aku keluar dan perasan dompet aku tidak ada di dalam poket. Seingat aku, aku membawa keluar dompet aku tadi semasa keluar dari kereta. Aku kembali ke kereta dan mendapati dompet itu tiada di situ. Aku masih lagi tenang dan kepala hotak masih dan hati masih percaya bahawa aku membawa dompet aku keluar kerana handfon aku ada di dalam dashboard. Aku berjalan mengikut arah aku pergi ke tandas awal tadi, mane la tau dompet itu terjatuh. Dalam hari berkata, kalau dompet tu jatuh, sure dah kene ambik orang. Malangnya tiada, aku check semula dalam tandas, juga tiada.

Aku kembali kepada sahabat aku yang lain dan menceritakan kejadian itu. Seorang sahabat memberitahu mungkin ada seseorang yang telah mengambilnya semasa aku sedang menunaikan hajat, kerana dia perasan yang penyangkut seluar di dalam tandas itu ada di belakang dan bukannya di pintu seperti sepatutnya. Ada orang yang telah menyeluk poket seluar aku dari tandas belakang. Kes macam ni memang pernah terjadi. Sahabat lain pula memaksa aku menelefon bank untuk menyekat kad-kad bank aku sebelum apa-apa terjadi. Aku terus menelefon dan menyekat kad ATM dan kad kredit aku.

Perancangan dibuat kemudiannya untuk cuba memerangkap orang yang bertanggungjawab itu. Manalah tau dia masih menjalankan aktiviti tersebut ketika itu. Malangnya rancangan itu gagal kerana yang keluar masuk tandas itu adalah orang yang berlainan. Pada ketika itu, aku telah menerima hakikat bahawa dompet aku dan segala yang ada di dalamnya sudah dicuri.

Perjalanan pulang diteruskan dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 8.30 malam. Aku terus membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Apabila hilangnya dompet aku pada hari itu, tiada satu sen pon wang yang ada pada aku. Aku terpaksa meminjam dari sahabat sebanyak RM50 untuk belanja sebelum kad ATM baru diperolehi. Aku terpaksa meminjam lagi sebanyak RM50 untuk membayar denda kehilangan kad pengenalan. Aku juga terpaksa menggunakan duit tabung aku untuk urusan lain.

Kerugian : Sebuah dompet, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM CIMB Bank, kad kredit CIMB Bank, kad pekerja Universiti Malaya, kad pekerja Pusat Perubatan Universiti Malaya, kad Miles Petron dan wang tunai. Paling terkilan adalah kehilangan kad pekerja PPUM, susah nak dapat tu.

Sehingga kini, aku telah mendapatkan semula Kad Pengenalan dan kad ATM CIMB Bank. Urusan penggunaan CIMBClicks juga telah diperbaharui. Masih menunggu kad kredit CIMB Banks dan esok siang akan mendapatkan gantian Lesen Memandu.


#SalamSayang

You Might Also Like

7 comments

  1. salam.. takziah.. sabar.. insyallah ada rezeki lain nanti.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... insyaAllah ade... hehehe

      Delete
  2. As salam dek afezz

    Semoga tabah dan sabar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalan kak shami... tabah sgt ni... sabar sgt ni.. hehehe

      Delete
  3. Sabar menghadapi dugaan. In Sya Allah ganjaran Allah akan ada nanti

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete