01 June 2014

691 : Tugas Baru, Semangat Baru... InsyaAllah

Esok aku akan memulakan tugas di tempat baru. Setelah hampir setahun memohon untuk bertukar jabatan, aku sangkakan bahawa permohonan aku tidak berjaya. Beberapa minggu lepas, aku mendapat surat mengatakan bahawa permohonan aku telah berjaya. Alhamdulillah. 

Walau bagaimanapun, sebelum pemergian aku ni, beberapa perkara telah berlaku. Aku dan staf yang sepatutnya bertukar tempat dengan aku telah membuat perancangan agar permohonan kami itu ditarik balik disebabkan masing-masing tidak mahu bertukar. Bagi aku, aku suka tempat kerja lama aku ni, tapi aku tak kisah kalau ditukarkan kerana aku telah jemu melakukan kerja yang sama selama 13 tahun. Aku ingin berubah angin, aku ingin berubah suasana. Beberapa usaha telah dilakukan oleh aku, tapi aku tak pasti plak apa usaha yang dilakukan oleh pihak yang satu lagi tu. Akan tetapi, akhirnya bos aku tidak setuju aku terus di tempat lama dan meminta aku melapor diri di tempat baru pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku akur.

Hati sedih bercampur gumbira, sedih kerana akan meninggalkan kawan-kawan yang sudah aku dirasakan macam satu keluarga dengan aku, dan aku gumbira akan meninggalkan jabatan lama yang sedang diambang kehancuran itu dek kerana pihak pentadbiran kuku besi yang kurang cekap dalam semua urusan pentadbiran. 

Hari terakhir aku di jabatan lama juga merupakan hari terakhir bagi tiga orang staf yang lain. Seorang akan melanjutkan pelajarannya ke UKM, seorang lagi telah dipindahkan ke FSKTM dan seorang lagi telah tamat dan masih belum disambung perkhidmatan kontraknya. 

Kepada kawan-kawan yang ditinggalkan, jangan bersedih. Ini pilihan aku, bukan aku ditukarkan. 


#SalamSayang

2 comments:

  1. As salam

    Selamat bertugas di tempat baru. Dimana pun kita berada, kita tetap akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupan. Semoga sabar dan terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. setuju sangat dengan kenyataan kak shami tu. insyaAllah..

      Delete