20 May 2014

689 : Akhirnya Berjaya... Tetapi ...

Beberapa hari yang lepas aku menerima sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia. Surat yang memaklumkan kepada aku tentang permohonan aku untuk bertukar jabatan lebih kurang setahun yang lalu akhirnya berjaya. Aku diminta untuk melapor diri di jabatan baru pada 2 Jun 2014. Sukanya hati ini tidak terkira. Setahun sudah menunggu akhirnya aku mendapat jawapannya. Tak sabar rasanya nak meninggalkan jabatan ini yang banyak memberi pengalaman pahit, manis, masam dan masin kepada aku. Dalam pada kegembiraan itu, terasa juga kesedihan di lubuk hati ni untuk meninggalkan teman-teman yang telah lama berjuang bersama, susah payah ditempuh bersama. 13 tahun bagi aku, sudah terlalu lama di sini. 


Pada hari yang sama juga, aku menerima satu panggilan telefon dari staf yang bakal menggantikan tempat aku sini. Rupanya dia kenal aku, tapi aku plak tak ingatkan dia. Aku dah tua, dah tak ingat dah kalau benda yang berlaku lebih dari 10 tahun lepas. Kawan tu memaklumkan kepada aku bahawa dia juga ada minta untuk pertukaran lebih kurang setahun juga. Akan tetapi boss dia sekarang tidak mengizinkan plak dia bertukar jabatan. Aku bagitahu kat dia, ape-ape pon kena lah berurusan dengan Bahagian Sumber. Er... Sedih sekejap...

Sehingga kini aku tak tahu lagi status pertukaran jabatan aku tu. Jika takde ape-ape makluman sehingga 1 Jun 2014, aku tetap akan melapor diri pada 2 Jun 2014 akan datang.


#SalamSayang

4 comments:

  1. Salam dekk afezz

    Tahniah, moga terus maju jaya hendaknya di masa depan. Insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      kalau takde halangan lain, insyaAllah bekerja tmpt baru lah sy bulan depan

      Delete
  2. Tahniah afeezz,
    semoga bersemangat baru di tempat baru dengan situasi yang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak T

      tak tahu lagi.. sebab org yang sepatutnya menggantikan saya tu boss dia tak lepaskan plak... terpaksalah berkelana di tmpt lama lagi.. uhuks

      Delete